Jangan mencela makanan

8:18 AM Sue Izza 2 Comments

Salam Jumaat penuh keberkatan,
Kekadang kita ni tanpa sedar bila mengadap makanan dan tak kena dengan selera tekak,mula la kan membebel atau masakan tu ada kesilapan dan tak sedap haaa mula la komen itu ini,atau rupanya yang tak menarik ke kan,so bermula hari ni jom kita belajar bersyukur dan mencontohi Rasulullah s.a.w dalam bab makanan ni.Jom sama-sama hijrah....

2 singgah dan taip sket..:

Cemburu kepada buku

7:55 PM Sue Izza 0 Comments


Cerita tauladan:

Zubir bin Bukkar seorang ulama Madinah yang sangat tekun membaca.Beliau boleh menghabiskan masa berjam-jam bersama bukunya.Beliau selalu tiada masa untuk bersama isteri dan anak-anaknya.

Suatu hari ,seseorang berkata kepada isteri Zubir : " sungguh beruntung dirimu memiliki seorang suami seperti Zubir.Ia hanya memiliki seorang isteri dan tidak bermadu"

Isteri Zubir menjawab "Demi Allah,aku lebih cemburu kepada buku-bukunya  berbanding tiga orang isteri!"

Pengajaran :

Berpada-padalah dalam melayani hobi.Walaupun membaca suatu hobi yang sangat baik,namun jika menjejaskan hubungan dengan orang-orang tercinta,maka ia bukan sesuatu yang terpuji.

bisik-bisik:
Jadikan panduan,apa-apa saja jangan melampau,bersederhana lah...

0 singgah dan taip sket..:

Nasi Ayam Penyet Mak Maya,Kg. Baru,Kuala Lumpur.

7:09 PM Sue Izza 2 Comments

Korang ada tempat feveret lunch tak?  Jom Cik Sue nak cadangkan satu kedai ala2 warung kat Kg Baru,lokasinya kat simpang Jalan Lorong Raja Muda Musa 5,alaaa korang waze je "Nasi Ayam Penyet Mak Maya" mesti ada.

First time datang sini Mr D bawa,katanya budak opis dia rekemenkan,sebab sambal ayam penyetnya sedap.So harusla Cik Sue pi cuba.Setiap kali lunch agak penuh orang,klau datang lambat memang tak de seat la,kena tunggu.

ni la kedainya
Mak cik yang jual ayam penyet ni tumpang Warung Mak Piah,tapi kebanyakan yang datang memang order ayam penyet la.

berkongsi warung

warung mak piah
Cik Sue suka order nasi ayam penyet,kalau Mr D selalu order pecal lele,sambal dia memang sedap,rasa tomato ,cili,pedas2 manis,memang power.

teh o panas dan kedondong asam boi yang sedap

ayam penyet dan sambalnya,
Yang best kekadang set hidangannya datang dengan air basuh tangan khas tuk kita lagi hehehe,kalau malas bangun memang sesuai heheh.Sambalnya memang kena la ngan tekak Cik Sue kekadang siap mintak sambal lebih lagi.Harga satu set hidangan dalam RM5-8 sahaja.

bisik-bisik:
Dah jadi tempat feveret Cik Sue dah tuk lunch
try lah!

2 singgah dan taip sket..:

Cekelat Nise

11:59 AM Sue Izza 5 Comments


Mesti ramai yang tak kenal cekelat nise ni kan? biasa yang belah pantai timur tahu cekelat ni,kecuali yang muda remaja la,banyak cekelat2 moden kan.Dulu-dulu ni la manisan penduduk pantai timur.Manisan dari gula melaka yang di masak hingga cair dan di campur kacang tanah lalu di bentukkan dan di bungkus sebagai gula-gula.

Tiada bahan perasa atau pewarna tiruan,semuanya asli.Cik Sue jumoa dan beli di Pasar Payang,Terengganu ari tu.Dok makan buat hilang ngantuk kat opis.




Jangan risau tak manis sangat pun,sedang-sedang je,kena pulak kacang tanah kat dalam sedap pulak layan sambil buat keje.hehehheh

bisik-bisik:
kena kurangkan ni huuhuuu diet la sangatttttt

5 singgah dan taip sket..:

Penangan Cosmoderm

1:25 PM Sue Izza 5 Comments

Alhamdulillahhhh,akhirnya Cik Sue dah jumpa produk yang betul-betul sesuai dengan Cik Sue.Insya Allah tak tukar jenama lain dah.nak tahu produk apa try usha entry NI Cik Sue ada cite.

Hampir sebulan dah pakai start 5/02/2015 hari tu,banyak perubahan kulit wajah,antaranya :

-warna kulit wajah lebih sekata
-parut jerawat lebih cepat pudar
-jerawat baru cepat surut dan hilang
-kulit muka dah kurang berminyak
-lebih bersih dan segar
-black head dan white head pun dah berkurang


kiri sebelum kanan selepas

Memang berbaloi Cik Sue cuba set tea tree Cosmoderm ni,sesuai sangat ngan kulit Cik Sue.Dan yang paling best dah tak de jerawat2 besar yang sampai nak sujud solat pun tak boleh dulu.
Nak tau set mana,haaaaa yang kat bawah ni la :



Korang kalau nak cuba boleh beli kat laman web cosmoderm je senang ,ada gak jual kat kedai ,senarai kedai dalam laman web tu.



Bisik-bisik:
Cosmoderm buka hanya produk muka,seluruh badan tau,memang tak tukar lain dah
ini bukan review saja ye,tapi memang Cik Sue rekeman sebab saya pakai dan berkesan.

5 singgah dan taip sket..:

Makanan Tradisi Terengganu : Acar Umbut Kelapa Sawit

10:00 AM Sue Izza 2 Comments

Hari tu masa gi kenduri qaseh kat Jerteh kami di hidangkan makan malam di rumah dia,memandangkan kami datang awal 2 hari tuk bantu persiapan.Satu menu yang memikat hati Cik Sue adalah Acar Umbut Kelapa Sawit ni,sebelum ni Cik Sue selalu jumpa umbut kelapa biasa yang di masak lemak atau kerabu sahaja,tak penah pulak jumpa masak tumis ala-ala acar masak ni.

ni contoh umbut kelapa sawit ,sumber google
Mula-mula masuk mulut lawan lak lauk gulai daging,ikan kering,walawehhhhhhh...ok ngaku bertambah makan nasi.Kelaut dietku,memang sedap,makan ngan nasi panas-panas,alahaiiii selera kampung sangat.Yang lain pun siap ratah dan menambah-nambah lagi.

Acar Umbut Kelapa Sawit
So Cik Sue borak-borak la ngan mak cik-mak cik kat situ,siap mintak resepi dan cara penyediaannya lagi,mana la tahu kan ,kot2 orang bagi umbut boleh try buat,tapi kat Putrajaya mana nak cari umbuttttt huhuuuuu....jom tengok resepinya.

ACAR UMBUT KELAPA KELAPA SAWIT


Bahan-bahan :
- sebesen kecil umbut kelapa (hiris nipis memanjang, bersihkan dan tos air)
- 4 biji cili kering (buang biji dan rendam air panas seketika) *
- 5 biji bawang merah *
- sebiji bawang putih *
- sedikit halia *
- 1 senduk cuka makan
- 1 cawan santan (sederhana pekat)
- bawang besar potong memanjang
- cili besar potong memanjang juga
- gula dan garam secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- tumbuk kasar bahan *
- panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing
- masukkan cuka, dan gula. masak sehingga bau cuka hilang
- masukkan umbut kelapa dan santan
- masak hingga umbut lembut dan santan mendidih (jika tak berkuah boleh tambahkan air)
- masukkan bawang besar dan cili merah besar
- rasakan gula dan garam

bisik-bisik:
Makanan kampung jugak yang kena ngan tekak hehhehe
ada peluang nak try buat la...

2 singgah dan taip sket..:

Meraikan Cinta : Qaseh & Kyle @ Jerteh,Terenggau.

9:25 AM Sue Izza 0 Comments

Alhamdulillahhhh selesai dah majlis Qaseh dan Kyle pada 14 Feb 2015,yang mana Cik Sue dan Geng KBBA terlibat dari awal lagi membantu mana yang boleh.Dan majlisnya berjaan lancar,memandangkan qaseh dan kyle dua2 teman rapat kami,gigih la kami pakat-pakat turun Jerteh,ni kali ke 2 Cik Sue sampai ke situ,kawasan dekat dengan pantai,makanan laut fresh-fresh tentunya.

pelamin hasil idea dan kerjatangan geng KBBA,sib baik pengantin suka huhuu

kami di hari kenduri,tak sempat nak tarik pengantin
busy benor hahahhaha

guest book kerja tangan najeeb

photoboot and guest book kiosk

kawan2 pengantin perempuan

sweettttnyaaaaaa sama cantik sama padan,tahniah adik2 ku

ohhhhh cantiknya awakkkkkk

sehari sebelum...haaaahaa dah macam apa je sorang2....

pengantin lapar eaaaaa...hehehehe

doa semoga sejahtera rumahtangga

Tahniah kepada qaseh dan kyle,Cik Sue doakan rumahtangga yang di bina aman sejahtera dan cinta kalian kekal hingga ke syurga,hiduplah dalam kasih sayang dan iman ye.Doakan Cik Sue ngan Mr D pulak k

bisik-bisik:
Cik Sue dah mula serabut hahahahhhaa atoyaiiiii.....

0 singgah dan taip sket..:

Lunch Di Selero D'Timur di Ayer@8,Presint8,Putrajaya.

11:30 AM Sue Izza 4 Comments

Dah lama sebenarnya nak makan di sini,lagi2 bila baca entry Cik Yana ni,akhirnya dapat gak la try 2 3 minggu lepas dengan Si Yanty ,Uzu and Mr D,sebelum kuar merayau di hari minggu.Kedainya di tingkat bawah mengadap tasik putrajaya tu di Ayer @ 8 ,Presint 8,Putrajaya.Kalau korang jumpa Teh Tarik Place tu then cari tangga turun bawah,ada la.


Kebetulan kedai baru bukak dalam pukul 12.30 ,so kami brunch terus la,ingat nak order tomyam tapi tak de lagi,next time la try.

uzu and Mr D order nasi dagang ayam

somtam-sedappppp,tak pedas sangat dan tak masam sangat,nice-cik sue order

yanty order kuey tiaw pad thai

ni cik sue punya-nasi kerabu ayam
Ruang kedainya selesa,luas dan bersih.selain makanan Pantai Timur ada juga desert dan kek yang di jual.




Next time nak kena try tom yam la pulak,katanya sedap....ermmm ermmmm lapar pulak rasa huuhuuu...


bisik-bisik:
huwaaaaa bila nak diet ni,sobs sobs ada 3 bulan je lagi huuhuuuu

4 singgah dan taip sket..:

Perginya Ulamak Ulung : Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

2:15 AM Sue Izza 5 Comments

12.02.2015 Jam 9.45 malam,Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di sahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pulau Melaka,Kota Bharu.

Antara pemimpin Islam paling berpengaruh bukan sahaja di Malaysia malah di negara luar.Ulamak yang di hormati dan di sayangi ramai.

Cik Sue mendapat berita semasa dalam perjalanan ke Jerteh,tergamam seketika,suasana rasa sayu.Pengalaman sendiri pernah mendengar kuliah dan berjumpa face to face dengannya semasa belajar di Kelantan,sememangnya dia orang yang di hormati,di senangi.Melihat wajahnya terasa tenang dan sejuk hati.

Alfatihah,semoga Tuan Guru yang di sayangi ,di cucuri rahmat Allah dan di permudahkan urusan di sana kelak.

BIODATA RINGKAS

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.



1931-2015

bisik-bisik:
sebak hati bagai kehilangan ayah sendiri
kehilangan besar bagi negara dan umat Islam

5 singgah dan taip sket..:

Pilihan Menu Baru di Delifrance

10:07 AM Sue Izza 8 Comments

Tak de idea nak lunch hari ni? Jom pi Delifrance,diorang baru keluarkan menu baru tuk 2015 ni.Tq Delifrance Mid Valley sebab jemput kami geng #kelabbloggerbenashaari tuk rasa menu baru ahad lepas.Meriah,dah la sedap-sedap menunya,jom baca.

org terawal sampai,okeh jangan layan yg kiri sekali tu hahhaa

sememangnya nama yang di kenali

Tq Cyntia yang sudi melayan kami,dah macam kedai sendiri kami buat,siap tambah meja lagi.Hidangan pun puas hati makan.

roti baguette makan dengan keju dan kaya,sedap,roti je keras skit.
Selepas je order air ,makanan di hidangkan alahaiiii memang sedap la,sesuai untuk breakfast dan lunch,hidangan tak berat sangat,sedang-sedang je.Bagi yang diet tu sesuai la.


Meatball Sandwich (RM9.90)

peach tea(RM5.90) dan Tuna sandwich(RM12.90)
Hidangan kat atas ni ada 3 pilihan roti iaitu Baguette,Croissant atau Ciabatta,dan filling atau intinya boleh pilih dari menu.

Meatball Pasta (RM15.90)

Ini air Cik Sue order ,teringin lama dah Jus Pomegranate (RM 8.90)
sedap,segar

Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce (RM18.90)
ayam yang lembut dan gravy sauce yang sedap,niceee je

Spicy Fish served with rice (RM18.90)
Bagi yang makan nak kena ada nasi jugak,haa elok amik yang ni,ikan dory ni sedap
serius sedap dengan sambal ala2 sambal belacan,yummyyy,tekak melayu tul hehehe

Yesssss...ini my feveret pi mana2mesti nak try lamb
Provencal Lamb Shoulder (RM28.90)
Perghhhh lembut giler daging,sos tu memang kenaaa je
Cik Sue rekemen try la yang ni bagi penggemar lamb

Okeh get ready nak perkenalkan menu baru ni......~drum roll~......hehehehe Roti Crois Bread yang di gabungkan dari bahan Oat Flakes,Sunflower Seeds,French Wholemeal Wheat Flour dan Linseed sememangnya bahan yang berkhasiat untuk diet yang sihat.Di gabungkan pula dengan filling ayam dan daging bersama sos,wahhhhh sangat la menawan tekak Cik Sue ni,korang ples la pegi cuba tau,memang tak rugi.


Chicken Crois Bread (RM 13.50 -harga set bersama ice lemon tea)
Beef Crois Bread (RM 16.50-harga set bersama ice lemon tea)
Ohhhh memang happy tummy bak kata hanim,heheheh perut riang gembira masa tu.Hidangan memang sedap-sedap.Delifrance ni Cik Sue tengok dia punya pastri memang A la,tiptop gitu,nak makan pastri sedap-sedap cari la kat sini,macam-macam filling ada,dengan lembut dan rangupnya,fuhhhh perut dan tekak memang bekerjasama sangat ,hehehhee.

Dah habis hidangan menu sedap-sedap tu ingatkan dah habis,tapi dapat pulak hidangan pastry2 yang ada kat situ,yummyyyyy.....

Chicken Ham & Cheese Croissant

puff pastry

apple turnover

sultana pastry
Dan yang pastunya terkenal sedap dan orang sentiasa cari ,macarons!

sedappppp....

Tq banyak2 Delifrance sebab dah gembirakan perut kami.Di akui hidangannya memang sedap.Kot ada yang nak buat discussion sambil minum tea di petang hari,meh cari Delifrance,memang sesuai.


Bersama pengurusan Delifrance Mid Valley,masing2 muka happy and happy tummy hehehhe
Siap Cik Sue tapaukan lagi nak bagi Mr D rasa,agak-agak kalau boleh telan tu boleh la ajak dia repeat lagi heheheh....Alhamdulillahhhhh,memang laju dia telan hahahha....



minum petang di tepi tasik dengan Pastry Delifrance
Bagi korang yang nak try cawangannya ada di :
-Mid Valley
-Avenue K
-Ampang Point
-Great Eastern Mall
-KL Festival City
-AEON Big Wangsa Maju
-Cheras Leisure Mall
-Paradigm Mall
-Tropicana City Mall
-The Strand
-AEON Big Bukit Raja
-Penang Queenbay Mall
-Aeon Tebrau City
-JB City Square
-Aeon Taiping

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk web page DELIFRANCE dan FB DELIFRANCE 

bisik-bisik:
Konpem nak repeat lagi....oh lambbbb ah sudahhhhh~ ke lautttt diet hehehehhee

8 singgah dan taip sket..: