18 November 2015

Tu diaaaa mesti ramai yang kenalkan pelukis komik hensem0hensem smart semua ni,nak jumpa diorang tak? haa diorang dah sedia tuk di serbu ni.Kat mana? haa di utara sana,cepat-cepat tulis dalam kalendar 21 dan 22 ni ye Jelajah Penulis terbaik PTS di Utara lagi kali ni.Nak mintak autograph ke nak selfie ke ,pi la diorang akan layan.

Siapa kenal kerbau Atan, Aizad & Zahid serta Budak Kombo angkat tgn! Pelukis watak-watak komik terkenal ini akan berada di Kedai Buku Hasani Kedah dan Pulau Pinang untuk berjumpa dengan para peminat! Yippee! Selain dapat bergambar dan minta tandatangan mereka, siapa tahu ada rezeki untuk melihat mereka melukis secara live? Jangan fikir panjang lagi, simpan tarikh 21 dan 22 November ini dalam kalendar anda dan ajak geng-geng peminat komik yang lain!




INFO PENULIS #1:
BEN WONG


Nama penuh:
Benny Wong Tong Hou
Nama popular:
Ben Wong
Senarai anugerah antarabangsa:
1. Silver Award bagi International Manga Award (anjuran Japan Foundation) 2007
2. Silver Award bagi International Manga Award (anjuran Japan Foundation) 2015

Antara buku yang telah dihasilkan:
· Atan (Terbitan PTS)
· SS10 (Terbitan PTS)
· Reda (Terbitan PTS)
· Diari Cinta (Terbitan PTS)
· Fatal Chaos
· Le.Gardenie
· The Players
· Red Cube
· Orang Minyak (komik)
· Celestial Destroyer
· Te@mare


Hah mana plak  info diri penulis Afiq & Nazry Salam serta Froggypapa? Nantikan edisi roadtour minggu hadapan yang akan membawa mereka ke selatan tanah air! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 kami di http://pts.com.my/roadtour

bisik-bisik :
Bila nak sampai kl ni huuhuu

4 singgah dan taip sket..

syok laa urang utara boleh jumpa depa

REPLY

bila depa nk mai belah selatan..huhu..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates