14 September 2015

Alhamdulillahhh,selesai juga Family Day Kelabbloggerbenashaari edisi 2015 akhir minggu lepas.Dengan kerjasama semua ahli dan AJK bertugas di bawah pimpinan Lan Careno,segalanya berjalan lancar.Family Day kali ini bukan sehari tapi 3 hari 2 malam,yang mana ahli boleh bawa keluarga masing-masing,jadi selain bersosial bersama rakan-rakan,boleh juga meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Terima kasih sekalung budi kepada pihak Cosmoderm sebagai penaja utama aktiviti kelab kami ini.Dari awal perancangan sehinggalah hari program bermula,kami di bekalkan dengan produk penjagaan diri tuk memastikan kulit masing-masing terjaga sepanjang aktiviti.




Jumaat 11.09.15

Pendaftaran dan checkin bilik seawal jam 2 ptg,ramai jugak yang sampai selepas waktu pejabat,Cik Sue di beri tugas menjaga meja pendaftaran.Dan Lan Careno serta Angah Judin menjaga kaunter Tshirt.Sambil sesi pendaftaran dan checkin,sambil minum petang dan berkenalan sesama sendiri,ada yang pertama kali bertemu dan kenal secara realiti daripada selama ni kenal di alam maya sahaja.



lama tak jadi receptionist hahahaha

amboi tokey baju,sempat lagi tu ehhhe
Selepas Maghrib kami berkumpul semula untuk makan malam ala kampung dan pertandingan karaoke.Tak sangka ramai juga yang berbakat dalam kelab ni,masing-masing memendam selama ni ,kaki karok rupanya hehehe.Seronok bila masing-maisng sporting dan beri kerjasama.







Seronok beraktiviti santai macam ni,walau baru kali pertama bertemu,mesra bagai kenal lama,berborak dan bergurau.Tercapai maksud program untuk mengeratkan ukhwahbukan sahaja sesama ahli malah keluarga masing-masing,anak-anak seronok dapat kawan baru.Dalam jam 12 lebih masing-masing dah balik ke bilik,tidur awal untuk bersedia aktiviti besok pagi yang lebih seronok.


Sabtu 12.09.15

Seawal jam 8 pagi dah siap sedia sarapan dan dah berkumpul di padang untuk acara poco-poco,gamat suasana dengan gelak tawa berpoco-poco.Semua teruja ikut buat sama,takkira dah mak budak ke bapak budak ke,mak buyung pun semua turut serta.



Selesai poco-poco,kami di beri taklimat ringkas dan memulakan aktiviti Flying Fox,semua teruja cuma mak buyung yang ada tak boleh la,dan kanak-kanak bawah 8 tahun tak di benarkan.Cik Sue pun dah lama tak buat aktiviti begini,seronok.


agak tinggi juga


Aktiviti ini berlangsung sehingga waktu makan tengahari,kemudian kami erehat untuk aktiviti seterusnya pula di waktu petang,yang lebih gamat dan kecoh  dengan gelagat dan perangai masing-masing,masa ni la nak tengok bapak-bapak orang jadi budak-budak,mak-mak orang lupa anak jap.

Siap ada rumah sukan lagi tau,denganbaju masing-msing yang di cetak oleh AJCETAK,baju yang selesa dan cantik warnanya,terima kasih ye.

kumpulan merah

kumpulan biru

kumpulan hijau

kumpulan ungu
Memang pecah perut gelak dengan masing-masing bersemangat nak menang,berlawan sesama sendiri dengan acara sukan rakyat seperti bola kepit,boling padang,terompah gergasi,pancing tin.Ada juga acara sukan air,yang ini memang jadi kenangan sampai bila-bila memang gamat.

acara terompah gergasi

acara bola kepit

pancing tin

boling padang
acara tabung air

tarik tali dalam air


gusti titi,yang ini akan jadi kenangan sampai bila-bila,paling kecoh dan kelakar
Dah habis bersukan,apa lagi alang-alang dah basah,berendam ar,time ni la nak terjun tiruk bagai,dok tengah kl payah nak jumpa sungaikan.heheheh..

kan main gegerl2 kbba ni,seronokkkkk....
Malamnya pula ada dinner bbq dengan kambing golek segala,ada majlis santai juga untuk penyampaian hadiah,dan cabutan bertuah.Banyak juga hadiah-hadiah tajaan dari syarikat korporat ,online shop dan lain-lain.Untungla sapa yang dapat tu.Antara penaja adalah :

1. Cosmoderm-produk dan hamper
2. Qasehsu-hadiah cabutan bertuah
4. KaryaSeni-Buku pelbagai jenis
5. Buku PTS-Pelbagai buku
6. Kaio Studio-photographer dan videographer rasmi
7. Dkna- Ephyra
8. AJ Cetak District-Tshirt

Penyampaian hadiah pertandingan karaoke juga di jalankan,serta hadiah gambar instagram paling kreatif bersama cosmoderm,pemenang-pemenangnya adalah:

Juara Sukaneka-kumpulan ungu

Juara Karaoke - Que Achmad (Video Full version persembahan juara)
Tempat Kedua karaoke -Ayue Jean
Tempat Ketiga-Razi

Gambar instagram terbaik-Razi

Surprise sambutan harilahir warga kelab juga diadakan,termasuk anak-anak atau pasangan yang lahir bulan September.Kek khas tuk mereka dan nyanyian dari semua ahli yang ada.

warga kbba yang lahir bulan 9

kek yang di tempah khas

persembahan dari juara karaoke

hamper sukaneka

hadiah cabutan bertuah

ucapan dari pengarah projek

bacaan doa dari Mr D

sesi kenyangkan perut.

kambing golek

pemenang insta terbaik

juara karaoke
Kami juga di persembahkan denga persembahan abang-abang api,pertunjukan yang agak mendebarkan.Agak ekstrem.



Dan untuk penutup malam itu,selepas selesai semua acara,kami yang blogger ada sesi "ice breaking" dan amanat dari founder Kelabbloggerbenashaari iaitu Ben Ashaari.Memberi sedikit semangat dan sokongan serta berkongsi cerita-cerita dunia blog serta pencapaian ahli kelab.Nasihat dan tunjuk ajar juga di beri secara ringkas namun amat berguna.

sesi ice breaking
Balik tidur dengan seronoknya,serta merehatkan diri untuk aktiviti seterusnya yang lebih menarik.

Okeylah sampai sini dulu cerita dari Cik Sue,sambung part 2 ye.
Oh ya jika ingin melihat gambar-gambar menarik lagi korang boleh ke instagram kelabbloggerbenashaari di www,instagram.com/kelabbloggerbenashaari 
Untuk video anda boleh lihat di SINI
Serta gmbar-gambar lain di album FAMILY DAY Cik Sue

Jumpa lagi nanti di entry part 2.

18 singgah dan taip sket..

Mampu scroll laju sampai bawah je la ... nanti nangis hehehe

REPLY

next event tak sabar nak join lagi. best gila!

REPLY

Sila buat lagi family day tahun depan..tunggu baby keluar

REPLY

Family day kbba memang sgt best! Terima kasih kpd semua penaja & ajk yg bertungkus lumus. Tq!

REPLY

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

REPLY

assalamualaikum sue...seronok semuanya...:)

REPLY

Bestnya.. Hope suatu hari nanti reen dpt jumpa semua family kbba..

REPLY

Seronok sangat!! nanti buat lagi family day..suke!suke! Hehe

REPLY

Seronok sangat!! nanti buat lagi family day..suke!suke! Hehe

REPLY

Meriah sangat.. mesti best kan :)

REPLY

Meriah sangat.. mesti best kan :)

REPLY

jealous nya la haaiiii...
meriah nampak korang.. semua sporting ekk.. best la.. :)

REPLY

seghonokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk .. tq AJK semua. korang mmg stylo!

REPLY

sangat seronok kan... wahh tq semua ajk dan penaja utama cosmoderm...

REPLY

seronoknyaaa...nextime pasti wajib join ni..

REPLY

malam tu sedih sebab tahu esok kita dah nak berpisah....bukan senang dapat jumpa lepak berjam jam bersama.....

masa bersama keluarga dapat...bersama kawan2 pun ikut sama dapat...

rinduuuuuu....

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates