Kali pertama pegang pistol : Hari Media TLDM

7:41 PM Sue Izza 12 Comments

Walau dah berlalu,Cik Sue nak abadikan jugak dalam blog tersayang ni.Sebagai kenangan sepanjang hayat.Pertama kali menembak,pertama kali menegendalikan sendiri pistol Glock17 memang teruja.

22 September lepas,Cik Sue di jemput ke Hari Media TLDM di KD Sri Gombak,dekat Jalan Semarak.Jam 11 pagi Cik Sue ,Kak Long Dila dn Husband dah sampai di KD Sri Gombak untuk pendaftaran dan taklimat,kami di sambut mesra oleh staf TLDM,dan di bawa makan tengahari serta sedikit taklimat ringkas.

first time sampai sini


ucapan dari wakil TLDM 

Selesai solat zohor,kami bergerak ke lapang sasar untu aktiviti seterusnya dengan bas TLDM.Destinasinya adalah Lapang Sasar Pulapol.First time ni nak guna senjata,dalam hati dah dup dap dup dap dah,sebelum ni Cik Sue penah la pegang M16 tu pun belajar bukak je masa kadet,belas tahun dah kottt.

dah sampai,kali pertama ni,berdebor


Sampai je kat sana,kami mengambil tempat dan duduk mendengar taklimat keselamatan dan demo penggunaan senjata.Jangan main-main atau nak bergurau senja buat lawak plak ye,kang berlaku apa-apa susah nanti,keselamatan di utanakan.

penerangan dan demo penggunaan senjata

Majlis di rasmikan oleh Panglima Tentera Laut dengan menembak piring di lapang sasar yang disediakan.Selepas Panglima mengambil tempat kami di pertontonkan demo penembakan dari anggota IPSC yang menjuarai pertandingan di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ketibaan wakit Panglima Tentera Laut

Demo dari anggota IPSC

Selesai majlis perasmian tiba masa kami pulak di beri latihan singkat dan cara yang betul mengendalikan senjata iaitu pistol Glock 17 yang di gunakan.Teruja dan agak cuak jugak Cik Sue,kami di beri 10 biji peluru setiap sorang untuk latihan.Jom tengok aksi Cik Sue heheheh.

Abg Didi in action~ tak sangka terer wooo

amacam? hehehe

haaaa cikgu garang tu jangan main-main.


ni la kelongsong yang dah habis

nak menembak ke nak membebel mak cik oiii heheh


sempat senyum lagi tu dalam hati omak aiii


Kemudian diadakan pertandingan antara media dan TLDM serta PDRM.Sayang grup Cik Sue tak sampai ke final tuk grup media,grup juara media bertanding pulak dengan grup TLDM dan PDRM.Dan jangan tak tahu grup media menang tau ,yeayyyy.

Acara ini tamat jam 6 petang dan kami balik semula ke KD Sri Gombak dengan bas.Pihak TLDM telah menyediakan bilik rehat untuk mandi dan solat,terima kasih banyak ye,layanan yang sangat memuaskan hati.

Malamnya pula kami di jemput ke majlis makan malam ala BBQ dengan kehadiran Panglima Tentera Laut  Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar yang sangat peramah dengan semua tetamu.Majlis juga di serikan iringan Quintet Gelombang Biru dari TLDM ,macam kumpulan band la dengan nyanyian dan muzik yang menyegarkan suasana.

mesra

haaa izwan TV3  ni pun terer menembak,malam jadi emcee lak

sporting tan sri ni


Selain makanan yang sedap-sedap ( dengan selamba 4 5 kali ulang tambah heheeh) banyak jugak cabutan bertuah yang best,macam-macam hadiah yang menarik dan berbaloi untuk para pengamal media.Dannnnnn Cik Sue pun dapat jugaaa yeayyyyy.....macam tau-tau je Cik Sue perlukan barang tu hehehe...

yeayyy
haaaa memang pucuk di cita la...

kak long dila pun dapat lucky draw,dannnn jangan tak tahu dia n the geng
juara pertandingan menembak pistol tau.
Seronok sangat hari media TLDM,terima kasih banyak jemput Cik Sue ye,mula-mula malu tapi dah kenal ,korang memang best .Semua baik-baik banyak bagi tunjuk ajar,dan macam-macam tips.Tetiba teringin nak belajar menembak lak heheh banyak nau angan-angan ko ye Cik Sue ngeee.

First time Cik Sue pergi event melibatkan kementerian pertahanan ni,mula-mula rasa macam kekok juga tapi bila dah mesra rasa best pulak,lain kali jemput lagi ye .Insya Allah nak join lagi,seronok! Baru tahu macam mana tugas dan rutin serta aktiviti  anggotanya.
bersama wartawan TV3 dan pegawai perhubungan awam TLDM,terima kasih banyak

bersama penembak tepat,Hidayan dari
TLDM Lumut yang mengajar Cik Sue
menembak petang tu,dia menang banyak kali dah ni
kebangsaan dan antarabangsa.

Oh ya ,sapa yang berminat bolehlah mendaftar sebafai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut, macam-macam aktiviti ada,untung-untung boleh ikut diorang bertugas di lautan,menggunakan senjata dan macam-macam lagi.Tapi ada sesi pengambilannya.Antara kelayakannya adalah :

KELAYAKAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

So sapa nak join kena alert la iklan atau masuk kat web kementerian pertahanan ye.

bisik-bisik:
Serius seronok,Cik Sue dah la suka orang pakai-pakai uniform ni,nampak smart dan berkaliber hhehehe,dulu-dulu berangan nak jadi inspektor polis tapi tak cukup inci lak.
Seronok kenal kawan-kawan baru.Terima kasih banyak TLDM.

12 comments:

  1. Wow! Seronoknya... Memang best tu dapat pegang senjata api. Tahniah warga media. Terbaikk..

    ReplyDelete
  2. Pengalaman berharga...pernah kendali program mcm ni dlu tp M16

    ReplyDelete
  3. Nak pegang pistol gakkk.. macam polis evo giteww kak sue... seronok aaa dapat pengalaman baru kan..

    ReplyDelete
  4. Wow seronok nampak..bestnyer Sue..ada peluang nak jgak pgang pistol cam gini hehehe..yeyy dapat adiah gtu..

    ReplyDelete
  5. Huntung lerrr.... Hwaaa.a... rugi lak x dpt joint ritu...

    ReplyDelete
  6. Alangkah seronoknya kalau dapat ke sana

    ReplyDelete