14 August 2015


Ulang tayang resepi mini pizza sebab cari resepinya tak jumpa dalam blog ni hehehe permintaan dari Cik Emas Putih ,so up la sekali lagi.Ni masa buat makan-makan kat umah big bos Kelabbloggerbenashaari dulu.

Bahan Topping :

4 keping -Daging burger ramly,hancurkan atau leraikan
2 ulas-Bawang putih,tumbuk atau cincang
3 ulas-Bawang merah tumbuk atau cincang
1 biji -Bawang besar-hiris memanjang
1 paket tomato ceri belah dua
5 sudu- Sos tomato
2 sudu-sos cili
2 sudu- sos blackpepper
1 sudu-kicap pekat
1 paket cheese mozzarella
1 bungkus -roti sandwich

Cara :
1. Potong sekeping roti jadi 4 ,kalau nak boleh buang kulit,ikut berapa banyak nak buat,letak tepi
2. tumis bawang yang di tumbuk dan masukkan semua sos kecuali sos tomato,masukkan daging dan kacau rata hingga daging masak.
3. aturkan roti sapukan sos tomato atas roti nipis je jgn banyak (dalam gambar Cik Sue tak letak)
4. letakkan daging yang di goreng tadi,letakkan tomato ceri dan hirisan bawang,taburkan cheese di atas.
5. Masukkan dalam tray pembakar dan bakar dalam 5 atau 4 minit pada suhu 120 darjah celcius


Nah,senangkan,buat minum petang atau sarapan pun ok



10 singgah dan taip sket..

ini kalau letak cheese lebih ni mmg meleleh tgk..
satu keping boleh jual RM3..
hehehehe..

REPLY

Sedapnya!!!!!! Pos kat rumah please

REPLY

errmmm...mcm nk try jek buat...mesti anak2 suka... tqtq ye..

jemput datang ke blog Elly...
KERABU TERUNG BAKAR ~ RESIPI TURUN TEMURUN ARWAH ATOK

REPLY

simple dan sedap !erghh..nak tera ah nati

REPLY

Oh senang nak berpizza di rumah macam ni! Harus coba ni.

REPLY

wah sedap ni kak sue...pakai mince chicken pon boleh kan.. alaaa nak buat laaa

REPLY

ringkas.. x perlu nk uli tepong

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates