MZ Darulnaim : Menu Masakan Kelantan di Kg Baru,Kuala Lumpur

11:30 AM Sue Izza 7 Comments

Tak tahu nak lunch kat mana? Korang peminat masakan Pantai Timur? Suka makan budu dan ulam? suka singgang ikan? Haaaa meh Cik Sue tunjuk tempatnya,fuhhhh cik sue ni kalau boleh hari-hari nak makan kat sini,tapiiiiiiii mau koyak la baju hari-hari membuntat je perutnya makan bertambah hahahhahaa.

Terletak berdepan Pusat Pungutan Zakat dan Kuala Lumpur International Hotel,memang orang sentiasa penuh waktu lunch,kalau lambat kena tunggu meja kosong lak.


Selain lauk pauk nasi tengahari,ada juga goreng pisang,kuih-muih,bubur ,keropok lekor,haa tak mau makan nasi boleh rasa kudapan-kudapan ni.


Lauk-pauk kat sini memang original Pantai Timur,Cik Sue dah rasa dan memang kena lah dengan selera,sini kena layan diri ye,dah amik semua nanti pekerja datang kira kat meja.Antara menu yang jadi pilihan,Gulai Serati,Gulai Ketam,Gulai Udang,Gulai Kawah,Ikan Percik Kuah Putih,Ikan Bakar tawar cicah budu,Ulam,Singgang Ikan,Jeruk Maman dan banyak lagilah.










Lauk ada yang dah di isi siap-siap tapi kalau nak amik sendiri pun boleh.Harga memang sangat berpatutan,tak mahal pun.standard biasa,Cik Sue makan berdua tak sampai pun RM25 bila amik lauk ikan percik,kerabu jantung pisnag,gulai udang,ulam n budu.


nah peta

Nak try,alaaa waze je la hhehehhehehe


7 comments:

  1. Urghhh sedapnyaaa tengok ketam masak lemak tu.. Nanti nak lunch kat sini la

    ReplyDelete
  2. penah makan dah kat sini.. memang sedap.. pastu kuih2 kelantan memang banyak pilihan.. sedapp

    ReplyDelete
  3. kat kampung baru memang syurga makanan. huhu

    ReplyDelete
  4. Kedai ni dah tkde kt lokasi tu skrg. Ada sesapa tau skrg kt mana?

    ReplyDelete
  5. Sy tgh mkn dekat MZ skrg.sedap woo..Alhamdulillahh.. ade je ni ha..
    Ke awak yg cari x jumpe..
    Tenkiu sue izza..

    ReplyDelete
  6. Mahal..ketam sekor caj rm16..pergh...

    ReplyDelete