Cabaran 30 Entry : Hari 30 : Apa yang anda dapat dengan berblog

11:46 PM Sue Izza 0 Comments

Yeeee...inilah benda paling bermakna Cik Sue dapat daripada hampir 4 tahun berblog,sangat2 sayangkan semua ni,unbilogical family.Bukan mudah membina keserasian dengan orang yang kita tak pernah kenal,Alhamdulillahhhh,Cik Sue antara yang terawal dalam komuniti ini,bukan semata berasaskan wang ringgit tapi lebih kepada setiakawan,persahabatan dan kekeluargaan.

Apa lagi ye yang dapat dari berblog? ermmmmm pendapatan? ada juga tapi itu bukan lah objektof utama Cik Sue berblog,kalau ada itu adalah bonus dan penghargaan.

Selain itu dengan berblog dan bergelar blogger lah Cik Sue mula membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling jadi lebih berani menyuarakan pendapat dan berbincang,berpeluang untuk kenal pelbagai jenis orang yang berbeza dari segi pemikiran,pekerjaan dan bidang.Itu satu peluang yang bukan semua orang akan dapat dengan mudah.

Itu je la setakat ini.

bisik-bisik:
sampai bila agaknya nak berblog?
ermmmmm tengok je la nanti.

0 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 29 : Bunga Kegemaran dan ertinya kepada anda

2:15 PM Sue Izza 0 Comments


Yeeeee,Cik Sue suka bunga tulip selain bunga ros yang majoriti pompuan suka heheheh....

Erti bunga tulip kepada Cik Sue :

Cinta : Tuah dalam cinta

Hidup : Lebih tegas,nekad,keras tapi ada bahagian lembut di hatinya

Nak tengok bunga tulip cantik-cantik lagi tak cer pi blog bro ni klik SINI cantik bangetttttt gambarnya,terpukau jap....

korang suka bunga apa ek?

0 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 28 : 5 Perkara Bermula Dengan Andainya

1:30 PM Sue Izza 0 Comments



Andainya

1. Memori dan kenangan dalam kepala boleh di delete,inginku delete semua kenangan pahit dan menyakitkan hehehhe...

Andainya

2. Aku boleh makan apa sahaja tanpa menggemukkan badan pastinya ku apply jadi pengacara jalan-jalan cari makan tv3 hahahhahaha

Andainya

3. Aku punya pesawat peribadi,aku ingin bawa ibu bapa ku ke Mekah dan melancong ke mana saja aku suka :P

Andainya

4. Aku mempunyai rumah sendiri ,rumah idaman ,alangkah bahagianya (rumah mahal weiiiii sekarang huuhuuhuuu)

Andainya

5. Aku di beri kuasa dan boleh menguasai dunia,pastinya ku pilih TIDAK,kerna aku tahu pasti nya dunia akan hancur di tanganku hahahahhaa....


bisik-bisik
Apa laaaaa Cik Sue merepek ni hehhehe....
bosan sebenarnya....

0 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 27 : Mood Anda Hari Ini : Tenang

9:30 PM Sue Izza 0 Comments


Masih ingin menghabiskan cabaran ini walau dah ke laut tarikhnyaaaa,i dont careeeeeee.....apa nak buat nak oiiiiii Cik Sue ni banyak sangat halnya huuhuuuu.....

Walau backdated tapi ni mood hari ni (25.10.2014),pening? rasakan...hahahhahahha
Sabtu yang tenang,hari cuti tanpa ke mana-mana dan aktiviti luar,dok rumah,cuma malam kuar dinner simple-simple ngan Mr D dekat-dekat rumah je.

bisik-bisik:

HIDUP ADA SERIBU KEGEMBIRAAN MENGAPA HARUS BERSEDIH DENGAN SATU PERKARA YANG MENYAKITKAN-BE POSITIVE


0 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 26 : Gadjet Kepunyaan Anda

1:23 AM Sue Izza 1 Comments

Masih meneruskan cabaran yang dah ke laut heheheh...kali ni cerita tentang gadjet,Cik Sue ni bukan la ada koleksi gajet banyak sangat,setakat yang cikai-cikai je.Tapi alat teknologi begini memang penting la untuk blogger terutamanya,tambahan lagi kalau kena buat live update semasa event.

Mula-mula berblog Cik Sue pakai Tab 7.0 Samsung,lebih kurang sebulan lepas berakhirlah riwayatnya bila asyik restart sendiri,huuhuu sayang tab tu banyak berjasa.So ini lah gantinya...pejam mata seluk poket,terpaksa gak amik setelah puas pikir rentung-rentung sebab nak buat keje.

Asus Zenfone 6
Ini untuk akses internet wasap,fb,insta dan sebagainya,tapi untuk call dan urusan formal Cik Sue masih pengguna setia yang ini,hehheehehe....


dua beradik-satu Cik Sue punya ,satu Mr D punya
Yang ini Cik Sue perlu untuk urusan kertja,bila turun site ai is jarang bawa smart phone,lagipun nokia ni 3 4 hari sekali caj bateri pun ok,so untuk call atau sms memang pakai yang ini,senang.

Yang ini pulak first Cik Sue memiliki,sebelum ni dok guna pc yang opis bagi je kat umah,pc lama-lama yang tak pakai bos bagi letak kat umah,guna sendiri.Alhamdulillah ada rezeki sikit dapatlah memiliki Cik Puteh ni.


Ini je lah harta yang Cik Sue ada,tak mampu nak kumpul gajet buat koleksi,setakat ada tuk keperluan je la,tu pun yang cikai-cikai je.


Note 3???? okeh bukan Cik Sue punya ye heheheh...
bisik-bisik:
apa gajet kesayangan korang pulak?

1 singgah dan taip sket..:

Layan Steamboat di PICC,Putrajaya.

8:21 PM Sue Izza 8 Comments

Sekali lagi Cik Sue di jemput ke PICC untuk pelancaran Buffet Steamboat PICC semalam,sememangnya kalau bab makan kat PICC NI Cik Sue dah tau memang terbaik dan sangat-sangat kena selera Cik Sue ni.Kali ni datang dengan kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari atas undangan Kumari ,staf PICC.

Berita baik sempena pelancaran ini diskaun 20% di berikan kepada pelanggan dengan harga selepas diskaun RM28 dewasa dan RM14 kanak-kanak.Di mana harga asal RM35 dewasa dan RM18 kanak-kanak.

antara tetamu VIP
Hidangan buffet kali ni menghidangkan pelbagai makanan laut segar,daging,ayam,ikan,frozen food dan sayuran segar selain sos pelbagai jenis yang melengkapkan hidangan.Ada satu sos manis kalau tak silap Cik Sue suka sangat,memang sedap.Di sini juga di sediakan pelbagai jenis mee dari kuey tiaw sehingga mi sanggul.Dua jenis kuah steamboat di sediakan iaitu tom yam dan sup,kuah tom yamnya sangat menyelerakan,cukup rasa.

chef-chef yang bertanggungjawab menjayakan buffet steamboat ni
Terdapat beberapa stesen mengikut jenis makanan yang di hidangkan antaranya stesen pasta dengan sos Bolognese,Carbonara dan Napolitano.Juadah pencuci mulut seperti buah-buahan,kek,ais kacang dan bubur.Makanan ala-carte seperti mee goreng,nasi goreng juga di sediakan.Air juga beraneka jenis di sediakan.Jom layan gambar kami menikmati steamboat ni,sediakan tisu ye kang meleleh plak air liur dok terliur hehehehhe....
amboi abg jeeb tak tau nak pilih apa ke? hehehehe

haaaa dah menggelegak tu,jangan lama lembik nanti...

Cik Qaseh punya hidangan,carbonara tu Cik Sue punya,sedappppp sangat.

haaaa ni meja Cik Sue,dok sebelah dak yaya yang kuat makan heheheheh...
jom pilih apa nak makan...

ni sebahagian yang Cik Sue amik
Cik Sue ni selain gemar makan steamboat berkuah,suka juga makan isi steamboat yang di rebus dengan sos manis,memang sedap,korang cuba la,tambah-tambah letak cheong chun fan,sayur,telur puyuh,mushroom,fishball,sosej dan apa saja la yang korang suka,kemudian masukkan sos dan gaul,pastu masuk mulut memang sedap,kalau suka pedas tambah je sos cili,perghhhh memang sedaplah.Selain tu makan dengan kuah tom yam biasa pun dah sedap sebenarnya,Cik Sue ni je macam-macam ragam hehehehee....

tu la sos nya,tak sure plak nama tapi
macam sos steamboat pasar malam tu
Pastinya hidangan sebegini sesuai untuk perjumpaan keluarga atau pelancong yang berkunjung ke Putrajaya ni.Manalah  tahu kan ada saudara-mara datang dari kampung boleh la bawa makan ke sini,selain ruang makan yang selesa dan luas,makanan pun sedap-sedap,harga pun berbaloi.Jadi apa tunggu lagi ,cubalah sekali.


aneka makanan laut yang segar
frozen food yang sedap

aneka sos berbagai rasa

suhun dan fucuk

berbagai jenis cendawan
buah potong

pencuci mulut

bahagian pasta




Aneka jenis mee yang boleh di pilih




Pelbagai sayuran segar-i likeeeee....

hidangan yang di atur cantik



Makanan ala-carte juga di hidangkan

ucapan aluan dari ketua chef

persembahan band yang akan menemani anda menjamu selera,setiap hari

Terima kasih kepada pihak PICC di atas jemputan dan hidangan makan yang memang lazat,dan pastinya Cik Sue akan datang lagi bawa family dan kawan-kawan lain pulak.Yang sedap harus di kongsi dengan semua orang,heheheh.
Kelab Blogger Ben Ashaari sempat bergrup photo dengan chef dan staf
sebelum balik.

Bagi membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my

PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia

Twitter : @piccmalaysia

bisik-bisik:
setakat ni makan di PICC tak pernah mengecewakan makanan dan layanan.
Cubalah sekali.

8 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 25 : Berita Terkini : Letupan di Bukit Bintang

2:27 PM Sue Izza 0 Comments

Sari berita penting,ada letupan bom di Bukit Bintang yang mencederakan 14 orang dan seorang parah,berita lanjut boleh baca kat SINI ye .

lokasi letupan bom


"Kejadian ini lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnya.

"Kita sedang bergerak untuk mengenal pasti individu yang terbabit," katanya.


bisik-bisik:
boleh main-main baling bom pulakkkkk,adeiii,apa nak jadi la....makin rasa tak selamat dah...huuhuuu...

0 singgah dan taip sket..:

Cabaran 30 Entry : Hari 24 : Rumah Impian

9:00 AM Sue Izza 1 Comments

Masih meneruskan walau benar-benar dah lewat,apa ada hal,kita buat dia kan heheheh...

Ermmm rumah impian? Memandangkan Cik Sue study Architecture ,so ada pilihan untuk design dan drafting drawing rumah sendiri,impian juga suatu hari nanti di tanah sendiri nak design rumah impian.Yang lain dari yang lain,biar kecil tapi ada jiwa cewahhhhh...biar penuh kasih sayang dan rahmat Allah.

Tapi Cik Sue ada elemen yang wajib ingin di serapkan dalam rekabentuk rumah Cik Sue nanti,semstinya elemen air dan pokok hijau.Sangat suka keadaan nyaman dan oksigen yang banyak,relaks dan tenang.Rumah kan tempat rehat,bersama keluarga.Dan yang pasti dapur yang lengkap untuk hobi memasak saya semestinya.








Haaaa amacam rumah impian Cik Sue,tenangkan? ala-ala cottage house tuk percutian gituuu..
Oh ya ada satu tempat percutian yang best dan ada elemen rumah impian Cik Sue,dalam Malaysia je tau,tapi sewa dia agak laaaaaa huuhuuu tapi kalau nak honeymoon ok kot,memang tempat yang caantik,try klik LINK ni.

bisik-bisik:
Impian je pun,kalau dah dengan family dan orang tersayang ,rumah biasa-biasa pun rasa tenang juga bila penuh kasih sayang kan.
Nak beli rumah sekarang? urmmmmmm mampu tengok je laaaaa uwaaaaa....


1 singgah dan taip sket..:

Berseronok di Agrofarmstay@Skilltech,Durian Tunggal,Melaka : Part 2

8:20 AM Sue Izza 8 Comments

Dah baca part 1 tak? haaaa pi baca dulu kat SINI

Pada hari ke 2,kami teruskan aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari dan berseronok dengan pelbagai aktiviti yang di sediakan. Bangun pagi dan mandi dengan air yang sejuk memang menyegarkan,kemudian bersarapan dengan menu nasi goreng,laksam dan kuih-muih,kopi dan teh panas juga di sediakan,tambahan bersarapan di tepi kolam pulak,memang terasa sangat percutiannya,tenang.





Ativiti pagi ini adalah sukaneka,sebelum tu kami bersenam dulu bersama jurulatih yang di sediakan oleh pihak Agrofarm,memang kelakar bila mak-mak dan bapak-bapak bersenam dengan anak-anak yang macam-macam kerenah.



Kami di bahagikan kepada 3 kumpulan,untuk acara sukaneka.Antaranya tiup belon,isi air dalam botol,belon air,kepit kelapa,dan cari gula-gula dalam tepung.Memang seronok dengan macam-macam aksi lucu,meriah di buatnya.Anak-anak juga seronok dengan aktiviti.Mau taknya,bila dah lama tak berlari melompat,semput di buatnya,sampai jurulatih bagi senaman "goyang-goyang pecah lemak" hahahahha.....
Jom tengok gambar sukaneka yang boleh buat gelak pecah perut.Muka sorang-sorang dah macam apa je,macam-macam stail.


sudu cik kak jangan tak sudu....

3 group,1-anak dara.2-abg2 hensem.3-ibu2 bapak2 heheheh....

kepit bang jangan tak kepit...ahahha

comel bedok mung pejal hahahaha

nak tiup ke nak gelak cik yanty oiii...

tu dia professional,erkkk abg zaini nak ke mana pulakkk heheh

yeayyyy kami menang cari gula2 dlm tepung hehe...

kemain ngan muka2 tu hehehhe


amboiiii caer,satu2 la kalau ye pun....

yeayyyyyy...tak menang pun tapi happy weiiii....
Dah habis sukaneka,dengan baju basah,putih melepak kena tepung,apa lagi ni la masanya berendam dalam kolam pulak,yehaaaa...jom swimming walau pun ala-ala memerang hahahha...tapi terkilan jugak bila kamera olympus yang boleh amik gambar dalam air Cik Sue jahanam,sedih jap.


masing-masing buat perangai kan...heheheh

santai betul ni....
Dah puas berendam,balik kebilik salin baju dan solat,bersedia untuk makan tengahari pulak.Kali ni menu memang original melaka,asam pedas powerrrr,serius sedap,sampai bertambah makan,dengan ulam dan telur dadar,memang ngam betul.Asam pedas yang membuatkan Najeeb nangis,tapi makan licin,haaa memang power la tu.

tudia aihhh,asam pedas power...

ulam-ulaman pun ada.
Selesai menjamu selera,kami di bawa mengelilingi sekitar kawasan Agrofarmstay,aktiviti di namakan farm tour,untuk melihat apa yang ada di sekitar agrofarm ini.Antara yang terdapat di sini adalah mini zoo yang menempatkan kuda,ayam kapan,burung puyuh,berbagai spesis arnab,spesis itik peking dan itik nila,landak,burung merak dan kambing.Binatang di sini boleh di pegang,kanak-kanak la yang paling seronok,masa ni la diorang belajar berinteraksi bersama alam sekeliling.

farm tour dan di beri penerangan oleh kakitangan agrofarmstay

kuda peliharaan di sini namanya UJANG,errrrr ujang?? hehehe

spesis itik

siap boleh pegang lagi,Cik Sue memang tak laa,kang terpenyek plak,geram hehe

ayam kapan
haaaa comelkan,geram nak penyek2 heheh..ni landak.
Kemudian kami di bawa berjalan sekeliling kawasan agrofarm yang mempunyai berbagai pokok buah-buahan seperti durian,durian belanda,rambutan,langsat,belimbing,pokok jambu,pokok kurma,sayangnya kami datang bukan musim buah.Terdapat juga pokok gaharu,beringin dan lain-lain,kami di beri penerangan tentang kegunaan pokok-okok ni,barulah masing-masing dok nganga mulut hehehhe,banyak kegunaan rupanya.
pokok buluh yang berusaha lebih 50 tahun....

lembu-lembu gemuk yang juga di jual untuk ibadah korban

permandangan yang sangat tenang di waktu petang,bunga teratai berkembang ohhhh....

Di kawasan ni juga terdapat pokok-pokok herba yang amat bernilai tinggi,antaranya pokok dukung anak,misai kucing,hempedu bumi,pokok kapal terbang,poko 7 jarum dan banyak lagi.Banyak khasiatnya pokok-pokok herba ni.

pokok misai kucing

jalan-jalan ke kebun dan kawasan sekitar,macam kat kampung pulak,seronok.
Habis ronda kami ramai-ramai lepak tepi tasik,mana yang nak berkayak tu,pakat naik kayak,ada juga bot,kemain masing-masing naik high speed bot yang di bawa oleh staf kat situ,ada juga yang try bawa sendiri,masing-masing teruja mencuba aktiviti baru bagi mereka.

kemain yang berdua ni naik high speed boat,siap main langgar2 lagi...
kemain abg zaini n wife,berdating dalam bot ko,teringat zaman bercinta ke bang...

angah juga syok,tenangggg je berkayak,layan perasaan.
Dok lepak-lepak tepi tasik amik angin petang sambil borak-borak,di hidangkan pulak pisang dan cempedak goreng,wahhhh memang betul-betul dok kampung ni,dengan teh o panas,milo panas,alahaiiii...mengimbau betul,terima kasih la staf Agrofarmstay,tolong gorengkan,dan hidang bagi kami makan.

rajin diorang ni....
Masuk maghrib kami balik berehat dan bersiap untuk aktiviti malam pula,Menu dinner kami malam ni ala BBQ di tepi kolam.Menu ayam bbq,sotong grill,ikan bakar,buah-buahan,salad,kentang,nasi goreng cina,kuih-muih,desert yang memikat selera,memang mengenyangkan perut comel kami semua,Cik Sue suka sotongnya fresh dan sedap,terima kasih banyak staf Agrofarm bakarkan ayam,sedap.

tu dia,ala-ala western

ni pinggan Cik Sue

ni pinggan kedua heheheh

appetizer

desert...
terima kasih banyak sediakan bbq tuk kami
Dah kenyang perut,takkan nak tidur teruskan ,malam last ni kasi happening la,haaaa kami di beri peluang menyumbangkan suara dalam bilik karaoke yang berbentuk kasut kalau dari luar,yang ni permandangan dari dalam.Betul-betul kami sumbangkan suara,habis jahanam lagu,tapi apa ada hal kan,layan je hehhehe...

selesa sangat dalam ni

abg-abg pun sama naik angin hahaha
Sempat juga kami surprisekan budak bertiga ni,ekceli Cik Sue,Cik Qaseh ngan Mr D yang keluar pegi belikan kek sebab malam tu besday Si Uzu ni,Najeeb dan Faizal dah belated tapi celebrate la sekali,dan serius kek tu sedap,padahal Cik Sue main pilih je hehehe...memang happening bertambah bila Mr Ben mula buat perangai dia dan turut menyumbangkan lagu untuk besday boys and girl,bila dia dah start yang lain pun apa lagi,keluar semua perangai yang selama ni kontrol macho kan,Mr D pun terjebak,tergamam Cik Sue sekejap hahhaha.

muka kemian budak-budak ni....

aiyokkkkkk sapa suh bagi mic kan dah sawan,sampai tak nak balik tu hahahha...
Malam tu menag kenangan yang tak boleh di lupakan la,terserlah perangai yang selama ni di sorok,boleh tahan juga la masing-masing punya gila,dengan rock kapak,dangdut,mat saleh semua ada.Kena sangat la tagline Kelab Blogger Ben Ashaari ni "BUKAN SEKADAR BLOGGER" hahhaha...dalam pukul 1.30 pagi baru kami balik ke bilik masing-masing,dengan gelak tawa tak berhenti.

Pagi ahad-huwaaaa dah nak balik,tak puas lagi menggila kat sini,memang memori paling best tahun ni,Pagi ni bersarapan dengan nasi lemak dan roti canai,kemudian kami ke bilik seminar untuk taklimat dan majlis perpisahan bersama pemilik Agrofarmstay En Mat dan isteri yang sangat baik,rupanya mereka pak cik kepada roommate Cik Sue masa study dulu,tu pun sebab si roommate tengok gambar kat insta,kebetulankan.Bergambar ramai-ramai sebelum balik itu wajib ye,ngeee....

grup photo bersama staf dan pemilik Agrofarmstay
Memang kenangan manis bagi kami,terima kasih banyak pihak Agrofarmstay,dengan layanan istimewa dan perkhidmatan terbaik untuk kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Agrofarmstay ini ,korang boleh klik link di bawah ye :



Email : pertanyaan@agrofarmstay.my

No Telefon :

En Bari (pengurus) : 012-2118246 / 016-2098623

bisik-bisik:
Aktiviti sebegini membuatkan kita lebih rapat dan kenal rupa sebenar kawan-kawan kita 
:)



8 singgah dan taip sket..: