18 September 2015

Nak pikat suami kena tahu makanan kegemaran dia,pastinya air tangan ibu dia la yang besarkan dia berpuluh tahun tu kan,jadi mari mintak resepi ngan mertua ye heeeeee.Memang takkan sama,tapi kita cuba bagi 80% pun ok dah.Balik weekend ,selalu ada sesi mari belajar memasak bersama mertua ye.Korek resepi yang best-best tu.


Mr D memang gemar daging dendeng ni,ratah saja pun ok,tapi tak semua tahu buat,kakak-kakak ipar buat pun resepi yang sama kekadang jadi kekadang tak,kekadang jadi masak kicap je heheheh.
So sekarang giliran Cik Sue di ajar resepi daging dendeng ni,resepi mudah tapi tak semestinya sama rasa,nak kena tahu tekniknya.



Bahan :
1 kilo daging
5 Sudu besar kicap
2 sudu jintan kasar
2 sudu jintan halus
1 sudu rempah ketumbar-tumbuk
2 sudu air asam jawa
5 ulas bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
1 biji bawang besar-tumbuk
1 inci halia
1 biji bawang besar -di hiris
4 sudu cili kering di blend halus
Bawang goreng
Garam,Gula

Cara:
-Daging di rebus hingga empu hiris nipis dan goreng
-Tumbuk bahan-bahan yang perlu di tumbuk,nak blender pun boleh
-Panaskan minyak,tumis bawang besar hiris,masukkan bahan blender.tumis sampai naik bau.
-Masukkan kisap dan air asam jawa,sebatikan.
-Perasakan dengan garam gula.
-Masukkan daging dan kacau rata
-Kalau nak berkuah tambahkan air sedikit,biar basah-basah,kalau nak kering,masak lama sikit dengan api perlahan.
-Akhir sekali taburkan bawang goreng
Boleh di hidangkan dengan nasi panas dan lauk lain.

Cik Sue simpan sini la entry,nanti nak buat sendiri.Kalau korang nak cuba blehla,tapi kalau tak jadi jangan marah ye,pandai-pandai la oter sendiri okeh bagi sedap,be kreatif.

4 singgah dan taip sket..

pandainya menantu ni... cerahh masa depan...

REPLY

tak pernah lagi buat ni..nak juga la try sekali buat ni..harap jadi

REPLY

tak pernah try lagi tapi nampak mcm sedap je. bole cuba masak kalau cukup bhana .

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates