Kudapan Menonton : Resepi Tortila Chip with Blackpepper Beef

8:30 AM Sue Izza 4 Comments

Ubah selera sikit malam tadi,tak mau dinner berat-berat ,Mr D mintak kudapan je sambil tengok tv.Cik Sue masuk dapur tengok apa yang ada,masak ni kena kreatif ,jadi mari kita reka makanan yang boleh di masak heeee.

Resepi ni sedap buat kudapan atau jajan sambil tonton tv atau lepak-lepak kawan-kawan datang.Jom kita tengok resepinya,oh ya tortilla chip tu Cik Sue beli kat Cold Storage dah 2 minggu tapi lupa nak makan ,sedappp ada banyak perisa boleh pilih.

yang ni la Cik Sue beli
ni isinya..sedap makan dia saja pun ok.
ni pulak ala pencicah la,blackpepper beef

Jom tengok resepinya ye :

Bahan:
1 bungkus Tortilla Chips
3 keping daging burger-di hancurkan
2 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
4 sudu sos blackpepper
3 sudu sos cili
1 biji tomato di potong dadu
separuh batang carrot-potong dadu
setengah biji bawang besar-hiris
hirisan daun bawang
garam secukup rasa


Cara :
-Panaskan kuali,goreng daging setengah masak
-Masukkan semua sos dan bahan tumbuk,gaul rata sampai sebati dan biar kering sedikit.
-Masukkan tomato,carrot dn hirisan bawang besar,serta daun bawang,perasakan dengan garam
-Jika nak lebih kering,masak lama sikit dengan api perlahan.
-Hidangkan bersama Tortilla Chip tadi,cara makannya chips tadi cicah atau kautkan daging blackpepper ke atas tortilla dan masuk mulut,yummmm yummmm hehehhe.




bisik:
Dah kurang makan nasi waktu makan malam,nanti mesti lambat tidur sebab kenyang sangat heheh..makan ringan-ringan senang nak tido.

4 comments:

  1. sedapnyeeeeee..lapa tgk pepagi ni..

    ReplyDelete
  2. Look yummy..btw Cikla singgah sini.. Slm perkenalan.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..sllu dok mkn gitu je. ni siap ada pencicah lg

    jemput baca
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/09/idea-menanam-daun-bawang-tanpa.html

    ReplyDelete
  4. untung mr d..dapat isteri pandai masak

    ReplyDelete