08 December 2015


Mesti yang dah selalu lepak Teh Tarik Place kan? tapi untuk pengetahuan korang setiap cawangan punya signature dish atau menu tersendiri yang tiada di cawangan lain.,Yang mana di jua hanya di cawangan tersebut mengikut kemahuan tuan punya cawangan.

Cik Sue berkesempatan lepak dan mencuba menu menarik di Teh Tarik Place di Selayang ,terletak ni Emerald Avenue.Memang mudah nak parking kereta kat sini.susana pun tak terlalu sesak walau hari sabtu.

Dan kami di hidangkan menu unik di sini,iaitu nasi lemak sambal strawberry.Ye tak semua tempat ada hidangan ni,susah nak dapat.Ni komen tekak Cik Sue la ye : Nasi lemak seperti kebanyakan tahu la kan rasanya  maam mana,tapi hidangan nasinya cukup rasa lemak dan aromanya memang sedap,dari segi sambalnya memang rasa yang unik,sebelum ni cik sue pernah dengar sambal strawberry ni tapi tak pernah cuba makan lagi,namun kali ni memang tak lepaskan.Alhamdulillah memang sedap,tak reti nak describe secara detail,tapi rasa sambal tu memang ngam dengan nasi.Wajib cuba bila datang sini ye,sepatutnya hidangan ada ayam goreng tapi kali ni tak amik ayam goreng.


Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberry – RM12.50

Selain menu unik itu ,terdapat menu istimewa yang tiada  di cawangan lain juga.Ini pula nasi lemak Basmati iaitu dari beras Basmathi,memang lembut sangat nasinya dan wangi,sedap.Berbaloi dengan harga,malah agak murah bagi Cik Sue dengan kualiti nasi dan sambal yang sangat kena ni.


.       Nasi Lemak Basmati – RM5.50

Kemudian,kami di hidangkan dengan menu Nasi Goreng Campur yang ermmmmm tak terkata sedap bila makan panas-panas dengan telur mata yang kuningnya masih goyang heheheh..di tambah dengan keropok keping ,memang lengkap.


Nasi Goreng Campur – RM8.50 (without egg) ; RM10.50 (with egg)

Sememangnya tuan punya Teh Tarik Place Selayang ni orang Johor,sebab tu dia buatkan set Kacang Pool sebagai tarikan di sini.Bukan senang nak dapatkan menu Kacang Pool yang betul-betul sedap ni.Di sini korang harus cuba ,memang sedap,sebelum ni Cik Sue pernah makan yang di jual di pasar Ramadhan tapi tak sesedap yang ini.Cuba tau.


      Kacang Pol Set – RM9.90

Kemudian kami di hidangkan dengan hidangan Kuey Teow Cantonese,menu ini memang biasa jumpa di mana-mana kafe dan restoran tapi yang ini lain skit siap ada suhun goreng ranggup dan cili potong yang di tabur,Cik Sue rekemen korang cuba,rasa yang sempurna.


      Kuey Teow Cantonese – RM9.50

Dannnnn datang pulak asam laksa yang Ya Allahhhhh memang menggoda tau,sedap wehhh,dengan kuahnya yang pekat rasa ikannya.cili telur yang melengkapi hidangan,haihhh memang Cik Sue suka sangat menu ni,puas makan.

    Asam Laksa – RM7.50

Haaa  menu ni pulak sesuai sebagai kudapan petang-petang lawan dengan kopi o ke teh o panas ke,memang wallah la.Uniknya kerepok lekor ni di hidangkan dengan 6 sos istimewa tau antaranya mayonis,madu,blacpepper,bbq dan yang lain lupa,sorryyy...nak tau pi la rasa sendiri.Tak menyesal hokeyyy.


      Kelopok Lekor Rainbow – RM6.00

Dan menu terakhir kami buncitkan perut hari tu adalah roti canai sardin.Yang ini memang ada di Teh Tarik Place tapi yang kat cawangan ni agak sedap,pandai penebar rotinya.Secukup rasa sardinnya.kuah pun pekat ,sedap je.


 Roti Sardin – RM4.50

Terima kasih banyak Food Ink belanja kami makan,puas hati dengan menu Teh Tarik Selayang ni,memenuhi selera kami,walau ada menu yang biasa tapi di sebabkan rasa yang sedap ia menjadi pilihan.Kadang kala,makanan dan meu sama tapi rasa tu yang berbeza sedap atau tidak.Semoga cawangan ini akan mengekalkan rasa makanan yang di hidangkan kepada kami ye.Semoga terus sukses.

muka senyum perut kenyang

Oh ya ,kalau ada yang nak order kerepok lekor istimewa tu boleh kontek detail seperti dalam gambar di bawah ye,nak buat meniaga pun boleh,kontek je,boleh nego-nego.


Cawangan Teh Tarik Place Selayang ni juga boleh di sewa untuk sebarang majlis,kalau nak buat majlis harijadi ke,mesyuarat ke,boleh je,detail seperti di bawah ye:



Catering for Event:
-          Rental for event (2 hrs) – RM1000 (without food)
-          Rental for event (2 hrs) – RM1500 (with 20 pax food)

-          Add on additional pax - RM25 per pax


Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm;
 Fri-Sun 9.00pm – 12.00am

Contact No: 03-61275560

Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm;
 Sat :  8.00am – 9.00pm
Sun : closed

Contact No: 03-22011888
Food Ink: foodink.bangsar


bisik-bisik:
teringat lak sambal nasi lemak strawberry tu,yummmmmm....

2 singgah dan taip sket..

Wah...macam - macam menu baru ada kat Teh Tarik Place ni...SA suka mee goreng mamak ngan laksa dia...sedap...

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates