13 February 2015

12.02.2015 Jam 9.45 malam,Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di sahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pulau Melaka,Kota Bharu.

Antara pemimpin Islam paling berpengaruh bukan sahaja di Malaysia malah di negara luar.Ulamak yang di hormati dan di sayangi ramai.

Cik Sue mendapat berita semasa dalam perjalanan ke Jerteh,tergamam seketika,suasana rasa sayu.Pengalaman sendiri pernah mendengar kuliah dan berjumpa face to face dengannya semasa belajar di Kelantan,sememangnya dia orang yang di hormati,di senangi.Melihat wajahnya terasa tenang dan sejuk hati.

Alfatihah,semoga Tuan Guru yang di sayangi ,di cucuri rahmat Allah dan di permudahkan urusan di sana kelak.

BIODATA RINGKAS

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.



1931-2015

bisik-bisik:
sebak hati bagai kehilangan ayah sendiri
kehilangan besar bagi negara dan umat Islam

5 singgah dan taip sket..

Al-fatihah...sebak sangat...subhanallah...semoga Allah merahmati dan menjaganya...amin

REPLY

innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!!

REPLY

Mcm mana laa masa zaman Rasulullah dahulu.. perasaan para sahabat meratapi pemergian nye Nabi Muhamad SAW ketika itu.. sedangkan pemergian Allahyarham TGNA sebagai ulamak tersohor dh cukup hebat nye kesan bg ku..
Al-Fatihah buat Allahyarham...

REPLY

alfatihah.. insan mulia disisi manusia dan juga Ilahi.
kak linda singgah sini n follow nanti free2 singgah la blog kak linda yg tak seberapa kat sini ye www.warisan-e-bunda.blogspot.com
tq

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates