Program Zikra Lembaga Zakat Selangor : Kemana Duit Zakat Anda?

5:56 PM Sue Izza 2 Comments

Anda pembayar zakat Lembaga Zakat Selangor?   Pasti anda ingin tahu kemana di salurkan wang sumbangan zakat anda kan? Alhamdulillah 15 April lepas Cik Sue dan rakan-rakan Kelabbloggerbenashaari  di jemput untuk bersama konvoi Jelajah Kasih Bersama Asnaf,yang mana Program Zikra ini diadakan beberapa kali setahun oleh pihak LZS bersama beberapa syarikat korporat dan penyumbang zakat.Bertujuan menjenguk dan memberi info ke mana saluran duit zakat dari LZS di gunakan.

Pagi-pagi lagi Cik Sue dah sampai di Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13,Shah Alam,ada pendaftaran dan di hidangkan sarapan sementara yang lain sampai,serta kereta-kereta untuk konvoi bersedia.


LZS Shah Alam

Pendaftaran 

makan dulu sebelum berkonvoi

Selesai pendaftaran dan sarapan kami di aturkan menaiki 6 kenderaan mpv sebagai media bersama penyumbang-penyumbang zakat dan staf LZS.

bacaan doa sebelum perjalanan
Destinasi 1 : Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir Dan Miskin Bait Al-Hasanah

Terletak di Kg Perepat,Kapar,Klang menempatkan hampir 200 pelajar 10-16 tahun.Bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak asnaf di Selangor.Menyediakan suasana yang kondusif dan selesa untuk belajar.Kompleks ini di biayai penuh oleh LZS.

taklimat dari staf LZS

kemudahan yang di sediakan

antara penghuni di sini

Kompleks anak-anak asnaf

Destinasi 2 : Lawatan ke rumah En Jali Kadio-penerima sumbangan rumah-majlis penyerahanan kunci.

Menerima bantuan rumah 3 bilik bernilai RM48 ribu dari LZS terletak di Kg Delek Kiri,Klang.

bantuan dari LZS

rumah 3 bilik dari LZS
Majlis penyerahan kunci rumah

Destinasi 3 : Butik D' Qaseh -Puan Siti Salbiyah Eksan

Bantuan LZS dalam bentuk modal perniagaan kepada Puan Siti yang merupakan ibu tunggal dengan 4 orang anak dan kini menjalankan perusahaan kedai jahitan,mengambil tempahan pelbagai baju,jubah dan lain-lain.

Puan Siti di butiknya

mesin jahit yang di gunakan

penyerahan cenderamata

sila-sila sapa yg nak tempah baju
Destinasi 4 : Ziarah ke rumah En Saharune Abdul Kadir

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di lahirkan tanpa kaki kiri,menanggung isteri dan 5 anak dengan berniaga sate.LZS membantu dari segi modal perniagaan dan sumbangan kaki palsu.

tempat menbakar sate di hadapan rumahnya

upacara memakaikan kaki palsu sumbangan LZS

tempat membakar sate yang di buat sendiri

kaki palsu yang di buat sendiri dari kayu pokok nangka

hidangan sate runee yang memang sedap.

Destinasi 5 : Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al-Mawaddah.

Satu inisiatif LZS menyantuni warga emas di kalangan asnaf dan fakir miskin serta yang tiada waris.Pusat jagaan yang lengkap dengan kemudahan asas dan program yang boleh memenuhi masa warga emas serta aktiviti keagamaan.Menempatkan hampir 28 orang warga emas.Terletak di Jalan Kebun,Klang.


bilik yang di sediakan

kemudahan yang di sediakan

sebahagian warga emas

aktiviti mereka di sini.

Destinasi 6 : Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang.

Destinasi terakhir kami di bawa ke  maahad ini yang mana mendidik anak-anak tahfiz yang cemerlang dalam bidang agama dan akademik,dengar khabar beribu yang interview dan memohon untuk masuk setuap tahun namun hanya 300 yang terpilih.LZS juga menyumbang untuk kemudahan anak-anak di sini.


kelas alquran

penghafalan alquran
Di sini kami melihat proses pembelajaran mereka ,dan majlis penutup serta makan tengahari oleh kakitangan di sini.Kemudian kami di hantar semula ke Ibu Pejabat LZS Shah Alam.


Selesailah program Zikra dan jelajah Asnaf kali ini,terima kasih banyak kepada LZS kerna menjemput kami.Dengan ini kita boleh tahu kemana sumbangan zakat kita di salurkan.Insya Allah dengan bantuan kita mereka dapat meneruskan hidup dan mendapat pembelaan yang sama.

Bisik-bisik:
Program kali ni benar-benar membuka mata Cik Sue betapa pentingnya zakat yang kita sumbangkan selain membersihkan pendapatan kita,menjadi tanggungjawab kita ke atas orang-orang miskin di sekeliling kita.Tidak perlu ada alasan untuk membayar zakat zaman ini,ada pelbagai cara malah dengan teknologi canggih tak perlu pun berbaris di kaunter.Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web LZS ----> DI SINI

Selain itu anda boleh juga install application e-zakat di google store seperti di bawah :


Application yang mudah,untuk mengira berapa zakat anda dan melaporkan jika ada asnaf yang memerlukan bantuan.

Sepanjang program berair juga mata melihat keadaan orang,sesekali membersihkan hati dari sifat bangga diri,tamak dan berlagak.


2 singgah dan taip sket..:

Menu Diet dan Sihat di Bites Cafe,Lake Fields,Sungai Besi.

11:48 PM Sue Izza 11 Comments

The Bites Cafe,Lake Fields,Sungai Besi

Kawasan Sungai Besi agak berkembang pesat dengan kawasan perumahan dan perindustrian,ini salah satu faktor banyak kedai makan,restoran dan warung di kawasan ini.Dengan mempertaruhkan pelbagai menu mudah untuk pelanggan memilih apa yang mereka mahu.Antaranya menu sihat dan menu diet seimbang.

Sabtu lepas Cik Sue sempat memenuhi jemputan food review,kali ni di Lake Fields,Sg Besi.Tak tahu pulak kawasan tu banyak kafe dan restoran.Parking pun banyak kawasan ni.Dekat je dengan Putrajaya.Menghidangkan menu sihat dan sedap,juga makanan western.Konsep kafe santai yang sangat tenang dan selesa.

Bites Cafe

Ruang hadapan
Masa Cik Sue sampai ramai jugak orang nasib baik meja dah di booking,di kawasan meja di luar agak panas sikit la kalau tengahari,mungkin pihak kafe boleh sediakan kipas mudah alih untuk keselesaan pelanggan.Di bahagian dalam agak selesa,nyaman dengan hiasan dan dekorasi yang cantik dan kemas,malah ada tempat rehat dan santai.

Tempat rehat,sangat selesa.
Okeh,jom kita tengok makanannya pulak.Bahan utama kebanyakannya telur,sayuran,daging dan ayam yang di gunakan,walaupun menu ala-ala breakfast tapi masih sesuai di makan bila-bila masa,Dan saiz setiap hidangan agak banyak,nak kongsi pun boleh.Jom tengok apa yang Cik Sue rasa :


Egg Benedict (RM17.90)
Ada bayam,telur,beef bacon dan roti yang garing.
Menu ini memang sangat sesuai untuk sarapan,dengan gabungan telur,roti dan beef cukup khasiat dan zat di tambah dengan salad dan sos.


The French (RM15.90)
French toast di lapisi chicken slice,telur dan maple syrup.
Sangat sedap bila kepingan roti di cicah dengan sirap maple tu,memang kena sangat.

Breakfast Pizza (RM 14.90)
beef bacon,telur,bayam,cendawan dan keju.
First time jugak jumpa pizza dengan telur mata heheheh,tapi rasa memang cukup lengkap ada masin,lemak keju masam tomato,rasa kepingan daging dengan telur kuning mencair,fuhhh.

The Italian (RM14.90)
kepingan turkey,bawang,bayam dan tomato ceri
Ala-ala telur dadar tapi ada kepingan daging turkey dan bayam,rasa memang sedap.Boleh try ni.Cik Sue yang suka makan sayur memang suka la ada bayam.

The Mexican (RM12.90)
sosej ayam yang di balut dlm tortila,ada telur,cendawan dan keju.
Menu ini makan petang-petang pun sesuai dengan sos tomato yang sedap tu.Harus cuba.

Club Sandwich Waffle (RM12.90)
telur hancur,sosej,cendawan sos dan salad.
Biasa sandwich daripada roti tapi yang ini dari wafel,memang lain,lebih ranggup.

Grilled Chicken & waffle Sandwich (RM15.90)
wafel sandwich yang di tambah ayam gril dan telur mata.
Menu ini lebih kurang wafel sandwich tapi ada ayam gril dan telur mata.Cik Sue suka sos cendawannya,memang sedap,Cik Sue rekemen korang cuba.

Potato Salad (RM9.90)
Potato salad yang biasa je kita makan tapi potato slaad di sini lebih rasanya dengan taburan parsley dan bawang goreng,ranggup lemak cukup rasa.

Beef Bacon & Shrimp Pasta (RM18.90)

Pasta bersama kepingan daging,lepas agak muak dengan telur hidangan ini memang sedap di tekak.agak mengembalikan rasa dengan masin dan masam yang cukup,agak kering tapi masih sedap.

Desert Waffle with Gula Melaka Ice Cream (RM11.90)
Desert ini Cik Sue suka,gabungan ais krim Gula Melaka dengan wafel tu,perghhh sejukkk je tekak.

Affogato with crushed cranberry almond
biscotti with Coconut Ice Cream (RM8.90)
Ini juga desert yang agak menarik dengan almond dan ais krim kelapa,gabungan unik tapi masih sedap.

Berries and banana pancake (RM13.90)
Hidangan ini memang rugi kalau tak cuba,Cik Sue sorang pun boleh habiskan.Ngam-ngam je rasa sirap maple beri dan pancake kosong tu.

grilled salmon fillet on crispy potato caje (RM37.90)
Hidangan salmon dengan cendawan yang di grill,bersama sos yang sedap,khasiat yang lengkap ada ikan ada sayur.

homemmade ice cream (RM9.90 each)
Aiskrim homemade perisa bertemakan Malaysia menjadi signature kafe ini.Antaranya perisa teh tarik horlicks,nutella dan pandan kaya.Cik Sue suka nutella danpandan kaya.

apple and awtaermelon juice 9.90

hazelnut 11.90

hot latte 9.90

mocha 11.90

cappuccino 11.90
Antara minuman yang ada di kafe ini,dan anda harus memcuba minuman kopi,latte dan sewaktu dengannya di sini,kalau tak menyesal,rugi tau memang sedap.

Terima kasih The Bites atas hidangan akan pastinya sedap dan kami memang kekenyangan,itu pun dah kongsi-kongsi.

antara bloggers yang hadir: havoc!

tu dia teruja muka masing-masing
Komen Cik Sue :
Kafe yang santai memang sesuai untuk berbual dan menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga.Menu yang sihat lengkap dengan sayur buah ,daging dan ikan.Makanan memang terbaik.

Cuma cadangan Cik Sue kalau boleh pihak kafe letakkan kipas mudah alih di kawasan makan di bahagian luar kedai untuk keselesaan pelanggan kerna waktu tengahari agak panas.

Anda boleh try terutama yang diet atkins tu hehehe sesuai sangat.



The Bites.
Alamat : 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Contact no: 03-90554438

Business hours:
Mon-Thu: 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat: 9.00am – 11.00pm
Sun: 9.00am – 10.00pm

Instagram: https://instagram.com/thebitescafe/
Facebook: https://www.facebook.com/thebitescafe/ 
Food Ink: https://www.foodink.com.my/listing/bitescafe/


11 singgah dan taip sket..: