Ramlee Halal Mart,Presint Diplomatik,Putrajaya.

2:12 PM Sue Izza 6 Comments

Cerita malam tadi,berpusing-pusing cari tempat dinner teman Mr D nak dinner sebelum balik umah mak,Putrajaya ni mamak je yang monopoli,segenap sudut ada mamak,huhuu...pusing-pusing presint diplomatik tu teringat nak try Burger Ramlee kat Ramlee Halal Mart di barisan Tom Yam Kung kat sini,nasib baik buka lagi.Kedainya korang cari je Tom Yam Kung dekat corner lot belah-belah blok belakang dekat imigresen tu,satu barisan je.


boleh makan kat situ dan bungkus bawa balik

Masuk-masuk orang tak ramai,staf pun mesra alam,mudah,banyak jugak frozen food yang belum di masak ada di jual secara borong dan runcit,siap dengan harga ahli lagi,oh ya kalau nak jadi ahli bawa salinan ic dan duit rm5 tu seumur hidup ,nanti dia bagi kad ahli dapat la harga murah lagi beli frozen food kat sini.Eh,tapi bukan jual frozen food je tau,macam-macam burger bleh beli bungkus atau makan kat situ,alaaaa macam mcd and kfc la jugak.

sos,mayo,dan perapan yang di jual,macam--macam ado.

macam-macam nugget,drimmet ayam,karipap frozen,daging burger,patty ayam dll terdapat
kat sini,mana yang meniaga burger tepi jalan pun boleh dapatkan bekalan kat sini.
tisu dan pembungkus pun ada

Ok,Jom tengok Cik Sue dan Mr D melantak apa hhhhahahahaa....


Mr D pilih set beef oblong siap dengan air dan fries

okeh fries dia sedap,ranggup.....

Ni Cik Sue punya,set Oblong Lamb eh lupa lak nak snap air
Kalau dalam set dapat softdrink tapi kami tak minum so tukar malt drink coklat dan capuccino,kena tambah rm20sen tu segelas,Tak tahu la saka dari mana datangnya Mr D pi order lagi burger ayam original biasa tuk dia,huh...ni la penghancur diet Cik Sue ni huuhuu...



Okeh,service not bad tapi lagi bagus kalau kedai ni dok barisan hadapan belah-belah mydin sana,ni tersorok tak ramai plak tahu,orang yang mencari je la jumpa pun.So berapa Cik Sue abis makan kat sini,tgk la sendiri resit kat bawah,not bad la,lagi murah dari tempat lain,dan semestinya halal.Ermmm dekat je pun ngan rumah,ada sokmo singgah balik keje ni kang heheheh.....




baru perasan tak de tax ye ermmm bagus2.hehehee

bisik-bisik:
semalam tak sempat nak buat kad,nanti nak buat la senang nak beli meatball
nak buat bbq ke senang,bleh beli borong n harga ahli.








6 singgah dan taip sket..:

Diet bukan berlapar

6:33 PM Sue Izza 7 Comments


Haaaa...baca tu,nak diet tak semestinya tahan makan ye kawan-kawan,yang penting kena keperluan badan kita,apa yang badan kita perlukan dan tak perlukan,bar la kita boleh ejas ikut yang kita nak kan.Kemudian kena la exercise,tu kan cara membakar kalori dan kena konsisten tau (jangan tiru Cik Sue ni,ikut mood hahhahaa).

Satu lagi kalau nak buat apa-apa diet tu kena study betul-betul ye apa kebaikan dan keburukan,dan adakah badan korang sesuai dengan diet tu,baru la berkesan kan?

bisik-bisik?
Cik Sue? Diet?
Diet tu apa?
Bhahahahahahaha......

7 singgah dan taip sket..:

Minuman detox kegemaran saya

11:32 AM Sue Izza 9 Comments



Bangun pagi ni rasa lesu badan,tetiba teringat nak buat air detox tuk buang toksin dalam badan.Pergi dapur tengok apa yang ada.Lemon ada 2 biji,dengan mentimun,daun pudina lak tak de,ermmm so Cik Sue buh madu je ngan hirisan lemon,sementara siap-siap gi kerja,letak jap dalam peti ais,nak gi keje amik je,buat minum kat opis.

Cik Sue suka minum kalau badan rasa lesu and tak selesa perut.Kekadang kalau rasa pening-pening,ok gak minum ni.

Selalu gak nampak fb orang share macam-macam resepi,ada yang buh strawberry,limau nipis,aprikot...ikut suka la kan and selera masing-masing.

bisik-bisik:
korang buat tak? suka yang buh apa?



9 singgah dan taip sket..:

OmgFest 2014 : Berniaga Sambil Menderma

2:44 AM Sue Izza 3 Comments


Omgfest 2014 datang lagi selepas yang terbaru diadakan untuk Aidiladha yang lalu,kali ini dengan lokasi yang di taja oleh Intekma Resort akan kembali selama 3 hari.Berlangsung pada 22-24 Oktober 2014 dari 10pg-9 malam di Dewan Sri Bestari,Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam,dengan slogan berniaga sambil menderma dengan kerjasama pihak YMC (Youth Movement Centre) bagi mengumpul dana sumbangan kempen membantu Tabung Palestin.


Lebih 100 tapak niaga di buka untuk vendor dan 'online shop' berniaga sambil beramal kali ini,dengan pelbagai barangan seperti pakaian,aksesori dan makanan.10 artis terkenal seperti Nora Danish,Catriona Ross,Arja Lee,Aida Khalida,Mawar Idris dan ramai lagi akan turut serta memeriahkan OMGFest2014 kali ini bersama produk masing-masing.Pastinya pembeli akan berpeuang berjumpa dan beramah mesra dengan artis-artis ini secara ekslusif.Oh ya hasil jualan dari setiap gerai sekuranya 5% akan di dermakan ke Tabung Palestin yang di kelolakan oleh YMC,tabung kutipan.juga akan di edarkan kepada pengunjung,jadi selain korang bershopping,bolehlah membuat amal sedekah untuk saudara kita.

antara koleksi dari vendor yang akan di jual pada OMGFest2014
Selain dari itu tarikan OMGFest kali ini adalah Intekma sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dan selesa untuk kali ini dan memaskan hati pembeli dengan kemudahan yang terdapat di situ.OMGFest2014 kali ini juga berlangsung selama 3 hari tidak seperti sebelum ini hanya 1 atau 2 hari sahaja,jadi pembeli punya banyak masa untyk memilih dan membuat keputusan untuk datang kembali mendapatkan produk yang mereka inginkan.


Jadi,apa lagi jom kita pakat serbu,mana tau korang boleh dapat koleksi idaman korang selama ni dengan harga terbaik,jangan risau,pastinya akan ada diskaun di seriap gerai jualan.Jom ramai-ramai kita serbu Dewan Sri Bestari di alamat berikut :

Dewan Sri Bestari 
Intekma Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda,Seksyen 7,
40000,Shah Alam,Selangor.

atau yang ingin membuat pertanyaan dan mendapat kan maklumat korang boleh ke laman web


Berita baik untuk vendor atau peniga online,mana-mana yang ingin turut serta korang boleh hubungi 
pihak OMGFest Ventures di talian :

011-26261656 (Daz)
019-2796275 Liza)

atau emel kepada

enquiry@omgfest.my

bisik-bisik:
Dah gaji kan masa ni,jom la ramai-ramai beli produk murah-murah dan berkualiti.
Bijak membeli,Menang memakai
:P

3 singgah dan taip sket..:

WW : Jangan Pakai Bra Lebih 12 Jam

11:00 AM Sue Izza 8 Comments


sumber Medik TV



bisik-bisik:
Nak tido malam ,sebaiknya tak yah la pakai,haaaaa...jangan nak pikir bukan-bukan ye
ini info kesihatan,hep hepppp.... :P


8 singgah dan taip sket..:

Lepak Hari Minggu : Sungai Kemensah

1:39 AM Sue Izza 15 Comments

Cerita Ahad lepas,kononnya serabut dan stress,stress apa pun tak tau la,tiba-tiba datang idea nak mandi sungai dan lepak makan tepi sungai,bagitau Mr D kebetulan dia pun tak balik kampung,so ajak la 2 3 orang lagi.Last minit punya plan pagi ahad,sempat la masak nasi ngan lauk sikit buat bekal.

Cik Sue dah penah datang sini dulu buat bbq geng backpackers Shah Alam,nak baca pi SINI ,Tapi kali ni tak sewa chalet pun,dok lepak je tepi sungai,hampar tikar,memang tenang la sebab kami datang awal sikit,air pun sejuk dan bersih lagi,tak ramai orang.

tenangkan?

sejukkkkk je
Tempat ni kalau korang nak pi,kena masuk ke belakang Zoo Negara menghala ke perkampungan belakang tu,terusssss je sampai satu simpang tiga ,ada kolam pancing sebelah kiri,masuk kiri tu,nanti banyak port yang korang boleh piih tuk piknik.

kesejukan berendam.

dok berendam

nyaman

dah berendam lapor mari kita makan

makcik jual nasi hahahahha

ni oghe klate panggil tuyuk hahahhaha

eceecececce....main simbah2 air plak hahahha

dugong tersangkut bhahahahha

dok atas batu kaki hulur dalam air,eh ehhh ada spa ikan plak...

kelaparan betul ni
Dah puas berendam,naik makan,turun semula dekat pukul 4 petang juga la baru naik,kemas-kemas dan singgah solat kat surau perkampungan di situ.

Balik rumah fresh kepala,tidur awal keletihan berendam,memang syok ar.

bisik-bisik:
kadang-kadang on the spot tanpa rancang awal ni best jugak hehehheeh....

15 singgah dan taip sket..:

Kopi Kelulut Arfah : Minuman Kopi Berkhasiat

11:28 PM Sue Izza 8 Comments





Korang tau tak selain madu lebah yang biasa kita guna pakai tu,ada juga madu kelulut yang berasal dari lebah yang tidak menyengat dan kecil sikit dari lebah biasa.Lebah kelulut ini sangat sensitif kepada kulat dan virus,jadi mereka memghasilkan propolis atau madu yang antikulat,antivirus dan antibakteria untuk kebersihan sarang mereka,secara tak langsung propolis ini amat baik untuk tubuh badan manusia.


Baru-baru ni Cik Sue sempat mencuba kopi baru campuran kopi dengan madu kelulut bersama herba yang memberi tenaga dan sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita.Antara herba yang di campur adalah :

-Madu Kelulut
-Kopi
-Kurma
-Habbatus Sauda
-Ginseng
-Teh Hijau
-Halia
-Kayu Manis
-Buah Pala
-Halba
-Buah Tunjuk Langit
-Buah Goji
-Kunyit

Minggu pertama minum time sarapan,malam tu badan memang penat sangat,letih,badan pun lenguh-lenguh.Alhamdulilah minum masa sarapan memang bertenaga sepanjang hari,dok buat kerja kat opis selalunya mengantuk waktu tengahari tapi tak pulak,lenguh-lenguh badan pun hilang,jadi aktif pulak,balik rumah malam tu boleh sambung buat kerja lagi,memang berkhasiat untuk badan.

Selalu Cik Sue kalau bangun duduk acap kali mesti pening skit,tapi lepas amalkan dalam seminggu rasa tu dah kurang,sistem perkumuhan juga lebih lawas dan badan rasa ringan tuk bergerak aktif.Banyak khasiat kopi ni,Hari raya korban hari tu sempat bawa balik bagi pak cik,mak cik ,abah dan ma cuba.

Alhamdulillah semua memberi respon positif,insya Allah Cik Sue akan beli lagi bawa balik,apa salahnya kan beri sesuatu yang bermanfaat untuk kesihatan mereka,selama ni mereka bekerja kuat pun untuk kita.



Masing-masing beritahu rasa lebih segar dan sakit lutut kurang dah... sedap dan lenguh badan dah hilang katanya...

Kepada anak-anak yang lain yang ibu bapa anda ada mengadu tak sihat sana sini, yang ibu bapa anda nak jalan dengan elok pun susah akibat sakit kaki, nak solat berdiri pun tak dapat, nak sujud pun tak boleh, solat kena pakai kerusi…Ya Allah kasihannya.. bayangkan kalau kita di masa tua pun begitu…:(

Selama ni ibu bapa kita membanting tulang mencari rezeki untuk kita. Mereka berkorban harta, perasaan, tidur, makan minum, duit, keringat semata-mata mahu melihat kita berjaya di dunia & akhirat. Mereka hanya mahu anak mereka bahagia walau keperitannya di tanggung oleh mereka. 
Jadi sekarang inilah masanya untuk kita pula membalas jasa mereka. Hargai mereka sebelum terlambat. Selalulah bertanyakan khabar mereka, hubungi mereka selalu, pulang menziarahi mereka di kampung dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan mereka. Belikan makanan terbaik untuk kesihatan mereka supaya mereka tidak menderita menanggung penyakit yang macam-macam di luar sana. 

Kopi kelulut Arfah ini adalah salah satu minuman yang sangat bagus untuk membaik pulih kesihatan ibu bapa kita kerana ia dapat mengembalikan semula tenaga ibu bapa kita yang semakin menyusut dimamah usia. Ia juga di formulasikan untuk membuang angin dalam badan, jadi insyaa Allah selepas minum badan akan terasa ringan. Jadi nak gerak ke mana-mana pun tak ada masalah. Selain itu, ia juga bagus dalam merawat sendi dan saraf yang sakit kerana semakin meningkat usia ibu bapa kita semakin goyah sendi-sendi mereka. 

Betapa gembira & bahagianya hati seorang ibu dan ayah apabila seorang anak mampu menyelesaikan masalah penyakit yang menghantui kehidupan mereka. Pasti mereka mendoakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat untuk anak-anak yang telah menggembirakan hati mereka ini. Insyaa Allah..
Tidur mak ayah kita pasti lebih lena selepas ini.:)

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH BERKORBAN NYAWA.

Antara khasiat lain kopi kelulut ni adalah :

-Meredakan sakit perut
-Membantu mengawal tekanan darah
-Menambah tenaga,melawaskan sistem penghadaman.
-Membantu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
-Membantu menguatkan fungsi jantung dan hati.
-Menurunkan Glukosa dalam darah.
-Membantu membuang angin dan melambatkan pembekuan darah
-Baik untuk ibu hamil
-Membantu merawat masalah kulit

Sebenarnya banyak lagi khasiat kopi ini,maklumlah campuran herba yang memang berkhasiat untuk tubuh badan kita.Mana nak dapat? haaaa korang boleh hubungi :

Puan Mieta Marsita di talian 0176910900 atau ke FB KOPI KELULUT ARFAH
cepat-cepat sekarang ada promosi RM50 untuk 2 kotak

Harga sekotak rm29 tau..and..'siapa nak jadi pengedar pun boleh' ,hubungi cepat tau.

8 singgah dan taip sket..:

Resepi Cucur Kentang Sagat

9:03 PM Sue Izza 9 Comments

Malam-malam macam ni,Cik Sue memang kurang la nak makan nasi,tambahan hari kerja,malas nak berkungfu beria sangat kat dapur,so dinner ringkas je la kalau tak keluar.Malam ni jom try buat cekodok kentang sagat.

Bahan:
4 biji kentang di sagat halus
2 biji telur
Daun bawang
1 biji bawang besar di hiris halus
2 senduk tepung gandum
Garam dan air

Cara:
-gaulkan semua bahan hingga sebati
-panaskan kuali,gorengkan adunan tadi dengan api perlahan.
-bila agak garing boleh di angkat,toskan minyak dan hidangkan dengan sos.


Bisik-bisik:
Kalau tak mau goreng habiskan pun,simpan je dalam peti ais,esok bleh goreng lagi...







9 singgah dan taip sket..:

Segar dari ladang

10:06 PM Sue Izza 9 Comments

Cuti raya di gunakan sebaik mungkin untuk melawat saudara-mara walau hanya cuti singkat. 
Cik Sue pun pulang ke kampung,sampai pagi raya dah,petang semalam sempat ziarah pak su dan mak su di kampung.Kampung sebelah je pun,tak sampai 15 minit pun. 

tebu yang di tebang di kebun.
Sampai je dah nampak pak su dok besihkan tebu tuk di mesin,besar-besar juga tebunya,hasil dari berbudi pada tanah.Musim-musim getah murah,macam-macam orang kampung buat untuk tambahkan pendapatan.Pak su tanam tebu dan jualkan kat tepi jalan,dapat jugak tampung duit dapur n belanja sekolah anak-anak.Alhamdulillahhh,dengan minyak yang makin naik,dengan kos hidup makin tinggi,meeka masih lagi boleh makan dan teruskan hidup. 







Air tebunya memang segar manis dan tebunya nemang banyak air.Selalu kalau Cik Sue beli kat pasar malam atau pasar tani,minum je mesti sakit perut.Tapi kali ni minum air tebu fresh,baru lepas mesin tak campur gula dan air,memang original. 







4 batang tebu boleh dapat 2 jag air tebu fresh ni,bila minum segar,manis dan sedap.


 Pak su jual kat tepi jalan,secawan tinggi tu RM1 je,kalau bungkus dalam plastik besar pun RM2 je,memang murah.Semoga rezeki pak su bertambah dan melimpah ruah.

9 singgah dan taip sket..:

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2014

1:25 PM Sue Izza 0 Comments

Kartun dari Syed Alwi
Assalanualaikum kawan-kawan,
Alhamdulillah kita masih di beri peluang menyambut aidiladha tahun ini.
Semoga pengorbanan walau sekecil mana pun tetap memberi erti untuk kita,bukan semestinya korban itu adalah haiwan ternakan sahaja,mengorbankan sifat-sifat mazmumah juga adalah pengorbanan mencari keredhaan Allah,

Semoga dengan aidil adha ini kita hapuskan perasaan hasad dengki,benci membenci,menabur fitnah,melaga-lagakan sesama saudara seislam dan mengadu domba.Insya allah itulah pengorbanan yang lebih baik.

Bisik-bisik:
Makan daging jangan banyak2 ye,naik darah nanti....
Ermmmm dapat colek perut sedap gak ni hehehhehe.....

0 singgah dan taip sket..: