01 March 2015


Dah lama nak try menu ni,baru sekarang berkesempatan.Memandangkan hari cuti ,so masa tuk menyepah dapur si Yantle heheheh,jom tengok resepinya...

Bahan:
1 tin sardin besar
8 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai di ketuk
1 cawan santan
asam keping
daun kesom
garam

Cara:
-tumbuk cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit.
-masukkan santan dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk,masukkan serai,daun kesom dan asam keping.
-biarkan mendidih,masukkan isi ikan sardin yang dah di asingkan dari sosnya.
-jangan kacau terlalu kerap,takut hancur isi ikan,biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.

Alhamdulillahhh menjadi pun,nak kata sedap sangat tu tak la,tapi bolehlaaa kang puji diri sendiri kang,nayaaaa hahahhaha....
urmmm Cik Sue yang tak sedar diri,bila nak diet oiiiii tak lama dah ni,hukkkkkk.....

1 singgah dan taip sket..:

Lma rasanya tak mkn sardin.. Blh la cuba ni...
Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates