Maharaja Steamboat,Selayang -Buffet steamboat pilihan.

3:45 PM Sue Izza 9 Comments

Sapa suka makan steamboat? Haaa meh Cik Sue kenalkan port steamboat best ni.Lokasi sebelah je stadium selayang,waze je stadium selayang then pusing area rumah kedai tu,mesti jumpa.

Rasanya memang berbaloi layan steamboat buffet kat sini,ada berkuah dan ada grill,haaa cik sue memang suka yang grill tu.main bakar-bakar gituuuu....





Selain steamboat restoran ni jugak sediakan hidangan buffet breakfast,lunch dan dinner,cik sue paling suka lempeng cicah kari ikannya,tuk breakfast juga ada roti bakar kaya melelehhh,perghhh serius sedap,yang roti ni korang wajib try.
amaran : gambar tidak mengikut turutan hahhahaha....

roti yg mavelessss....
Selain itu ada juga mee,kuey tiaw n mihun sup,dengan kuah sup yang maveles,sedap betul kuah supnya.Tuk hidangan nasi ada juga nasi kuning dengan kuah kari ikan and lauk2 lain.Mee goreng,kuey tiaw goreng panas2 pun ada,memang maveles.








Okey ,jom cite pasal steamboat pulak,first thing,kuah tomyam maveles giler...sumpah sedap...masuk pulak segala binatang laut kan hahahaha terbaikkkk wokkkk....pastu ada dua kuah,tom yam n sup,pastu ada pulak sos ala yong tau fu tu,manis pedas then campur kan,walawehhhhh...speechless,sos tu dah la feveret cik sue makan yong tau fu.





Ha ni dia owner Maharaja Steamboat pak din,mesra orangnya.


Geng #Kelabbloggerbenashaari kalau part makan memangggg laju hahahha.... 









Steamboatnya memang banyak pilihan dari bahan frozen ,seafood,ayam,daging dan banyak lagi lah.
Oh ya! lupa lak,kat sini gak ada nasi lemak bungkus ye,bleh try,not bad la.











So,bagi korang yang nak try,detail adalah seperti di bawah:

Info harga:
KANAK-KANAK (7-12 Tahun ): RM 12
DEWASA :RM 23.90
COUPLE SET : RM22

WAKTU OPERASI : 8 Pagi - 2 Pagi



Maharaja Steamboat
Lot 6 Jalan 2/10,Dataran Templer,Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,Selangor.
03-61386664
Komen Cik Sue :
-menu memang tip top,harap kekalkan kesegaran bahan terutama seafood.
-harap pihak restoran bleh sediakan lebih kipas angin terutama di musim cuaca panas ni,dan lebih meja.kalau boleh wujudkan tempat yg beraircond pun ok kot.

9 singgah dan taip sket..:

Butik Mayor Manik : Jahit Baju Melayu Bersulam

8:29 PM Sue Izza 6 Comments

Alhamdulillahhh siap dah Baju Melayu bersulam tuk akad nikah Mr D,baju Cik Sue?? huwaaaaa belum siap hukkkk doakan ye semoga sempat siap sobs sobs...
Eh nak cite baju melayu ni,tempah kat Butik Mayor Manik kat PKNS Shah Alam,tingkat atas hujunggggg sekali kedai nya,sila ronda sampai hujung ye hahahaha.....

ni kedainya
Dari mula-mula hantar lagi suka dengan layanan tuan kedai dan anak-anaknya,beradap sangat,menghormati pelanggan,Cik Sue memang rasa selesa berurusan dengan mereka.Kat Butik ni ada banyak juga baju-baju yang dah siap,baju melayu,jubah,dress,baju kurung,kebaya dan banyak lagilah.Kalau nak beli yang dah siap boleh,nak bawa kain tempah jahit berpandukan contoh2 kat kedai pun boleh,nak pilih kain kat situ then tempah pun boleh.Semua ada,banyak pilihan pulak tu.

Cik Sue tempah awal bulan 2 hari tu, 11.3 dah siap ,diorang siap call ingatkan supaya datang amik,patutnya janji 31.3 baru amik.Cepat! masa amik tu terus usruh Mr D sarung supaya kalau ada yg tak puas hati boleh oter terus.Bila sarung memang cun je kat badan,belek-belek jahitannya memang kemas,sulaman pun kemas n cantik.



Kain ni beli kat Jakel hari tu sepasang lelaki perempuan,Cik Sue punya buat dress,nanti ai buat entry ye,tunggu siap dulu,sebab jahit kat kampung.Total semua bayar kat Butik Mayor Manik ni RM170 satu set baju melayu bersulam.Ni kain sendiri,Cik sue ada tanya kalau kain kat situ harganya around RM200-250.

So,korang mana yang nak cari baju raya bolehlah terjah ye,tuk tempah maybe tak amik dah tapi yang siap readymade pun cantik-cantik.Jahitan teliti dan kemas.

Mayor Manik Sdn Bhd
01-164A,Tingkat 1,Kompleks PKNS
40000 Shah Alam
Tel : 03-55184261

bisik-bisik:
Huwaaaa bila baju ai nak siap ni...sobs sobs..

6 singgah dan taip sket..:

Mamee Gold Recipe

10:00 AM Sue Izza 2 Comments


Thank You Mamee Malaysia,sampai2 rumah balik keje last week tengok-tengok housemate dah letakkan atas meja,tak sabar nak try resipi baru teknologi mee tarik dari Mamee dengan perasa baru lak kan,Mamee Gold Recipe.Dapat 2 pek ,satu mee and satu lagi mihun.


Canti bungkusannya
Memandangkan sabtu lepas tak selera nak makan,teringat lak pe Mamee ni,so apa lagi,mari berkungfu jap kat dapur,Cik Sue masak ala tumis,tak suka ala rendam sebab suka buh sayur.

2 pek,mihun dan mee
Cik Sue tumis bawang putih yang di ketuk dan tambah cili api serta sayur,then masukkan mee dan semua rempahnya.Selera Cik Sue tak suka kembang sangat tapi kuah nak banyak ,haaaa ngengada sangat kannnnn

taraaaaa Mamee Gold Recipe sempoi Cik Sue

Komen Cik Sue:
sedap tapi kena buat kuah cair sikit,pekat sangat tersedak pulak,bagi Cik Sue perencah ni tak best buh telur pecah dalam mee dan kuah,kalau buh telur rebus ok.Rasa kuah yang berkrim skit memang ada kelainan.Cuba la terpulang tekak masing-masing,bagi Cik Sue rasa dia ok tapi kena masak ikut selera masing-masing.

korang nak maklumat lanjut dan info promosi boleh lah ke FB MAMEE


2 singgah dan taip sket..:

Yeo's Yeogurt "Drink & Win"

2:35 AM Sue Izza 4 Comments

Yeayyyy produk baru lagi dari Yeo's yang sememangnya jadi kegemaran Cik Sue,kali ni yogurt pulak.Errrr tapi Cik Sue tak suka yogurt,haaaaa....salah rupanya andaian ku,ingatkan yogurt yang kena buh dalam peti ais dan rasa semacam tu.Produk Yeo's Yeogurt ni memang sedappppp...semua perisa pun sedap,ada 5 perisa semuanya iaitu Laici,Mangga,Oren,Epal,Anggur dan Original.

dapat yang besar ni bertahun baru habis ni hehheeh...
warga Yeos di hari pelancaran
perisa Yeos Yeogurt ~ produk baru dari Yeos

Media Launching produk baru ini diadakan di Aloft,KL Sentral,pada 12 Mac yang lalu,di samping memperkenalkan produk,pihak Yeo's juga melancarkan peraduan "Drink & Win".Berlangsung dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015 dengan hadiah-hadiah yang lumayan.Antaranya Macbook Pro 13" ,wang tunai RM10,000,Iphone6 64G dan banyak lagi.



jom join,mana tau menang kan

Nak join? jom-jom :

1. Beli mana2 jenis Yeo's Yeogurt dalam apa jenis kotak.

2. Ikuti akaun Wechat Yeo's Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan terpilih atau ikuti akaun Yeo's Wechat melalui Wechat ID : YeosMalaysia

3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah di beli.Gambar resit haruslah di simpan bagi tujuan pengesahan.

4. Setiap pertanyaan yang berjaya,anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmi Yeos Malaysia dan di ikuti dengan lampiran imej.

5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan 

Untuk maklumat lanjut bagi yang kurang faham korang boleh layari www.yeos.com.my/drinknwin

Jom korang kita join ramai2 mana tau rezeki kan....


Kelabbloggerbenashaari di Media Lunching Yeo's Yeogurt

bisik-bisik:
Jom borong Yeos Yeogurt hehehhehe....



4 singgah dan taip sket..:

Teman kecil di pagi hari

11:38 AM Sue Izza 3 Comments

Pagi hari hujan turun agak lebat menambah kesejukan,sebelum ke kantor,sempat duduk menunggu hujan reda sebentar ,memandangkan payung di dalam kereta dan keretanya di tengah hujan.

Dok termenung sendirian mengenang nasib diri,tiba-tiba ada sesuatu bergerak di tepi skirt Cik Sue,dalam hati nak menjerit dah tapi ada brader hensem plak kat situ.Sekali tengok kat kaki.........haaaaa......si kecil ni rupanya,comellll lama tak nampak dia..dah besar pun...

ooooo kacau orang ye

buat muka tak bersalah plak
Si comel ni ada tuan,kalau tak de tuan nak je masuk beg bagi si yanty,minah tu mesti melompat punya hehehhe,tapi apa nak buat ,kang kena parang ngan tuan dia.Tuan dia rumah bawah ni je.

siap naik atas meja pastu nak lompat atas orang lak,sekeh kang.

haaaa buat apa tu,pagi2 dah main kotor

ehhh ehhhhhh buat muka lak....

Mungkin rasa segar la tu lepas hujan,dok lompat kiri kanan,tarik-tarik rumput.Eeeee geramnya.

bisik-bisik: suka kucing tapi tak leh main sgt alergik ngan bulu kucing huuhuuu

3 singgah dan taip sket..:

Segelas Air dan Madu

8:14 AM Sue Izza 2 Comments

Assalamualaikum,salam Jumaat penuh barokah,semoga semua dalam lindungan Yang Maha Esa.

Jom kita amalkan sunnah Rasulullah S.A.W kita yang di sayangi,banyakkan selawat ke atasnya semoga kita di beri syafaat.

Seperti yang kita tahu,madu adalah kurniaan Allah kepada manusia yang banyak sangat khasiatnya,untuk kesihatan dan kesakitan.Jom jadikan madu sebagai makanan rutin dalam hidup kita.

bisik-bisik:
tak leh buat banyak buat sikit pun ok

2 singgah dan taip sket..:

Girls Day Eat : Bila kami off diet

5:48 PM Sue Izza 5 Comments

Ni la Cik Sue kalau dah kena sampuk hantu raya..hahaha ehhh bukan2 kena sampuk semangat makan hehehhe...datang semangatnya diet tak diet kita bedal dulu.

Ni cerita weekend lepas,tetiba mood rajin nak memasak sampai dan ada lagi barang-barang basah dalam peti,so terus plan ngan si Yanty nak lepak rumah dia,daannnn akhirnya jadi la girls day eat sebab pompuan-pompuan je yang ada,si uzu dan fiza sekali,masak sama-sama dan makan kenyang2,pastu terbongkang depan tv,Ya Allahhhh nikmatnya,musim-musim panas ni kan nak keluar pun tak de mood,so kita lepak kat rumah je..heheheh...

kacang buncis goreng suun

masak lemak cili api sardin

hidangan lunch kami sabtu tu

Elok kekenyangan lepas lunch ,masing-masing lena dengan filem hindi dok joget sensorang kat tv,bangun dah petang,malamnya pula dinner western.

lamb chop homemade
Cik Sue buatkan lamb chop simple-simple,bahan pun pakai mana yang ada je,ye la konsepnya nak abiskan lauk pauk kan.Terlupa lak sos blackpepper si yanty dah abis,terpaksa la modifoed sendiri buat sos gravynya,pakai je bahan apa yang ada,asal ada rasa kan,hehehhe....

Ahadnya pulak,balik dari amik barang kat kepong,terus singgah beli barang,ada projek menternak lemak lagi.Kali ni si Fiza pun join sama.


nasi goreng campak-campak oleh fiza
Nasi ada lagi baki semalam,terus suh dia gorengkan,dapat la sepiring sorang,hancur semua diet konon2 tak nak makan nasi kannnn

haaaa ni Cik Sue buat coconut shake,yummyyy siap ada eskrem kat
atas dengan coklat rice bagai
Ni kesnya jumpa orang jual air kelapa kat tepi jalan sebenarnya,terus rasa nak buat hehehehe....

ni pulak air tangan cik yanty ,banana split
Kononnya nak bagi Cik Sue rasa banana split,alih-alih licin kena bedal dik uzu n fiza,sobs sobs nak majuk masuk dalam batu belah batu bertangkup la..huwaaaaa.
So berjaya la misi kitaorg weekend tu,jarang-jarang sebenarnya kami nak spend time just for a girls tambah-tambah dak qaseh n mieza dan jadi puan ni,sobs sobs,miss u sista...

bisik-bisik:
Kami memang ada Girls Day : lepak-lepak kat umah je pun,kalau bermalam selalu ada pillow talk.heheh

5 singgah dan taip sket..: