Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap di Bangi Golf Resort 2015

9:30 AM Sue Izza 2 Comments


Alhamdulillah esok lusa kita dah nak menyambut Ramadhan,pastinya ramai yang dah buat persiapan kan? mak-mak yang nak sediakan hidangan terbaik tuk keluarga,yang bujang dengan cara tersendiri kan? Tak kurang juga yang meninjau buffet-buffet Ramadhan yang menyelerakan.

Jom Cik Sue cadangkan kepada yang tinggal sekitar Bangi,Kajang,Putrajaya ke Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015.Seperti tahun-tahun lepas ia tidak mengecewakan pengunjung.Bermula 21 Jun - 15 Julai 2015 menawarkan hampir 200 pilihan makanan yang di sediakan oleh chef-chef berbakat.Dengan harga RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak,Cik Sue rasa ia sangat berbaloi dan murah berbanding tempat lain.


antara hidangan starter food yang di hidangkan

pilihan kerabu

rendang daging

ayam masak pedas

bahan mee jawa

lemang dan rendang

daging masak ros


Hidangan buffet yang di hidangkan termasuklah sajian popular melayu seperti kerabu ,masakan ayam,sate,rendang,lemang dan lain-lain.Terdapat juga hidanga barat dan masakan Timur yang di gemari ramai.Dan pastinya yang di cari pelanggan adalah kambing panggangnya,di panggang atas bara api serta hidangan sup kambing mamak yang lazat.

Hidangan sate pula di hidangkan dengan nasi impit dan kuah kacang yang di buat sendiri di dapur BGR.Di bahagian western pula terdapat Krim Ayam Salai dengan bawang panggang dan hidangan unik Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma iaitu telur separuh masak bersama sos istemewa.Terdapat juga aneka spageti dan pasta.

ayam celup tepung

butter prawn


kambing panggang


sup kambing mamak


Apa yang menarik perhatian Cik Sue BGR masih mengekalkan dapur terbuka dan makanan di tambah setiap kali bekas kosong untuk memastikan semua orang merasa hidangan tersebut.Memang terbaik.Tetamu juga di hiburkan dengan muzik melayu tradisional yang menenangkan telinga ketika makan.Bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari ,kemudahan tempat letak kereta dan surau sangat memuaskan.

ruang makan yang selesa

inilah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

berbagai desert yang di hidangkan tiramisu tu sedap gilerrrrr


Untuk yang berminat cepat-cepat hubungi Bangi Golf Resort untuk tempahan,sangat berbaloi harga yang murah makanan sedap dan tempat yang sangat selesa.


Bangi Golf Resort Restaurant Sdn  Bhd

Alamat :
No 1,Persiaran Bandar,Bandar Baru Bangi,
43650 ,Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : 03-89253728/03-82100265

Laman web : www.bgrrest.com

Facebook : www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email : bgb.bangigolf@gmail.com

bisik-bisik:
Satu-satunya tempat atau buffet ramadhan yang Cik Sue rekemenkan,puas hati.

2 comments:

  1. tahun lepas berpeluang buka puasa di sni. harap tahun ini pun ada rezeki lg buka puasa di sini .. meriah gilaaaaa

    ReplyDelete
  2. aummm.. nampak sedap ni... x sabar nak pegi.. heeee

    ReplyDelete