Akhirnya kalah jua....

1:32 PM Sue Izza 3 Comments

Nampaknya jerebu yang melanda negara benar-benar memberi kesan kepada kita.Berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia,akhirnya kita turut merasai kesannya.Antibodi setiap orang tak sama,ada yang antibodi kuat tak mudah sakit,ok la,kena yang mudah sakit,antibodi lemah ,memang sangat merasai la.

Dalam opis pun pakai mask,bau asap terbakar
memang kuat.
Awal-awal jerebu melanda,Cik Sue masih ok tapi masuk minggu kedua memang tak mampu dah badan,pakej selsema batuk dan sakit kepala menyerang,minggu ni gagahkan diri kerja dari isnin sampai khamis dah tak mampu bertahan,konon apply cuti nak habiskan masa ngan ma abah yang datang dari kampung,alih-alih Cik Sue yang terbaring tak sihat,sampailah hari ni dengan batuk yang tak berhenti macam nak pecah dada.


Cik Sue rasa keadaan kesihatan cik sue makin teruk minggu ni sebab ulang alik kerja sememangnya dengan motor.Mr D pun dah 2 malam bernafas macam ayam nak kena sembelih,nyaris-nyaris nak amik nap kat klinik,nasib baik boleh bertahan lagi.

Pergi klinik rasanya berbotol berpeket dah ubat,rasa macam makan nasi ngan ubat dah huhuuhu.

Sepanjang kesakitan dada melayan batuk ni,Cik Sue amalkan minum air lemon campur madu ,bancuh dengan air suam dan minum setiap pagi dan malam.Ada Cik Sue terbaca dalam keadaan jerebu ni elok banyak minum air limau dan air kelapa,ia boleh menghancurkan zarah dan partikel jerebu tu.Tak pasti la mujarab ke tak,tapi tak salah cuba kan.

Sabtu Ahad ni dah nak antar ma abah balik kampung,sian diorg sesak nafas dok sini,udara teecemar.

bisik-bisik:
korang pun jaga diri baik2 ye,jaga kesihatan,kalau dah sakit kang susah lak.

3 comments:

  1. Get well soon Sue & Mr D...jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
  2. Moga cpt sht sue. Akk ni kluar ambik ank dan angkat kain je. Jenguk2 sayur pun lbh kurang je sbb rasa pening klu lama kat luar. Pening smpi nk muntah

    ReplyDelete