18 September 2015

Hai semua,ingat tak sebelum ni Cik Sue cerita pergi tengok Ninja kat Legoland dalam entry INI?
Kali ni Cik Sue nak cerita pulak pasal Water Theme Park Legoland.Harus la Cik Sue hentak-hentak kaki nak masuk sini,dah alang-alang sampai kan,jadi kerja Mr D la melayan perangai bininya ni heheh.Cik Sue ada la ambil risalah di kiosk penerangan kat depan pintu masuk,nak tengok apa yang menarikkan kat Taman Air ni,Permainan apa yang ada.Agak besar juga taman tema ni,bila dah masuk lagi la teruja tengok orang ramai-ramai terus nak cuba semua permainan kat situ.




Gila kalau kata tak teruja,seronok tengok gelungsur air punya tinggi,Cik Sue memang suka la,walau hati tetap cuak bila nak naik.Tapi ada sesuatu yang tak de dalam risalah Cik Sue yang menarik perhatian.Terletak di bawah khemas dengan kolam setinggi paras dada budak 5 tahun,siap ada laluan dan taburan lego dalam kolam tu,Oh rupanya tarikan baru iaitu Build Your Boat,wahhhh bina bot? boleh ke? Ha bukan la bot sebesar gadang tu,ni bot lego je.



Tapak bot dah di sediakan,nanti tambah je bentuk macam mana yang anak-anak korang nak dengan bongah-bongkah lego kecik di situ.Macam-macam warna ada,sila reka bentuk sendiri ye.



Okey,bila dah siap bot korang tu,bawa ke depan ke tempat permulaan perlumbaan macam dalam gambar kat atas ni.Ada gear di sediakan,letakkan bot korang dan tolak gear tu.Bot akan berlumba ke garisan penamat di hujung satu lagi.



Memang bagus aktiviti ni,dapat memupuk bakat rekacipta anak-anak,selain dapat bersama ibu bapa menghabiskan maa berkualiti.Mereka juga dapat berkenalan antara satu sama lain.Yang bagusnya walau nampak tak berapa bahaya,tetap ada pegawai penyelamat yang menyelia keadaan di sini,kalau-kalau terjadi perkara yang tak di ingini.




Kanak-kanak memang seronok la aktiviti begini,pastinya teruja bila bot yang diorang reka sendiri boleh berlumba sesama mereka,bongkah lego kecil juga banyak yang di bekalkan,jadi jangan risau pasti cukup untuk semua orang.Ni bukan budak je ralit dan khusyuk,Cik Sue pun tumoang sekaki,dok buat bot dan lumba,haa tension semua budak kecik kat situ heheh.

Korang pun boleh bawa anak-anak rasa tau,mesti diorang tersenyum bahagia je.Sesekali apa salahnya kan,kumpul duit sepanjang tahun,hujung tahun pi la jalan-jalan.Seronok satu family.

 Kalau korang nak dapatkan maklumat atau info lanjut,boleh ke link di bawah ye,tengok la mana tahu da promosi bestkan.


INFO LANJUT 

1 singgah dan taip sket..:

Best tgk...boleh kumpul duit lg nak ke sana...tgu Qi besar lagi lah baru puas nak main betul2 dlm tu

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates