Makanan Sarawak dan Kek Lapis di Hadeeja Kek Lapis Segar

11:07 PM Sue Izza 6 Comments

 Lunch tengahari semalam,mulanya menggoogle cari kedai jual kek lapis di sekitar KL.Ternampak la Hadeeja Kek Lapis Segar ,kedai penyanyi Deeja Moss ni.So terus google alamatnya.

Hadeeja Kek Lapis Segar
 No.1 - G, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, 68000, Ampang, Selangor. Business Hours: 10am - 10pm Tuesday till Sunday...



Sampai je ,pelik gak,sunyiii je ada orang ke? kedainya kat kawasan lot kedai dekat area apartment.Ohhh kena tekan loceng dulu,masuk je ke dalam,wahh kemas.


cantik

simple tema putih
Mulanya ingatkan jual kek lapis sahaja,sekali ada makanan panas juga dengan menu masakan Sarawak,apa lagi,masa ni la nak try.

kaunter

stok kek lapis

hiasan kedai yang simple

big bos tgh pikir nak makan apa hehhehe

Antara menu yang ada,semuanya masakan Sarawak









Katalog untuk kek lapis semestinya,ada dalam pelbagai perisa.



So,apa yang Cik Sue order,meh2 tengok :

mee kolok untuk saya

nasi goreng udang untuk dia

air asam boi dan coffee

dan ambuyat
 Komen Cik Sue : semua sedap kecuali ambuyat atau linut tu,tak biasa makan and kuahnya errrr kurang kena ngan tekak kalau ada kuah versi lain maybe ok kot.Dan pastinya Cik Sue sempat sambar kek lapis 3 jenis setiap satu rm18 ,perisa pandan,pandan lemon dan coklat chip.


bisik-bisik : nanti nak try laksa sarawak la plak...yummyyyyy....

6 singgah dan taip sket..:

Misi Bantuan Banjir Dec 2014 Kelabbloggerbenashaari

12:33 AM Sue Izza 2 Comments

Alhamdulillahhhh,awal bulan ari tu Cik Sue dan kawan-kawan KBBA sempat balik kampung menjenguk mangsa banjir di Kampung Cik Sue di Kuala Lipis,sambil-sambil bawa balik sumbangan dari kawan-kawan yang lain.Terima kasih banyak kepada penyumbang2 yang berhati mulia.

KAMI
Bertolak hari sabtu pagi,dari Putrajaya dengan barang-barang bantuan berupa makanan,pakaian dan alat-alat pembersihan.Kami menaiki 3 buah kereta sendiri2 sahaja.

daging dendeng dari kak laila mee udang

packing barang sebelum bertolak
Sampai di rumah Cik Sue di Kg. Dura,Bukit Betong,Daerah Kuala Lipis dalam pukul 2 lebih,kami sempat meninjau jalan dan hulurkan bantuan kepada beberapa rumah pada petang itu di sekitar Kg.Dura,Kg Aur Gading dan Kg Berkam.

jambatan yang rosak teruk akibat banjir




kesan banjir


rumah mangsa

rumah ini tenggelam lenyap masa banjir 



















Speechless.Tak terkata,Cik Sue hanya mampu menahan sebak,yang menjadi mangsa bukan orang lain,rakan-rakan sekampung,ada yang berkait saudara juga,Allahuakbar semoga dapat membantu sedikit sebanyak.


Hari Ke 2- Ahad

Kami ke Kg Chegar Perah dengan Triton Ayah De (bapa saudara Cik Sue) ,di sini Cik Sue membesar dan bersekolah sampai la abah pencen pada 2008,dan Cik Sue dah kerja pun masa tu.Tambahan saudara -mara,mak saudara dan kawan-kawan masih ramai di situ.Kampung ini memang terputus hubungan masa banjir hari tu hanya bantuan melalui helikopter sahaja dapat di salurkan.




ranap














Alhamdulillah kami berjaya sampaikan sumbangan dari rakan-rakan terus kepada mangsa,semoga mereka tabah dan sumbangan kami membantu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

bisik-bisik:
sebak!,ujian dari Allah,semoga mereka kuat,ujian juga untuk kita untuk membantu.


2 singgah dan taip sket..:

The Sky,One City Mall : Tempat menarik untuk bersantai

7:23 PM Sue Izza 3 Comments

The Sky,One City Mall ; Pertama kali jejak kaki ke sini,ingatkan macam mall biasa,ada tempat makan,ada game dan panggung wayang seperti mall lain,tapi meleset betul tanggapan Cik Sue tu.

First masuk,wahhhhhh...siap ada elemen air dan tumbuhan,oh memang saya sukaaaa.Cik Sue di jemput ke sini untuk Grand Opening Sky Park,One City Mall,Jumaat lalu.Mulanya ingatkan majlis makan- makan biasa,tapiiii memang mengujakan rupanya tempat makan dan lepak di Roof Top di Level 10.Phewwww agak gayat la.


tenangkan? ni kat tengah2 mall tu,sejukkk je rasa.

pemandangan di dalam mall,segar!
Kami ,media dan bloggers di bawa melawat kesemua restoran di Roof Top Sky Park ini,memang sesuai sangat untuk bersantai bersama keluarga dengan pemandangan yang cantik,boleh nampak keseluruhan kawasan sekitar.

salah satu restoran yang ada.

di hidangkan mint lemon juice sementara menunggu yang lain sampai
sedapppp....

Antara rangkaian restoran di The Sky:

-Inaho Sushi – Restoran Jepun – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
-Khrua Thai – Masakan Thai – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
-Hong Dae Mun – Masakan Korea – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 1.00 pagi.
-De House – Western style – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
-The Voice – Ruang istirehat yang disertakan dengan live band – Dibuka dari jam 3.00 petang    sehingga 3.00 pagi.

Ada lagi yang lain-lain ,korang boleh dapatkan maklumat kat laman web mereka ye klik SINI


antara media and  blogger yang hadir

syokkan dapat berkumpul ngan family di tempat begini

cantiknyaaa,photoshoot pun cantik ni heheheh
nampak semua bangunan sekitar
thai food

japanese food

western food

Kami kemudian di hidangkan early dinner,masakan dari semua restoran di Sky Park itu.Memang menyelerakan dan jangan risau memang harganya berpatutan.


Petite Nasi Lemak dari Masterroom Restaurant

Mediterranean Caeser Salad with Quail Egg dari De House

Prawn And Fish Cake Combo dari Khrua Thai

Momiji Sashimi dari Inaho Sushi

Yakitori Moriawase dari Inaho Sushi

Wild Mint Temptation  dari Voice

Charcoal Barbeque Lamb dari Hong-Dae Mun

Korean Fried Chicken dari Hong Dae Mun

Seafood Tomyam dari Khrua Thai

Spageti Oglio Olio Vongole (Clam) dari De House

Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream dari Masterroom Restaurant
Fuhhhh terasa lagi kelazatan makanannya terutama my feveret lamb,tomyam,salad and korean fried chicken,yummehhhhh....

muka keriangan dan kekenyangan

Lepas makan,hujan turun renyai,namun tak menghalang kami menikmati pemandangan dan yang bestnya di roof top ni ada lantai dari cermin yang korang boleh nampak orang di ground floor buat apa,dari tingkat 10 tau,kalau yang gayat tu memang boleh goyang la lutut hehehheh...syok wooo...

nampak wooo orang kat bawah

berjimba-jimba

kecik je nampak kat bawah tu heheheh

kami yang hadir

Bermula pukul 8 malam pula ada konsert dan grand opening di Sky Park ini,memang meriah dengan kehadiran artis dan tetamu seperti Baki Zainal,Dina Nazir dan Kumpulan Rejuvenate.











Terima kasih banyak organizer jemput kami media and bloggers,puas hati makan dan jalan-jalan.Korang pun kalau nak rasa lepak santai kat atas ni datang la,kat level ground floor pun banyak kedai makan dan shop lots untuk shopping.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut kat sini ye :

bisik-bisik:
ajak Mr D dating best ni heheheh...

3 singgah dan taip sket..: