Teruja kali pertama ke Legoland,Johor Bahru- Day 1

6:28 PM Sue Izza 7 Comments

Alhamdulillahhh peluang keemasan ,sapa nak tolak kan? dah lama teringin ke sini,tapi halangan cuti dan kewangan ,jadi tahankan aje niat tu.Tapi kali ni memang tak lepaskan la,sambil-sambil buat kerja sambil bercuti,Mr D pun turut teruja bila tunjuk gambar sebelum pergi.Kira mini honeymoon gak la heee.

Kami bertolak awal pagi,dalam jam 11 lebih check-in di Hotel Thistle,Johor Bahru.Hotel yang best nampak permandangan laut melalui tingkap bilik,best!




Siap checkin kami terus ke Legoland,dalam 15-20 minit juga la dari hotel.Tak sabar dah rasa nak masuk dalam theme park ni,tapi Cik Sue ada majlis perasmian Ninjago dulu tuk buat liputan,baca kat entry NI ye.

yeayyy ada gak gambor depan ni heheheh
apa2 hal makan dulu,guna vocer dari legoland
nasi berianinya sedapppp....
gambar lepas event,seronok mengalahkan anak-anak pulak hehehe
abis event ada makan-makan kat restoran ni,biasala harga agak mahal,tapi
berbaloi la makanannya sedap.
memandangkan kami dah makan nasi beriani,so makan kuih-kuih dan
yg ringan je,selera dak berdua ni makan ayam goreng. 
Selesai urusan pelancaran tu dalam pukul 4 petang dah ,kami ambil peluang jalan-jalan dalam taman tema je,sebab nak main air dah tak sempat,baju ganti pun tak bawa,esok je la.

ada keretapi nak lalu,kalau malas menapak,boleh naik ketapi
pusing-pusing taman tapiii cik sue tak sempat sobs sobs
Dah pusing-pusing nampak tasik dan bot,apa lagi masing-masing nak naik,teruja kalah budak-budak hehehe.Tapi jangan risau tak bahaya mana selagi di awasi,kanak-kanak siap ada jaket keselamatan lagi.

comel tul dak berdua ni.Siap pakai jaket keselamatan nak naik bot.

feeling2 tengah dating hehehhe
mummy and daddy to be ni,sengihhh je hehhe.
macam bapak je lebih excited heheh
Seronok gak pusing-pusing bot dalam tasik yang tak sebesar mana tu,oh ya bukan naik sendiri-sendiri ye ,ada pengawal yang jaga lupa lak nak amik gambar,hensem-hensem lagi ahahah.Diorang akan jaga dan tolong kalau bot tersangkut atau tak jalan,so rileks-rileks je ye.

Kami teruskan jalan-jalan sekitar taman tema,dapat gak tengok bangunan mini yang di bina dari lego ni,dulu tengok dalam tv je,punya gigih diorang buat tau,ikut skala yang di kecilkan  dan rekebantuk sebenar bangunan tau.Tabik ar kat diorang,kalau cik sue memang tak la.

feeling2 shah jahan pulak heheh..detail betul dia buat Taj Mahal ni.
wahhhh masjid putra ni kan macam nak wat balik la letak depan umah hahaha
kota london pun ado 
Pastu kami teruskan menjelajah taman tema ni dan cuba macam-macam mainan yang ada,yang pasti Cik Sue intai mestila roller coaster.Kat sini ada banyak roller coaster bermacam tema dan saiz,pilih je nak naik yang mana ye.Eh moh layan gambar la.


masuk dalam ni main tembak2,Cik Sue markah paling rendah,sbb Mr D kacau huh!

maca, real kan

main natang ni sakit perut,nak gelak campur seram

macam Alice in Wonderlan plak 

main kapal terbang pusing-pusing,turun naik

Pusing-pusing teman abg Akif Careno nak pi toilet ,Cik Sue pun ikut la sekali,dekat ngan toilet dan surau ternampak lak Day Care ,iaitu tempat untuk ibu-ibu dan anak-anak yang baby menyusu atau berehat,atau ibu-ibu yang tak nak ikut family pi main permaianan,boleh lepak ngan baby diorang kat sini,dalam ni konsepnya tetap lego tapi kemas dan cantik.Ada bilik menyusu,toilet,ruang bermain ,tempat tidur baby,sangat selesa.






 Yeayyy,dah habis pusing-pusing,untuk hari first ni kami sempat jalan-jalan danmain game kat taman tema je.Taman tema air esok je la,datang pulun main semua sebelum balik.Dah dekat maghrib jadi balik hotel dulu.Bilik hotel memang terbaik.selesa sangat.tq Thistle Hotel,penginapan terbaik.



Puas hati jalan-jalan,siap salin baju kami terjun kolam renang hotel ramai-ramai ,kolam hotel ni bukak sampai pukul 9 malam.Dah kecut berendam naik atas salin baju siap-siap dan keluar makan.

Bersambung di hari kedua.....next entry ye hehehe..panjang sangat dah.

bisik-bisik:
Bila dah sampai Johor ni,teringin nak jelajah semua tempat menarik di Johor.
Bila laaa nak dapat peluang ronda Malaysia ni.

7 comments:

  1. kena menabung ni nak kesana... uhhuuh syok tgk...

    ReplyDelete
  2. Johor memang best kan? Jom dduk johor. Heheh.. promote negeri sndr.

    ReplyDelete
  3. tempat yg menjadi pilihan jalan2 cik en untuk tahun ni
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com
    Jom jadi salah seorang peserta: Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    dan Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

    ReplyDelete
  4. macam teringin nak pergi jer..sponsor dayah please kak sue =D

    ReplyDelete
  5. min dok joho pun lum pernah pergi. hihi

    ReplyDelete
  6. min dok joho pun lum pernah pergi. hihi

    ReplyDelete
  7. sueeee sini mmg best sangat kan..akk kalau gi sini..akk pn excited jg hahahaha..smua comel2..

    ReplyDelete