17 March 2015

Alhamdulillahhh siap dah Baju Melayu bersulam tuk akad nikah Mr D,baju Cik Sue?? huwaaaaa belum siap hukkkk doakan ye semoga sempat siap sobs sobs...
Eh nak cite baju melayu ni,tempah kat Butik Mayor Manik kat PKNS Shah Alam,tingkat atas hujunggggg sekali kedai nya,sila ronda sampai hujung ye hahahaha.....

ni kedainya
Dari mula-mula hantar lagi suka dengan layanan tuan kedai dan anak-anaknya,beradap sangat,menghormati pelanggan,Cik Sue memang rasa selesa berurusan dengan mereka.Kat Butik ni ada banyak juga baju-baju yang dah siap,baju melayu,jubah,dress,baju kurung,kebaya dan banyak lagilah.Kalau nak beli yang dah siap boleh,nak bawa kain tempah jahit berpandukan contoh2 kat kedai pun boleh,nak pilih kain kat situ then tempah pun boleh.Semua ada,banyak pilihan pulak tu.

Cik Sue tempah awal bulan 2 hari tu, 11.3 dah siap ,diorang siap call ingatkan supaya datang amik,patutnya janji 31.3 baru amik.Cepat! masa amik tu terus usruh Mr D sarung supaya kalau ada yg tak puas hati boleh oter terus.Bila sarung memang cun je kat badan,belek-belek jahitannya memang kemas,sulaman pun kemas n cantik.

Kain ni beli kat Jakel hari tu sepasang lelaki perempuan,Cik Sue punya buat dress,nanti ai buat entry ye,tunggu siap dulu,sebab jahit kat kampung.Total semua bayar kat Butik Mayor Manik ni RM170 satu set baju melayu bersulam.Ni kain sendiri,Cik sue ada tanya kalau kain kat situ harganya around RM200-250.

So,korang mana yang nak cari baju raya bolehlah terjah ye,tuk tempah maybe tak amik dah tapi yang siap readymade pun cantik-cantik.Jahitan teliti dan kemas.

Mayor Manik Sdn Bhd
01-164A,Tingkat 1,Kompleks PKNS
40000 Shah Alam
Tel : 03-55184261

bisik-bisik:
Huwaaaa bila baju ai nak siap ni...sobs sobs..

6 singgah dan taip sket..

Teingat zaman aku nikah dulu baju melayu sulam upah sahaja rm150...

REPLY

Nampak kemas dan cantik sulaman tu..suami saya tak suka pula sulam-sulam ni..

REPLY

Lepas ni nak tengok baju Cik Sue pula ;)

REPLY

Untung la. Saya tempah baju dekat mayor manik ni sangat mengecewakan!. Sorry to say la..saya hantar kain utk tempah 2 bulan before puasa(bulan march). Dijanjikan 2 june siap.saya call dorg,katanye 18june siap.saya dtg 18june tengok2 baju saya salah design! Totally salah! Yg lebih kecewa, tauke kedai (gelaran ibu lin) sikit pun tak minta maaf.dia pulak marah2 kita sb tak nak terima je baju tu.saya suruh dia edit sikit2 atleast ada la bentuk nye.dia langsung tak nak.hahha..syco betul tauke kedai ni.hilang sifat budi bahasa dia sebagai org tua.sunguh memalukan.

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates