11 October 2015


Ada yang suka sayur terung tak? ni antara feveret Cik Sue ni,buat sayur lemak,buat terung goreng sambal ke kan,memang sedap,tapi semalam tetiba teringin lak nak makan terung bakar,selalu bakar cicah budu je tapi en suami lak resdung,kang tercabut plak hidung hahahhaha.

Jom layan resepi Cik Sue ni,kalau tak kena ngan tekak korang sorry ek huuhuuu.

Bahan :
-Untuk terung
3 biji Terung 
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati 
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam 
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak zaitun.Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend,masukkan sos cili ,bawang besar dan garam serta gula,akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit.ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan ,senang hehehe macam gambar kat bawah,grill la stakat mana kita mahu,tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe.


Dah siap semua,terung boleh di makan dengan cicah je sambal asam,atau kalau nak curahkan sambal atas terung pun ok gak.

Selamat mencuba.
Memasak kena kreatif buat je ikut selera sendiri kannn....

 bisik-bisik:
Sib baik Mr D suka ,licin!

5 singgah dan taip sket..

Bakar dlm oven leh tak cikngah

REPLY

perghhh sedapnyaa... terung bakar memang terbaik... lapar terus huaaaaa

REPLY

boleh try la balik kedah nanti, ayah dayah suka sangat makan terung. selalunya dayah rebus or goreng jer

REPLY

Kak Nina pun suka terung Bakar ... Sambal sedap sekilo terung pun boleh licin.
Hehee

REPLY

Oooo letak lada hitam ye.. Nnt nk cuba

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates