My AirAsia Free Seats

2:59 AM Sue Izza 9 Comments




Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia, saya
akan ke Brunei Darussalam, dan saya akan bawa bersama ahli keluarga saya terutama ma dan abah saya yang tidak pernah menaiki kapal terbang,adik-beradik saya dan geng backpackers saya.Dengan harapan percutian ini akan memberi pengalaman baru kepada orang-orang yang saya sayang.

Kenapa saya memilih Brunei,sebenarnya impian ini dari sekolah rendah lagi,memandangkan dulu pernah ada sahabat pena dari Brunei yang banyak bercerita tentang negara dia,menimbulkan minat untuk berkunjung ke sana,namun di pendamkan sahaja sehingga kini.Tambahan pula saya berkongsi impian dengan abah yang juga teringin berkunjung ke Brunei,saya berharap ini akan menjadi hadiah yang bermakna kepada dia.

Walaupun kebanyakan orang menyangka Brunei agak ketinggalan dari segi perlancongan ,tapi bagi saya Brunei ada tarikan tersendiri yang boleh kita terokai,saya beranggapan Brunei sebuah negeri yang aman dan tenang ,di tambah lagi dengan pemerintahan Islam membuatkan saya tidak perlu risau dengan makanan halal ketika melancong ke sana.

Antara yang menarik minat saya adalah :

1. Pasar Gadong


Apa yang saya tahu,pasar ini menjadi tarikan pelancong dengan jualan segala hasil Brunei dan makanan tradisi yang boleh di nikmati hasil air tangan penduduknya.

2. Masjid Omar Ali Saifuddin


Antara salah satu masjid yang banyak terdapat di Brunei ini,sesiapa yang meminati fotografi sangat berbaloi datang ke sini kerana permandangan yang cantik

3. Taman Negara Brunei,Ulu Temburong


Taman Negara yang menyimpan khazanah flora dan fauna,serta boleh melihat monyet hidung panjang di sini.

4. Perkampungan Ayer,Brunei



Ohhh yang ini ,saya sangat mahu datang dan menikmati permandangan perkampungan persisir air yang di gelar "Venice di Timur"

5. Pelbagai makanan tradisi.
Memandangkan saya sangat suka mencuba makanan tradisi dan suka memasak,jadi ini menjadi perkara wajib untuk saya cari ketika bercuti.


Kenapa saya ingin terbang bersama Air Asia :

-Sebelum ini saya mempunyai pengalaman terbang ke Tawau ,untuk ke Sipadan dan ke Krabi bersama Air Asia ,bersama geng backpackers saya.Apa yang boleh saya katakan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan Air Asia setakat ini.
-Keramahan krew penerbangannya menambat hati saya,malah setiap kali menggunakan khidmat mereka,mereka sangat membantu dalam apa saja masalah yang saya hadapi.
-Penerangan yang di beri oleh krew yang bertugas juga mudah di fahami sebelum,ketika dan turun dari penerbangan,juga tak lekang dengan senyuman.
-Setakat pengalaman saya,krew Air Asia juga mesra pelanggan,mudah tersenyum.
-Malah saya yakin Air Asia adalah pilihan terbaik sebagai pengangkutan untuk saya menjelajah ke tempat-tenpat menarik yang menjadi impian saya.

Semoga saya dapat berkongsi dengan orang tersyang pengalaman perjalanan saya bersama Air Asia nanti,semoga ini juga menjadi hadiah bermakna buat mereka.

Oh ya! korang yang lain pun boleh merancang perjalanan korang dengan promosi Air Asia yang berlangsung dari  25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.

Anda boleh klik banner di atas untuk booking promosi atau anda klik sahaja www.airasia.com


bisik-bisik:
bestnyaaa kalau dapat bawa family jalan-jalan,jarang sebenarnya family Cik Sue nak berkumpul dan semua ada huuhuu....

9 singgah dan taip sket..:

Ciri Ketulenan Produk Legacy Secret : B Vite

3:13 AM Sue Izza 12 Comments

Anda ada masalah kulit kering? Kulit kusam? Jerawat? Parut Jerawat? dan macam-macam lagi masalah kulit?
Ye Cik Sue ada masalah tu,terutama parut jerawat yang sangat degil entah bila nak hilang,haihhh...
Setakat ni jerawat dah kurang tapi parutnya susah benor nak hilang,kalau boleh kikis dah lama Cik Sue kikis tau,kulit pun kusam maklum la,dah meningkat usia kan...tapi Alhamdulillahhh Cik Sue jumpa satu produk ni,produk apa...ye B'Vite keluaran Legacy Secret ,alaaa syarikat yang sama dengan Harum Malam dan beberapa produk lain tu.

yeayyyy nak try produk ni,amik 2 botol terus

Produk ni memang di rumus khas untuk kulit-kulit yang bermasalah seperti Cik Sue ni.Produk ini di hasilkan dari bahan semulajadi seperti Delima,Anggur,Seaweed,Bilberry,Acerola,Aloe Vera,Epal Swiss,Ros Alp dan banyak lagi.Bahan-bahan ini memang baik untuk kulit.

Selain itu antara kelebihan B'Vite adalah :
1. Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
2. Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
3. Membuat kulit cerah seperti semulajadi
4. Mencegah kulit dari kusam
5. Menyamarkan garis halus
6. Mmebantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis       halus, luka dsb.
7. Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular.
8. Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
9. Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
10. Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah             dehidrasi.
11. Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh
12 Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi
13 Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan
14. Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot




Tapi selain mengamalkan B'Vite ni kita juga kena rajin minum air kosong, paling minimum 1 liter untuk sehari. Selain itu, pemakanan harian pun kena jaga dan rajinkan diri pergi bersenam. Hasilnya, badan kita pun akan berfungsi dengan lebih baik dan mudah badan kita untuk menerima zat zat yang berkhasiat dari B'Vite.Bergantung juga badan seseorang menyerap segala khasiat bahan dalam B'Vite ni,so kena sabar ok,Cik Sue pun baru try dekat 2  minggu,nanti kita tengok hasilnya.



Untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang benar-benar gelap akan mengambil masa sedikit mengikut individu (Efek pemutihan kulit biasanya dicapai dalam waktu 3 minggu , amalkan pemakanan secara rutin) untuk hasil yang memuaskan.

Cara makan :
Waktu pagi : 2 sudu besar sebelum sarapan. Untuk kesan yang lebih cepat boleh makan 2 sudu besar di waktu pagi dan 2 sudu besar sebelum tidur untuk 3 bulan pertama.


sedap pulak rasa nya,Cik Sue siap buh dalam peti ais,sejuk2 lagi sedap

HARGA

Semenanjung: RM 33.00
Sabah Sarawak: RM 39.00
Brunei: BRD 18.00
Singapura: SGD 18.00

Oh ya! sekarang ni banyak betul yang suka buat dan meniru produk kesihatan tak kisah la produk apa pun kan,begitu juga produk syarikat Legacy Secret ni.Banyak keburukanya kalau kita makan produk tiruan ni,pastinya akan memberi kesan kepada kesihatan badan dan mungkin terkena penyakit akibat bahan-bahan tiruan itu.

Dengan itu,Legacy Secret telah mengeluarkan panduan untuk pengguna membeli produk orignal,bagaiman? meh Cik Sue terangkan :





1) PENGESAHAN MELALUI VISUAL
Lihat Perkataan "LS" dari sudut 15 darjah






2) PENGESAHAN MELALUI SENTUHAN
Cetakkan timbul yang dapat dirasai menggunakan jari.




3) PENGESAHAN MELALUI QR WECHAT
Imbas kod produk dan info yang diberikan




AMARAN KERASSSS!!!!

~ 1 QR kod hanya boleh di imbas sebanyak 5 kali sahaja

~Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan nombor telefon syarikat untuk pengesahan

~ WechatID: harummalam

Sekarang dah tahu kan,ciri-ciri ketulenan produk Legacy Secret ni? jangan tertipu ye.Selain dari B'Vite,produk lain adalah Harum Malam,Secret Laxing,Wira Malam dan lain-lain.Untuk penerangan yang lebih jelas dan info lanjut anda boleh layari link yang Cik Sue bangi kat bawah ni ye.

Youtube:


Fanpage Utama:


Fanpage Berkaitan:


Website:


bisik-bisik:
bukan la nak putih sangat pun,Cik Sue ni nak sangat hilangkan parut ni huuhuu....
bonus la kalau dapat kulit gebu putih kan heheheh...

12 singgah dan taip sket..:

Cerita Raya 2 : Open House Di Mana-Mana

10:00 AM Sue Izza 16 Comments

Entry bergambar acara bambam kan badan sepanjang raya,heheeh...

1. Open House Ruby.My
Jemputan dari ruby,memang meriah,makan sedap2,tak jadi terus nak diet,dengan nasi beriyani,sup,dan karipap yang sedap hehehe...

pantang jumpa kamera

hujan renyai pun jadiii...

dengan Abe Que and family serta tuan rumah

adam ni kan,bleh dia cebik muka Cik Sue dukung dia eeeee...geram tol

2. Open House Ujang dan Yana.
Nasi lemak dan bubur sagu campur nangka yang sedap hehehe..Cik Sue menambah lagi ha nasi lemaknya,rupanya air tangan Zafirah tu kupaskan telur,patutla sedap heheheh...

Mikael anak bujang Dkna,sian dia ngantuk ha..heheheh

lepak kenyangkan perut di rumah Ujang

si Ean Rifqee yang kena gomol ngan Cik Sue sampai nangis hahhaha gerammmm

#Kelabbloggerbenashaari ralit tul akiff makan limau hehehhe
Abg Chik aka MK Syahir pun ada ngan wife,lama tak jumpa diorg.
3. Makan-makan Rumah Lan Careno
On the spot plan,dari rumah Ujang tetiba Lan offer datang beraya,Najeeb nak masak,apa lagiii heheheh...
Spageti cucuk sosej air tangan abg jeeb kita memang sedap,tak sangka pandai masak.Untunglaaa sapa yang dapat gittewww...



Gigih Jeeb masak...yummyyyy

tu diaaaaaa...yummyyyy siyes sedapppp...

 Cik Sue pergi ngan Qaseh and si kecik Dalia...first time bawa Dalia berjalan,sib baik ok.Nanti Cik Sue bawa lagi eaa...


mula-mula malu,dah dapat geng haaa lupa dunia,roboh umah Lan hahah

tu diaaa tukang masak kepenatan heheh

Fazrol and family

Kami #kelabbloggerbenashaari

terbaik layanan tuan rumah,siap buatkan air panas lagi.

bisik-bisik:
Banyak lagi open house Cik Sue pergi tak de gabar lak nak letak.
Adeh,balik umah timbang haaaa hambek ko,makin naik di buatnya
Errrr nanti kita zumba ek hahahhaa....



16 singgah dan taip sket..:

Cerita Raya 1 : Raya Ke Sedenak

4:01 AM Sue Izza 4 Comments

Syawal makin sampai ke penghujung,Cik Sue baru terkedek nak update cite open house kan,apa nak buat,terlebih makan,asal balik je terbungkang,dah macam panda kekenyangan dah hahhahaa...

Okeh,ni cerita open house minggu pertama raya,Kami #kelabbloggerbenashaari berkonvoi ke umah Pak Cik Mat kesayangan kami di Sedenak,alaaa pemilik Dapur Tanpa Sempadan tu,seingat Cik Sue first time pi sini 2012 time raya juga.

Sebahagian kami berkumpul di depan Masjid Putra dan berkonvoi ke Sedenak,yang lain kami jumpa di RNR nak ke sana,lebih kurang 7 kereta semua,haiyooo dah macam rombongan meminang pulak heeeheee...


gambar raya dulu depan masjid...
Kami sempat berhenti sarapan di RNR Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ,kami sampai umah Pak Cik Mat memang ngam-ngam time makan tengahari,sampai je apa lagi serbu makanan dulu la,masing-masing peryt dah berbunyi kannnn...hahahhaa...

signboard nak masuk umah Pak Cik Mat
haaaaa tu dia kooo,macam rombongan meminang,nak pinang Pak Cik Mat la hahha
Menu? Of coz la sedap sampai tak layan apa dah,makan bagi kenyang perut dulu,antara yang Pak Cik Mat sediakan untuk kami ,kuih raya homemade air tangan gebu Pak Cik Mat,fruit tart n cheese tart (ini yg Cik Sue dok ulang amik hehehe) Nasi Ayam,Laksa Johor (First time makan rasa nak tapau ngan tukang masak sekalu bawa balik heehhee) Megi Kambing (sekilas je dah licin huuhuu) dan kek tiramisu yang  erghhh rasa nak angkut sebiji bawa balik biar org lain tak makan haahhahaa....




























Haaaaa macam? meleleh dah tu air liur,lap cepat hehehehhe...Dah kenyang baru la masing-masing mula buat perangai,macam-macam peelnya bukan yang kecik je yg tua bangka pun berselfie,bergurau,borak-borak,segala peel keluar hahaha...
Dah lama kenal diorg ni,dah selesa macam keluarga dah,seronok bila berkumpul dengan celoteh Pak Cik Mat lagi,gegak gempita umah di buatnya


Ujang tunjuk bakat hahahha


tak habis2 selfie heeheee

kak luar pun jadiiiii



the ladies 
Yang kecik pun sama naik,siap bergomol segala,yang jadi otromen la,resaksa la,bila jumpa geng haaa tu dia puas hati....


zafirah dah surrender,qhaliff ngan akiff jadi resaksa n otromen

main keta lak heheheh


fiza ngan ea rifqee si montel 

sempat lagi promote jus pran 

the guys heheheh


posing2 keliling umah Pak Cik Mat

Lepas dah habis selongkar umah Pak Cik Mat,dah puas ggeak gempitakan rumah orang,baru la kami kemas-kemas nak bertolak balik,sempat pulak singgah ke JPO sekadar singgah window shopping,sangat la...tak de nta ,mesti adaaa juga beli something heheheh mana bleh balik tngan kosong kannnn....

singgah JPO

Alhamdulillah,kami sampai balik ke Putrajaya dalam pukul 11 malam,semua dah keletihan.
Alhamdulilah juga dengan persahabatan ini,sayang sangat korang semua.


bisik-bisik:
Friendship forever
Berkawan bila kita rasa selesa dan boleh jadi diri sendiri
Bukan berpura-pura.
#Kelabbloggerbenasahaari

4 singgah dan taip sket..: