14 May 2015



Hari ni dah 14 Mei,pejam celik pejam celik tinggal lagi 17 je sebelum majlis berlangsung.Phewwww...tarik nafas panjang,tak tahu nak khabarkan macam mana perasaan,segalanya bercampur.Melalui fasa perubahan hidup yang selama ini duduk dalam zon selesa.Kini banyak benda yang nak kena fikir bukan lagi 2 kali malah berkali-kali,

Alhamdulillah dari segi persiapan,segalanya mengikut jadual dan masih terkawal,dan Alhamdulillah juga tiada masalah yang mengganggu majlis,biasa la yang sikit-sikit tu.Dan syukur sangat hampir 80% persiapan Cik Sue buat sendiri,dari kerastangan sendiri,syukurlah banyak juga yang dapat di jimatkan.Ikutkan hati tak larat tapi bila fikir ,ini majlis sendiri,untuk kepuasan sendiri,kalau majlis orang Cik Sue boleh buat kenapa tidak untuk majlis sendiri,lagipun dah ada pengalamankan.




Kad kahwin:
Alhamdulillah awal juga siap,ni tempah dengan Mawardi Yunus rakan blogger juga,dia banyak juga ambil tempahan design dan printing name card,wedding card dan design banner serta header.

Baju Nikah:
Alhamdulillah walaupun ada masalah sikit hari tu,masih boleh di selesaikan.Cik Sue hantar jahit baju plain je,kemudian jahit lace dan manik sendiri.Nanti lepas majlis Cik Sue review ye.Modal tak banyak pun habis,beli kain upah jahit semua tak lebih RM500

baju nikah
 
Goodies Bag :
Goodies bag pulak Cik Sue lebih beratkan memberi makanan supaya tak membazir,dan semuanya sendiri,pi beli paper bag,barang-barang yang nak di letakkan kat dalam tu dan packing.Tambahan pulak area dengkil,bangi,serdang,seri kembangan banyak je kedai borong tuk barang-barang nak buh dalam goodies bag ni,senang.Terima kasih banyak kat rakan blogger dan housemate yang sudi membantu packing.

purple polkadot

Pelamin:
Belah perempuan : Alhamdulillah seperti majlis2 sebelum ni di rumah abah,pelamin 100% dari idea dan kerja tangan Cik Sue,tidaklah setanding pelamin mahal di butik-butik terkenal tapi cukuplah menjadi kenangan bergambar di hari tua dan semestinya mengikut selera pengantin dan jimat! hehehe barang-barang semua dah sedia ada,cuma perlu pasang dan deco je.
Belah lelaki : Memandangkan Cik Sue dan Mr D malas nak mengangkut barang pelamin bawa datang pasang di rumah belah lelaki ,kami sewa je barang dengan pihak Your DIY Project Supplies ,diorg sewakan pakej pelamin diy yang mana kita kena pasang sendiri,sangat berbaloi sebab pilihan barang pelamin banyak dan sewa yang berpatutan,juga ada service penghantaran barang.Nanti lepas majlis Cik Sue tunjuk hasilnya ye.Oh ya,kedainya di Sg Besi je.

sewa barang pelamin

Barang Kemas :
Mulanya nak beli kat KL je ,tapi kebetulan pergi kenduri ke Kuala Pilah beberapa bulan lepas,dan tahu emas di situ lebih murah dari tempat lain,kami try survey,dari survey terus terbeli heheheh.Agak berbaloi membeli di sini,banyak jugak kurangnya dari harga di KL,kalau pandai tawar menawar mesti dapat lagi banyak murah,tapi Cik Sue ni mudah kesian kat peniaga huuhuu,tapi dapat juga la murah RM25 dari KL.




Dokumen perkahwinan:
Alhamdulillah yang ini bulan 3 ari tu dah siap setel semua dengan tempah kadi sekali.Senang buat awal-awal tak kalut dah.Tapi nak bagitau borang Mr D dengan pihak JAIS dah kena isi online sekarang huuhu,mula-mula tak tahu agak pening juga la,dah la Cik Sue yang uruskan semua,syukur buat by step dengan pertolongan kawan-kawan dan family setel gak.Tapi tuk korang Cik Sue nasihatkan fahamkan dulu prosedur ye,biasa akan di terangkan dalam kursus kahwin cara-cara lengkapkan dokumen semua,beri perhatian,jangan tidur lak masa ustaz ceramah.

ujian HIV,buat 3 bulan sebelum

Dulang hantaran/Bunga telur :
Bab dulang hantaran itu juga semua sendiri,beli barang-barang yang biasa-biasa je tidak mewah pun,malah ada yang kawan-kawan sponsor (sambil2 review heheheh) ,dulang hantaran pulak pinjam yang Qaseh punya hari tu,cukup tuk belah lelaki dan perempuan dan Cik Sue siapkan kedua-dua belah hantaran.Puas hati.
Bunga telur pulak beli yang murah-murah je kat Mydin USJ,tapi masih cantik dan ikut trend.

untuk hantaran

Banyak lagi nanti Cik Sue update lepas majlis la ye,insya allah tercapat matlamat nak berjimat tuk majlis,selagi boleh jimat selagi tu buat je.Alhamdulillah sangat dengan sokongan kawan-kawan blogger terutama KBBA ,housemate dan family di harap majlis ni berjalan lancar.Korang doakan ye.

Perubahan fasa hidup bagi Cik Sue mudah je,selagi mana ibu bapa merestui teruskan,insya allah andai ada rintangan dan kesukaran,pasti ada jalannya.Berfikir dengan iman di hati,lapangkan dada untuk terima segala yang perlu di korbankan selepas ini,Insya allah hidup lebih tenang.Itu juga nasihat dari Abah,insya allah akan tersemat sampai bila-bila.

bisik-bisik:
Mana-mana yang membaca jika sudo jemputlah datang majlis Cik Sue,jumpa di majlis kenalkan diri,insya allah kita jalinkan ukhwah dan silaturrahim.

Doakan Cik Sue dan Mr D je.

8 singgah dan taip sket..

good luck kak sue ! dan tahniah ! ^^

REPLY

ehem2 selamat menempuh alam baru kaksue .. will miss u hehek

REPLY

berdebar kan sue.. in shaa Allah semuanya berjalan lancar dan semoga sue bahagia ke akhir hayat bersama suami tercinta,, :))

REPLY

alhamdulillah...dalam debaran la ni kan...

REPLY

Xsabar nak tgk ksue bersanding aummmm

REPLY

TAHNIAH KAKSU. MOGA DIPERMUDAHKAN

REPLY

Tahniah Babe,

sorry xdapat hadir..

tgh2 sarat ni weyhh..
hu3..
aku doakan dr kejauhan

REPLY

boleh tahan simple dan cun kad kawin tu..cemana nak contact e.mawardi utk buat kad kawin yer? tq

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates