14 December 2015



Kebetulan cuti hari ni sempena kemenangan Nana kat Gegar Vaganza eh hahhaha tak de maknanya,ai is mc ,otot koyak yang jatuh motor hari tu sakit semula,so rest kat rumah hari ni.Jadi dok umah mana boleh dok sesaja kan,tambah lak hujan lebat,perut buat konsert senriasa la.Dinner malam ni simple je,malas masak nasi dengan lauk bagai-bagai.Nak buat spageti dah selalu,boring dah,kita try pasta spiral la,ingat nak buat carbonara ,mushroom lak tak de,bolognese pun bolehlah.

Spiral Pasta with Bolognese Sauce

Bahan :
3 senduk spiral pasta,rebus dengan sedikit minyak zaitun dan toskan.

bahan sos:
sos traditional prego-pakai yang dalam tin-1 tin
3 batang -sosej ayam potong serong
brokoli hijau-ikut suka nak buh banyak mana heheheh
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih ketuk atau tumbuk
secubit daun thyme
6 biji tomato ceri belah dua
serbuk keju parmesan
garam,gula

Cara :
-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan besar hingga kekuningan ,masukan daun thyme
-masukkan sos prego,kacau rata dan masukkan sosej ,brokoli dan tomato ceri
-perasakan dengan garam dan gula
-hidangkan pasta dalam pinggan curahkan sos di atasnya dan taburkan serbuk keju parmesan.

bisik-bisik:
Sib baik En Suami tak banyak songeh,telan je apa yang di hidang hehehhe
ni lagi sedap kalau ada beri tu ,buah avocado ke kan ,omputih sangat cik sue oiiii hahhahah
pengaruh Asian Food Channel la ni hahhaha....

6 singgah dan taip sket..

em..em.eemmmm..sedapnyaaaa

REPLY

Wahhh.. Mcm menarik je ni.. Nak kene try jugaq ni :)

REPLY
This comment has been removed by the author.

Sori...xnmpk gambar...
Bolognese ni anak2 akk suka ni...
Sedap!! Tgk gambar pun tau

REPLY

Sedapnya. Makanan yg ank akk tak pernah jemu

REPLY

rajin. dh lama x msk kt anak pasta. hukhuk

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates