24 June 2015

Dah lama nak buat iakn percik putih  ni,ikan percik versi klate,nak bagi Mr D try.Kebetulan semalam balik berbuka kat rumah dah lewat so buat tuk sahur je.Siap sms ma tuk konpemkan bahan takut-takut terlupa heheh...

Ni Cik Sue buat cara yang paling mudah ,cepat dan simple tapi masih kekalkan rasa kuah perciknya.Buat pun dengan bahan apa yang ada je.Sesuaikan dengan keadaan .Kalau kat kampung dari kecik kalau bulan puasa memang ma akan buat,siap panggang ikan dan curahkan kuah atas pemanggang,rasa yang original asap kayu apai ,perghhhh.


Ehhh dah-dah ada batal puasa kang,Jom tengok resepi ala Cik Sue ye...

Bahan :

-Ikan kembung atau ikut suka korang la 2 ekor
bakar atau goreng garing,terpulang nak buh garam atau tawar
yang Cik Sue buat goreng garing buh garam dan kunyit sebab tak de pemanggang ikan.Tak pe kita buat dia ngeee,kalau ada pemanggang sila bakar lagi sedap.

-santan pekat 1 kotak kecil
-serai 2 batang
-4 ulas bawang merah tumbuk halus
-3 ulas bawang putih tumbuk halus
-2 sudu tepung jagung
-garam dan gula

Cara : 

-Ikan tadi dah goreng atau panggang ketepikan dulu
-panaskan kuali,masukkan santan,masukkan bawang tumbuk dan serai.
-dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung
-kacau dengan api perlahan sampai pekat masukkan garam dan gula.
-boleh masukkan ikan dalam kuah dan balik-balik kan ikan atau kalau panggang curahkan kuah atas pemanggang ikan tu tapi latas kuali la kang habis la kotor dapur hehehee...


Senangkan,simple je...mesti bolehnya buat.Alhamdulillah Mr D suka dan boleh telan.Nanti buat versi kuah merah pulak.

bisik-bisik:
Pelik betul la Cik Sue masa bujang suka try macam-macam menu,dah kawin ni blur plak nak masak apa heheheh..



5 singgah dan taip sket..

Wah...menarik ni cik sue...boleh cuba tp tu la duk bujang ni kelengkapan kena beli siap2

REPLY

sedapnya kak su.. terliur tengok kuah dia pekat

REPLY

Jemputlah ke blog saya..boleh share resepi kita..http://lovelyhousenine.blogspot.com/

REPLY

ehh sedap pula nampak.. nanti nak try la... thank for resepi!

REPLY

Berbunyik perut enaaaa.. Huaaaa sedapnyaaa

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates