20 December 2015






Korang tahu tak ni? Buku kedua Mat Luthfi dah keluar? Alaaa Mat Luthfi yang glamer dengan video-video di youtube dan buku pertamanya Catatan Mat Luthfi tu.13 December lepas Cik Sue berpeluang ke perlancaran buku kedua Mat Luthfi ni iaitu Momen2 Mat Luthfi,bertempat ni MPH Nu Sentral.

Mula-mula sampai tak de la ramai mana peminat dia,kami (Razi,Najeeb ,Yantle ,Yaya Cendana dan Cik Sue) dapat dok depan,memang bertuah rasa.Alih-alih pusing belakang tu diaaa,penuh,sesak peminat Mat Luthfi.Masa bila depa mai pun tak tau la hehehee.Jemputan dari Puteh Press dan Geng PTS kali ini memang Cik Sue nantikan,sebabnya dah khatam buku pertama Mat Luthfi ni,yang khabarnya terjual lebih dari 125,000 naskah.




Kehadiran Mat Luthfi memang di nantikan dan mendapat sambutan hangat,di samping berjumpa mesra dengan peminat ada juga penyampaian hadiah untuk pertandingan komen di FB Puteh Press.Pastu mula la si Mat ni membebel,memag satai dan tak macam majlis launching biasa,dok dengar celoteh dia tak larat nak gelak.Memang sempoi.












Lagi gamat bila "klon" Mat Luthfi naik ke pentas,cuak sekejap Mat di buatnya ,nak tau siapa cer korang klik link ni KLIK.

Selesai majlis ,diadakan pula sesi bertemu peminat dan tandatangan buku Momen2 MatLuthfi yang terbaru tu.Berbaris panjang juga la,phewww,jenuh nak tandantangan hehhe.Sementara rakan media menunggu di dalam bilik untuk Press Conference yang tak berapa nak formal tu,gelak je lebih.




Semasa Press Conference ni la Mat Luthfi jelaskan kat kitaorang yang dia akan check balik setiap catatan sebelum di terbitkan supaya tiada yang kontroversi dan apabila enyentuh isu-isu semasa beliau lebih suka tunggu sehingga isu reda baru menulis,dan pastinya dengan cara sindiran dan sinis.






So,korang apa lagi,pi beli cepat Momen2 Mat Luthfi ni,tak rugi,Cik Sue dah abis baca pun.Dalam senyum ada yang boleh kita pikirkan dengan lebih mendalam,bukan sekadar hiburan gelak tawa,malah ada catatan yang pastinya boleh membuka minda dan hati kita.

Momen2 MatLuthfi boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH,Popular dan banyak lagi atau beli je online di BOOKCAFE, mudah.

bisik-bisik:

Baca buku Mat Luthfi ni korang kena buka minda,walau dalam gurau ada pesanan yang terselit.Tak bosan membaca.

5 singgah dan taip sket..

kalau uncle tau uncle pon nak pegi... Miss!

REPLY

Hahaha yang klon dia tu sebijik kottt..

REPLY

hari tu tgk video yg muka mamat sorg tu cm muka dia.. lawak giler.. best la dpt jumpak mat lutpi dpn2. jelesss.. huuu

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates