16 October 2015

Mesti ramai yang tak suka baca buku-buku berunsur sejarah kan,tentang tokoh sejarah. Sama la dengan Cik Sue zaman sekolah dulu,tapi sekarang tak lagi,bila sedar sejarah tu la jati diri kita.Memang membosankan kalau baca buku sejarah seperti buku teks sekolah tu,tapi kalau dalam gaya bahasa yang santai dan penceritaan seperti novel dan travelog masa mesti seronok.Seolah-olah kita balik ke zaman tokoh-tokoh itu.

Penulis-penulis buku bertemakan sejarah sekarang pun dah pandai memikat hati pembaca,tak rugi kalau korang baca.Dari sejarahlah kita boleh tahu bagaimana bangsa itu hancur,bagaimana bangsa itu menjadi terhebat,dari mana asal-usul kita.

Cik Sue mula suka baca buku-buku bertema sejarah ni bila banyak ambil tahu tentang politik semasa,secara tak langsung cik sue tertanya-tanya kenapa begini dan kenapa begitu yang terjadi,untuk mencari punca,sejarahlah kuncinya.

Nak bertemu penulis-penulis buku bertema sejarah yang hebat? Cik Sue pun ada buku-buku mereka,memang best.Gaya bahasa yang menarik,baca pun tak boring.Jom ikuti jelajah penulis hebat yang di anjurkan oleh PTS.Bulan oktober ini diadakan di kedai buku sekitar Johor.Jom tengok maklumat di bawah.



SIRI JELAJAH PENULIS TERBAIK PTS (OKTOBER 2015)

Gemar membaca novel sejarah atau konspirasi seperti kisah Ahmad Ammar atau Dracula VS. Al-Fateh? Mungkin juga ada yang gemarkan kisah dengan watak kontrovesi seperti Mustafa Kamal Ataturk dan Hitler. Temui penulis-penulis buku terkenal ini yang akan menemui peminat di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bharu dan Kedai Buku Pustaka Arris, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang pada 24 dan 25 Oktober ini. Jangan lepaskan peluang hebat bertemu mereka dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS tahun 2015/2016 ini! 


Info Penulis:

1. Abdul Latip Talib (Pak Latip)
           · Sudah menulis lebih daripada 30 buah buku

           · Pemegang anugerah-anugerah:

      ü Hadiah Sastera Negara

      ü Sayembara Cerpen Berunsur Islam

      ü Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007

          · Penulis buku terkenal:

                ü Ahmad Ammar

                ü Salahudin Ayubi

                ü Perang Badar


2. Nur Iman Ramli
       · Penulis buku terkenal:

              ü Fail Sulit Presiden Amerika

              ü Dracula vs Al-Fateh



3. Al-Ghazali

· Aktif menghasilkan karya untuk media seperti majalah Dewan Bahasa dan akhbar Berita Minggu

· Penulis buku terkenal:

         ü Syeikh Ahmad Yassin

         ü Hayreddin Barbarossa

         ü Umar Mukhtar


Hebat-hebatkan? Cik Sue ada buku "Fail Sulit Presiden Amerika" dan "Salahudin Ayubi" tu,menarik bukunya,tak jemu dan bosan baca sebab gaya bahasa yang di gunakan mudah di fahami.Gaya penceritaanya pun menarik.Cuba la baca dan mana-mana yang dekat dengan lokasi tu jemput hadir ye,boleh beli buku dan jumpa penulis sekali.

4 singgah dan taip sket..

Wahhh untung orang JB dapat pergi pesta buku PTS...bestnya

REPLY

Tunggu kat KL nanti naaaaaa...

REPLY

ya kat KL de kita serbu nanti... jauhnya nk gi Johor

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates