Gathering Bloggers Kelabbloggerbenashaari : Bloggers Day Out 2015

6:20 PM Sue Izza 1 Comments

Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi,Insya allah event kecil kami akan jadi kenyataan,tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang selama ni kenal di alam maya.Program satu hari untuk berkumpul dan merapatkan silaturrahim antara kami,bukanlah event yang gah pun.Hanya untuk berjumpa dan berkumpul.Dan Alhamdulillah team ajk Kelabbloggerbenashaari uruskan sendiri,walau kecil tapi bagi bermakna walau macam-macam hal juga berlaku dapat kami selesaikan.Di tambah dengan tajaan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang menyediakan tempat yang sesuai untuk kami beriadah.

Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni.. ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.
Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.


Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri..
Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..
Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.


bisik-bisik:
Insya Allah kalau berjaya kemungkinan ada gathering yang lebih besar.
Objektif hanyalah untuk berkenalan dan merapatkan ukhwah sesama kita.
Jemput hadir semua tidak kira siapa anda bukan kelabbloggerbenashaari sahaja,asalkan anda sudi berkawan,marilah kita berkenalan,rapatkan ukhwah dan silaturrahim.



1 comment: