Petua Tok Nenek : Madu menyembuhkan luka

12:51 AM Sue Izza 5 Comments




Ramai yang dah maklum dengan khasiat madukan ,ubat berbagai kesakitan dan 1001 khasiat pada tubuh badan.Namun ramai yang tak tahu lagikan cara penggunaan madu bila kita luka,Madu boleh di oleskan atau di sapu terus di tempat luka yang telh di bersihkan.Madu akan melindungi luka dan mencegah infeksi.Ia juga mampu meredakan rasa sakit kerana sifatnya sebagai antiradang.

Selain itu ia dapat membuatkan luka sentiasa lembap tanpa menghalang proses penyembuhan luka.Haaaa banyak khasiatkan,korang nak tahu apa Cik Sue gunakan madu ni haaa jom:

1. Menyejukkan dan menegangkan muka-sapu nipis di kulit muka sampai agak kering baru basuh.
2. Menggebukan dan mencantikan bibir-sapu pada bibir sekali sehari
3. Sebagai supplement-amik sesudu masukkan dalam air suam dan kacau lalu minum setiap pagi.
4. Gaulkan sesudu dengan masker beras dan kunyit untuk lulut badan,memang best.

Ada banyak lagi lupa dah....

Korag amalkan tak?



5 singgah dan taip sket..:

Homemade Sirap dan Jem Roselle

7:29 PM Sue Izza 7 Comments


Yeayyyyy berjaya buat sendiri,biasa balik kampung amik yang ma dah siapkan.Selalu kat kampung mak cik kutip kat kebun dia dan bagi ma buat,suka.Last week singgah pekan sari Raub masa balik kampung beli seplastik RM1 je,banyak la jugak.


Cik Sue rebuskan kelopak roselle ni nak buat sirap roselle nanti bleh bancuh buat air,rebus kelopak,biji dia buang ye,buh air ikut suka dalam periuk sederhana besar,biar mendidih dan kelopaknya lembik,pastu tapi amik kelopak yang dah macam jeli tu,air tu rebus sekali lagi dan buh gula ikut tahap kemanisan yang tuan puan mahu ye.
dapat la sebotol sirap roselle

Kelopak yang macam jeli tu tak tahu nak buat apa sebenarnya,tanya kat Pak Cik Mat Gebu (tipu kalau tak kenal..heheheh) dia kata try buat jem,ting! idea bernas tu.Cik Sue blend kelopak tu dan masuk periuk didihkan dan masukkan gula,biar pekat,dan masukkan dalam botol,yeayyyy dah jadi je homemade sayaaaaa....

dapat sebotol setengah jem

bisik-bisik:
nanti nak try la buat jem lain pulak hehehhehe..
mula dah mengada-ngada nak sepahkan dapur tu hehehhe



7 singgah dan taip sket..:

Dulu tak suka,sekarang tergila-gila.....

8:00 PM Sue Izza 6 Comments

Kalau dulu,bau pun dah tutup hidung,kalau gi kenduri ada "dia" haaa memang tak makan la.Penah sekali makan "dia" sampai muntah-muntah,loya pening segala.Pastu serik nak dekat dah.Apa saja dari "dia" memang Cik Sue mengelak huuhuu..tak boleh dan tak nak,tambahan termakan dakyah dan fitnah asing kononnya membawakan kesihatan,kononnya la.

susu nutrigoat yang sedap.
Tapiiiiiii sekarang bukan setakat suka,dah tergila-gila pulak,adoihhhh kalau tak dapat rasa tak senang hati,seminggu 3 4 kali nak jumpa "dia".Dah macam orang gila talak di buatnya,akhirnya beli je la letak kat rumah,senang,jimat pun jimat.

Amenda Cik Sue ni???? Haaaaaa tu tengok kat bawah tu.....

lamb slices tengah di grilll...
Haaaaaa yeeeee,daging kambing,susu kambing....mbekkkkk hahahhaa....
Dulu serius tak leh nak makan,bau la,pening la.Tapi entah macam mana hari tu paksa jugak makan sate kambing,eh eh...elok plak sedap plak tu,apa lagi terus suka.Sekarang mesti cari kambing kalau pi western food.Dan sekarang siap beli sendiri kat market yang dah siap slice and perap sendiri ,grill je kat rumah bila nak makan,senang,anytime.

Lamb grill with sosej cheese
Selalu Cik Sue suka yang grill la,selalu perap sendiri dengan bahan-bahan:

-sos bbq kimball
-sos black pepper
-daun selasih
-jintan putih
-kicap pekat anis
-serbuk cili atau paprika

Suka jugak kalau masak gulai atau kari ,perghhhhhh yang pekat tu kan,maveles.Hari tu pergi buka puasa yeos kat Shah Alam diorang hidangkan kambing masak kicap manis,perghhhh sedap weiii,lupa lak nak mintak resepi.

Rupanya banyak khasiat daging kambing,susu kambing ni,kita je dok dengar dakyah dan propaganda omputeh tu,pening la,kolesterol la darah tinggi la.Padahal ini kan makanan sunnah nabi kita.Tau tak apa khasiat Kambing ni? 

Daging terbaik :
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing."-sumber
Pengurai Kolesterol Tepu :
"Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung."-sumber

Susu kambing susu terbaik : 

"Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya."-sumber

sate kambing ala indonesia ,first time jumpa cicah kicap,pedassss....

Haaaa...banyak lagi tau khasiat kambing ni,siap bleh jadi ubat lagi,so jom ramai-ramai kita makan ikut sunnah nabi jom hehehe...
Cik Sue sekarang memang menjadi kegilaan la,kalau sebulan tak dapat mau meroyan,tapi kalau orang tak pandai buat tak sedap gak kan/? liat la,hamis la...pandai-pandai la pilih ye,tak salah cuba dulu.

bisik-bisik:
Okeh nak pi grill lamb jap,banyak lagi stok dalam peti ais hehehehe....


6 singgah dan taip sket..:

Bila Geng Kelab Blogger Ben Ashaari Bergambar.

3:52 PM Sue Izza 6 Comments


Fuhhhhh.... baru dapat update blog guna cik putih (my lappy) ni,kesuntukan masa yang sangat  mencumburui heeee apada merepek,ni ha la mesti ramai dah tau kan tapi Cik Sue nak gak buat entry ni sebagai kenangan hari tua ,cewahhhh ye ar first time ni bergambor dalam studio mekap lawo-lawo (kita orang kampung,tak biasa ar hahhaha).2 Nov lepas Alhamdulillah dapat berkumpul dengan ahli keluarga Kelabbloggerbenashaari yang lain tuk sesi photoshot kelab ni.Kat mana? haaaaaa pi klik SINI  .

Studio MYCPS (Mycreativepixel studio) menjadi tempat kami berkumpul hari tu dan menaja photoshoot kami,bestttt woooo korang pun kalau nak kontek ar studio ni ,dia konpem bagi harga berpatutan,agak murah la dari tempat lain.Nah amik gambor ramai-ramai kanak-kanak riang ni dulu heeeehheee....
hambik ko macam-macam pesen ada kecik besar tinggi pendek kurus gemuk,lengkap hahahaha
Jom usha geng yang hadir untuk Photoshot ni,ramai gak bila tengok gambar ni,tak sangka ramai yang hadir,ada yang datang dari jauh lagi macam eraz dan mawar biru,tq banyak-banyak sudi datang jumpa kami di sini.

Di sini Cik Sue ingin merakamkan ucapan beribu lemon terima kasih kepada penaja-penaja sesi photosoot ini ,antaranya:

Makanan  : Ruby
Studio : MyCreativePixelStudio
Mekap Artist :

Etty Garib
Wiidaribbon
Yanneskay
Shazaamalina

Shawl : Tya Salmid
Pin Hijab : Daniafacon
Prop Kelab : Lan Careno
Flower Crown : Sue Izza

Dannnnnn semestinya penaja rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu COSMODERM,terima kasih banyak-banyak.

FB COSMODERM
WEBSITE COSMODERM

berangan jadi model cosmoderm jap hehehehe...


Terima kasih banyak atas tajaan dan kerjasama yang di berikan,kami sangat-sangat hargainya :

Hero-hero Kelab Blogger Ben Ashaari 


Dari kiri Daus, Angah, Mawardi, Pok Beng aka Founder Kelab dan Lan Careno (klik nama untuk ke blog mereka)


Dari kiri Najeeb, Razi, Hafiz, Ujang, Eraz,Fazrol, dan Faizal (klik nama untuk ke blog mereka)


Meh tengok heroin-heroin Kelab Blogger Ben Ashaari lak :


Dari kiri Ruby, Fiza, Emas Putih, Yanty dan Mieza (klik nama untuk ke blog mereka)


Dari kiri Nad, Farah, Qaseh, Fatin dan Yaya (klik nama tuk ke blog mereka)


Dari kiri Dkna, Mawar Biru dan Kak Sal (klik nama tuk ke blog mereka)

Haaaa kau,mahu tak meriah,ramai tu,ambil giliran nak setelkan solo photoshoot.


heroin2 ayu mayu lemah lembik semua ada heheheh

hero-hero yang terlebih macho sampai jadi macha pun ada hahahhaa...
Nak tengok gambar Cik Sue dak? gambor yang keras kejung tak reti posing,buat alu kek orang je hahhaha...orang lain suma posing cantik-cantik.tapiiiiiii nak tempek jugak buat kenangan anak cucu cicit tua0tua nanti.



Haaaaa cukup la tu,kang muntah hijo kang.

bisik-bisik:
pengalaman yang cukup bermakna,first time bergambor cenggini
sayang korang semua family Kelabbloggerbenashaari
terima kasih sudi bersahabat (bukan kerana wang)






6 singgah dan taip sket..:

Dinner di Farrel Steak House,Bangi

8:00 PM Sue Izza 11 Comments

Assalamualaikum semua ,hai kawan-kawan apa aktiviti hari ni? Ramai jugak yang luangkan masa bersama keluarga kan?
Makan-makan,bercuti...pasti tempoh masa yang ada tak di sia-siakan.Untuk korang yang nak bawa keluarga keluar makan boleh lah mencuba western food di Farrel Steak House di Seksyen 7 Bandar Baru Abngi,berdekatan Jpj Bangi.Maklumat lanjut boleh lihat di laman FB Farrel Steak House.

Malam semalam sempat la Cik Sue mencuba makanan di situ waktu dinner.Restoran yang agak selesa,ruang dalaman pun kemas.




Cik Sue order menu wajib kalau makan western,yeee mushroom sup.


Mushroom Soupnya sedap,pekat dan memang rasa yang perfect,isi pun ok,cuma mulut Cik Sue rasa masin skit,tapi Mr D kata dah cukup sedap,ngam2 je.ok kat bawah ni ada menunya.




Cik Sue punya menu tuk dinner lamb leg with special gravy,lamb dia sedang2 elok je rasa,gravy dia bagi Cik Sue sedap sebab ada black pepper,kalau orang tak suka black pepper mungkin la tak kena tekak.


Mr D lak order Morocco Chicken Rice,okeh yang ni Cik Sue bagi 5 bintang,nasi goreng sedappppp....rasa macam nak order plak nasi goreng saja,sib baik dah kenyang.


Alaaa lupa lak nak amik gambo air,Cik Sue minum milo panas sebab sejuk hujan,Mr D plak order bandung cincau,memang sedap.Harga pun berpatutan la,bleh tengok resit kat bawah ye.


Kalau nak try boleh waze je,atau cari JPJ Bangi,pusing kat belakang kedai-kedai tu mesti jumpa,tak pun pi tengok kat fb diorg ye.

bisik-bisik:
misi mencari kedai western food sedap yg berdekatan rumah sebab port lepak biasa dah tak sedap.

11 singgah dan taip sket..:

Tuala Wanita/Pad Sesuai Untuk Semua Wanita

3:22 PM Sue Izza 5 Comments

Assalamualaikum semua

Baru sempat jenguk blog,busy yang amat dengan macam-macam hal,ni baru la sempat haa..hajat nak blogwalking pun tak kesampaian lagi,sabar ek nanti Cik Sue datang blog korang.

Pssstttt...korang,haa korang yang pompuan-pompuan ni,korang pakai pad apa ek? selalu bocor tak? heheheh...kebanyakan kalau tuala wanita atau pad yang di pakai tak sesuai dengan aliran korang di hari pertama dan kedua selalunya akan menjadi kebocoran kan? Ada juga kawan-kawan Cik Sue kata pad yang di buat tak sesuai dengan bentuk badan diorang yang besar walaupun pakai saiz yang besar.

Dari kajian yang di jalankan 1 dari 5 wanita mengalami masalah kebocoran semasa hari-hari awal.
Korang tau tak Libresse ada mengeluarkan dan memperharui produk mereka dengan penyerapan yang lebih sempurna,dan masalah kebocoran dapat di atasi.

produk yang di perbaharui dengan dengan ciri baru
Semua produk Libresse kini di lengkapi ciri Deep Flow Channels (DFC) yang bertindak pantas dalam menyerap dan mengalirkan cecair untuk kekeringan lebih baik dan permukaan tengah yang lebih lebar untuk penyerapan efisien.

Kesemua tuala wanita Libresse di reka khas mengikut bentuk badan so tak perlu risau lagi kalau korang berbadan besar ke,kecik ke ,sedang ke,pastinya akan rasa lebih selesa dan menyerap dengan sempurna.

Cik Sue pun suka pakai pantyliner Libresse ni,selesa dan siap ada wangian lagi tau hehheee..wangiii je.

LIBRESSE THE HUNT

Libresse The Hunt yang menampilkan tema perisikan dan di terajui oleh Fahrin Ahmad serta Adibah Noor telah bermula pada 7 Oktober 2014 lagi.Ini adalah sebagai kempen memperkenalkan ciri baru produk Libresse dengan melibatkan pengguna dalam aktiviti berbentuk permainan menyelesaikan masalah untuk membuka beg bimbit.

Kemuncak kempennya adalah pada 28 Oktober lalu,di The School,Jaya One ,Petaling Jaya.Pengguna,tetamu jemputan dan media di beri peluang menyelesaikan teka teki dan beberapa permainan sebelum majlis penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah di jalankan dalam suasana santai minum petang.

Fahrin dan Adibah

bersama rakan media blogger

produk yang di lancarkan

majlis perlancaran

pemenang yang turut serta dalam kempen yang di jalankan.

bisik-bisik:
Pasni bleh la try beli Produk Libresse ni ye bagi mana-mana yang ada masalah tu,tengok ok tak nanti.

5 singgah dan taip sket..:

Panduan Membasuh Pakaian Dan Fabrik

1:43 AM Sue Izza 4 Comments

Korang pernah perasan tak simbol2 ni kat tagging baju korang,dress ke,kemeja ke?
Cik Sue perasan tapi jarang nak peduli menda gitu,heehee...pastu mula la baju hilang kaler la,luntur la,butang tercabut la,tertarik benang la kannnnn?
So,mulai sekarang sila study simbol2 ini dn basuh ikut aturan penjagaan fabriknya ya supaya pakaian anda tidak rosak..

bisik-bisik:
selalu terpaksa ignore baju feveret sebab salah basuh dan rosak huuhuu...sedeyyyy

4 singgah dan taip sket..: