Tips Romantis Selepas Kahwin

9:00 PM Sue Izza 7 Comments



Mengekalkan hubungan bukan semudah membina hubungan,dengan arus cubaan dan dugaan sememang sangat mencabar terutama dalam alam perkahwinan.Alam perkahwinan tak sama dugaannya di alam cinta,lebih banyak yang perlu di fikirkan,di utamakan,di pertimbangkan.Cik Sue menulis melalui pemerhatian.Insya allah akan menghadapinya nanti.

Masa bercinta semuanya terasa indah dan mekar mewangi bila dah berkahwin segala yang buruk timbul,segala kekurangan terserlah yang selama ini di butakan oleh angau.Masa itulah dugaan untuk kita samada betul-betul boleh menerima atau tidak.Kata kawan saya yang sudah berkahwin " Aku ingatkan aku dah cukup kenal isteriku,tapi bila dah kahwin banyak lagi rupanya yang aku tak tahu tentang diri dia"

Tips mengekalkan hubungan dan menjadikan hubungan romantis selepas kahwin :

1. Terimalah seadanya

Terima segala kelemahan dan kekurangan dirinya untuk kita lengkapi,dan berdoa semoga dia juga melengkapi kekurangan kita.Terimalah deperti kita menerima ibu bapa kita yang kita tahu kelemahan dan kekurangan mereka,tapi tak mungkin kita " menggantikan" dengan ibu bapa yang lain.Seperti juga pasangan,mungkin ada masa marah dan geram .namun lekas-lekas lapangkan hati dan maafkan.Bersabar dengan kekurangannya yang membuat kita tidak senang.Tugas kita untuk melengkapkan kekurangan itu.

2. Lebihkan mendengar

Kenapa Allah jadikan satu mulut 2 telinga,hikmahnya lebihkan mendengar.Ketika bersama pasangan lebihkan "mendengar" bukan sekadar kata-kata tapi bisikan hati nuraninya,kadang-kala tak terucap kata-kata tapi jika kita lebih " mendengar" pasti kita akan tenang dan mudah memahami.Lihat gerak tubuh,bahasa wajahnya,apa yang di mahukan.Perhati dan fahami.

3. Lakukan Segera

Menunaikan janji memberi makna yang besar bagi setiap pasangan.Dia tidak akan terasa di abaikan.Sebab tu jangan berjanji jika rasa tak mampu tuk tunaikan.Dan jika boleh lakukan segera apa saja yang di minta selagi boleh,itu menunjukkan dia penting  bagi anda,cthnya kerja rumah,urusan bil dan apa saja yang boleh di buat segera,Jangan berlengah dan bertangguh.

4. Menatap mata

Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.

Bila dia bercakap berilah perhatian,pandang wajahnya ,pandang matanya,pasti dia rasa anda sangat prihatin dan menyayangi dia.Bertambahlah kasih sayang dalam rumahtangga,jangan bersikap sambil lewa.

5. Sense of Humor

Jangan terlalu serius,kelak suasana tak ceria dan sentiasa terlihat tegang.Mewujudkan suasana ceria dengan gelak ketawa dan gurau senda akan menerbitkan emosi yang baik antara pasangan.Walau sepenat mana pun anda pulang kerja,senyumlah kalau tak mampu nak bergurau.Apa anda rasa bila pasangan pulang kerja dengan masam mencuka dan tegang muka bagai nak terbakar,pasti isteri atau pasangan akan kekok untuk menegur ,dan teragak-agak risau apa2 tindakan akan membuatkan anda menyinga.Suasana akan kekal tegang dan pasangan risau untuk berkomunikasi,tiada komunikasi susahlah hidup berpasangan.

6. Lakukan kerja bersama

Luangkan waktu melakukan kerja rumah atau apa saja aktiviti bersama,berkebun,membaca buku,menonton,memasak,solat berjemaah.Pasti akan ada kenangan-kenangan lucu dan manis untuk di kenang kelak.Malah rasa cinta pastinya makin mekar dan mewangi.Bertukar pendapat dan saling berbincang dalam aktiviti bersama pasti lebih seronok.


Mengekalkan sesuatu itu tidak mudah,seperti sebuah bangunan yang di bina,pasti kita akan membersihkan,mengecat ,memagar untuk kekal bersiri megah,begitu juga cinta dan kasih sayang.


sumber dari :
Buku Setiap Hari Adalah Honeymoon
karya : Komarudin Ibnu Mikam


bisik-bisik:
Cinta : kita bina kita kekalkan kita jaga,bukan mengikut emosi semata,biar di sulam iman dam takwa.

7 comments:

  1. Good Luck .. BLOGWALKING HERE ..

    #kliknuffnang #visit my blog on shukranzahari.blogspot.com #Happyblogging

    ReplyDelete
  2. bole jd kan tip ni tuk msa akan datang :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tips kak.. insyaAllah ena akan amalkannya

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum , jum jemput GA saya http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html

    ReplyDelete
  5. Tips yg bagus utk kekalkan relationship

    ReplyDelete