20 May 2015


Dekat-dekat nak majlis ni la ,ada plakkk  encik jerawat datang bertandang,tak sabor-sabor tunggu la lepas majlis,nyampah tul la,baru nak feeling-feeling flawless dan segar skit pun tak boleh ,mencik !
Dengan pantasnya Cik Sue bertindak menghalang niat jahat en jerawat ini,mula-mula pakai gak krim yang ada dok beli-beli tu tapi nampak macam keras hati je en jerawat ni,haaa meh nak keluarkan petua tok nenek lengkap dengan jampi serapah lak (ok itu tipu...hahahha).

Mari kita guna bahan semulajadi pulak,bahan-bahan yang ada kat dapur je pun.Senang di cari,mudah di sediakan.

Bahan :
1 sudu serbuk kulit kayu manis-jangan banyak nanti panas,pedih muka
1 sudu bedak sejuk berbiji,pi cari kat kedai runcit heheheh
1 sudu madu-kalau kulit sensitif boleh lebihkan
1 sudu perahan lemon

Cara :
Gaulkan semua dalam mangkuk dan sapukan ke en jerawat yang menjahat itu,tak pun sapu je la satu muka senang,biarkan kering dalam 30 minit dah basuh bersih.

khasiatnya :
kulit kayu manis : menghilangkan parut dan mengecutkan jerawat,kaya dengan antioksidan untuk kulit.Sangat berkesan menghalang fungus di kulit.

Madu : bahan semulajadi tuk sihatkan kulit dan anti bakteria,menyembuhkan luka jerawat dan membaikpulih kulit.

Lemon : kaya dengan vitamin C dan Collagen,baik untuk tona kulit dan membersihkan kuman.

bisik-bisik:
Harap-harap ok la muka sebelum majlis ni,gatalkan en jerawat ni masa lain tak mo lak dia bertandang.ngada tau!

6 singgah dan taip sket..

insya allah..nanti berseri-serilah di majlis tu..

REPLY

Ena selalu letak madu dengan serbuk kayu manis je. Memang best! mujarab

REPLY

serbuk kayu manis beli kat mane??jumpe yg batang2 aje...

REPLY

Penah try guna kayu manis..mak aihh pedih..ahha

REPLY

okay nnti nak buat jugak. serbuk kayu manis ni ade jual kat care4. ida ade pasan ari tu hehehhee

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates