Pelukis Kacak dan Penulis Comel cari peminat

3:11 PM Sue Izza 1 Comments


Koranggggg,meh-meh Cik Sue nak war-warkan ni,jelajah PTS datang lagi,kali ni bagitau awal-awal supaya tak lupa ,catit terus dalam diari,kalendar,orgnizer,reminder henpon segala ye.Kali ni PTS bawakan yang hensem,yang kacak ,yang comel,yang kiut.Pi la jumpa mana tau dapat buku free kan hahahha.Dapat selfie kenal-kenal beramah mesra gitu.Pengumumannya seperti di bawah ye,pi baca cepatttt...



SIRI JELAJAH PENULIS TERBAIK PTS (NOVEMBER 2015)

Alamak! Ni lagi gempak! Menangis air mata darah kalau tak dapat pergi jumpa mereka! Negeri Johor akan menerima kedatangan penulis dan pelukis komik hebat pada 28 dan 29 November ini.  Siapa yang nak datang ni? Mesti kalian tak percaya dan akan tenyeh mata banyak-banyak kali tengok poster kat bawah ni. Minggu lepas barisan pelukis komik Ben Wong, Afiq dan Nazri Salam serta Froggypapa dah ke negeri-negeri utara, kali ni mereka turun ke negeri pasukan bola sepak tersohor, JDT bersama penulis-penulis cilik PTS! Dan ini bermaksud, selain berjumpa dapat belajar melukis komik, anda juga akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis muda PTS yang berumur 9 tahun. Kepada yang nak merisik cara bagaimana menghasilakn buku pada usia muda, apa kata cuba tanyakan pada penulis-penulis cilik ini.




INFO PENULIS #1:
NAZRY SALAM & AFIQ SALAM


Nama penuh:
Nazry Salam & Afiq Salam
Hubungan:
Adik-beradik
Antara buku yang telah dihasilkan:
·         Misi Kira: Pertandingan Matematik
·         Misi 4 Flat
·         Misi Menyelamat Komika
·         Misi Straight A
·         Misi 10A Finale
·         Misi Cikgu Baru
·         Lukisan Hati
·         Kelab Pelajar Super
·         Misi 8A The Novel
·         Misi 10 A Plus
·         Komika: Ada Apa Dengan Komik?
·         Ali dan Tuah: Sarang Empat Penjahat
·         Kelab Da Vinci
·         MISI 10 A
·         Aviasi Fantasi #2
·         Remaja@ptsone 2010
·         Misi 8A
·         Aviasi Fantasi# 1



INFO PENULIS #2:
WAN NURSHAFIQAH

Nama penuh:
Wan Nurshafiqah binti Wan Mohd Sharif
Umur:
12 tahun
Buku yang telah dihasilkan:
·         Tunas Super: Allysia Fantasia

P/S: Ternanti-nanti info diri penulis lain? Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 kami di http://pts.com.my/roadtour

bisik-bisik:
Jangan lupa okeh,tulisssss....tanya lagi sekeh kepala hahahhaa....


1 comment: