BB Krim yang merawat wajah : Syalaa BB Cushion Cream

4:27 PM Sue Izza 5 Comments

Yeayyy,dah seminggu Cik Sue jadi pengguna krim ni.Memang terbaiklah,jerawat yang tengah naik pun cepat je kecut dan parut cepat je pudar.Memang melompat gembira la Cik Sue,mau taknya majlis 8 hari je lagi kot,time ni la jerawat naik.Dengki sangatkan?

Ha banyakkan manfaat krim ni,cer baca kat atas tu,tapi krim apa? Meh nak tunjuk ni la krim Syalaa BB Cushion Creme,untuk set Cik Sue pakai ni set promosi RM129.90 mengandungi Syalaa BB Cushion Creme dan 1 refill serta Syalaa Pore Silky Balm.

haaa ni la yang Cik Sue dapat
Cara pakainya senang je,mula-mula kita sapukan Pore Silky Balm untuk menutup pori-pori yang terbuka.

pakai Pore Silky Balm
Pastu baru la sapu Bb krim tu,tak yah tebal-tebal pun,pedap-pedapkan je kat muka.Selapis pun dah cukup tuk tutup parut dan cela kat muka.

pakai bb creme

Review Cik Sue :
1. Krim yang lembut pada muka,tak berminyak dan ringan di kulit.Pakai seharian pun rasa selesa.

2. Cik Sue pakai hari ke 3 jerawat dah mengecut dan parut mula pudar.

3. Mudah rata bila di pakai,tak berbelak.tak perlu sapu tebal,nipis pun dah cukup.

sebelum
selepas
Korang nak try tak? tak rugi tau,Cik SuSue rekemenkan mudah plak tu nak bawa ke mana-mana,packaging comel je.Korang bleh lawati link di bawah atau hubungi no telefon di bawah: 

insta : @syalaaempireofficial
Fb : @syalaabeauty
website : www.syalaaempire.com
contact no : 0387414957/ 0182393947/0182441506

5 singgah dan taip sket..:

Cara buat masker untuk hilangkan parut dan kecutkan jerawat

11:19 AM Sue Izza 6 Comments


Dekat-dekat nak majlis ni la ,ada plakkk  encik jerawat datang bertandang,tak sabor-sabor tunggu la lepas majlis,nyampah tul la,baru nak feeling-feeling flawless dan segar skit pun tak boleh ,mencik !
Dengan pantasnya Cik Sue bertindak menghalang niat jahat en jerawat ini,mula-mula pakai gak krim yang ada dok beli-beli tu tapi nampak macam keras hati je en jerawat ni,haaa meh nak keluarkan petua tok nenek lengkap dengan jampi serapah lak (ok itu tipu...hahahha).

Mari kita guna bahan semulajadi pulak,bahan-bahan yang ada kat dapur je pun.Senang di cari,mudah di sediakan.

Bahan :
1 sudu serbuk kulit kayu manis-jangan banyak nanti panas,pedih muka
1 sudu bedak sejuk berbiji,pi cari kat kedai runcit heheheh
1 sudu madu-kalau kulit sensitif boleh lebihkan
1 sudu perahan lemon

Cara :
Gaulkan semua dalam mangkuk dan sapukan ke en jerawat yang menjahat itu,tak pun sapu je la satu muka senang,biarkan kering dalam 30 minit dah basuh bersih.

khasiatnya :
kulit kayu manis : menghilangkan parut dan mengecutkan jerawat,kaya dengan antioksidan untuk kulit.Sangat berkesan menghalang fungus di kulit.

Madu : bahan semulajadi tuk sihatkan kulit dan anti bakteria,menyembuhkan luka jerawat dan membaikpulih kulit.

Lemon : kaya dengan vitamin C dan Collagen,baik untuk tona kulit dan membersihkan kuman.

bisik-bisik:
Harap-harap ok la muka sebelum majlis ni,gatalkan en jerawat ni masa lain tak mo lak dia bertandang.ngada tau!

6 singgah dan taip sket..:

Berbelanja bijak dengan iprice

7:25 PM Sue Izza 1 Comments

Hai semua,raya dah dekat ni,korang dah mula shopping ke? Nak shopping online murah-mirah tak? diskaun banyak-banyak tak? Jom tengok laman web iprice ni,banyak barangan,banyak brand,banyak diskaun menarik ,tak perlu keluar ke kedai pun.


Memang boleh berjimat bila berbelanja di iprice ni,ia menyediakan kupon-kupon dengan potongan diskaun yang tinggi dari store online yang di sediakan seperti Zalora,Lazada,Air Asia,Agoda.com, dan banyak lagilah,Barang-barang yang di jual juga dari pelbagai jenis dan jenama.


Sebelum tu korang kena signup dulu tuk dapatkan kupon-kupon diskaun tersebut,mudah je masukkan alamat emel dan pilih Women atau men.Nanti anda akan terima emel pengesahan.

Untuk dapatkan kupon pulak korang pilih mana kupon yang korang mahu kat seperti paparan di bawah,dan klik pada GET COUPON CODE




 Nanti akan keluar paparan seperti ini dan anda boleh dapatkan code coupon anda.

Copy je kod tersebut nanti bila nak membeli paste je code tersebut di laman yang terpapar cthnya Zalora atau Lazada,masukkan je code tersebut ye.Senang je.

berbagai jenis barang ada,rambang mata.

Senangkan sekarang nak shopping tak payah berebut berbaris berpeluh dah,tambah-tambah bulan puasa nanti,semua di hujung jari,klik sahaja.

bisik-bisik:
baju raya takde lagi ni huuhuu







1 singgah dan taip sket..:

Seminggu lebih je lagi

7:03 PM Sue Izza 8 Comments



Hari ni dah 14 Mei,pejam celik pejam celik tinggal lagi 17 je sebelum majlis berlangsung.Phewwww...tarik nafas panjang,tak tahu nak khabarkan macam mana perasaan,segalanya bercampur.Melalui fasa perubahan hidup yang selama ini duduk dalam zon selesa.Kini banyak benda yang nak kena fikir bukan lagi 2 kali malah berkali-kali,

Alhamdulillah dari segi persiapan,segalanya mengikut jadual dan masih terkawal,dan Alhamdulillah juga tiada masalah yang mengganggu majlis,biasa la yang sikit-sikit tu.Dan syukur sangat hampir 80% persiapan Cik Sue buat sendiri,dari kerastangan sendiri,syukurlah banyak juga yang dapat di jimatkan.Ikutkan hati tak larat tapi bila fikir ,ini majlis sendiri,untuk kepuasan sendiri,kalau majlis orang Cik Sue boleh buat kenapa tidak untuk majlis sendiri,lagipun dah ada pengalamankan.




Kad kahwin:
Alhamdulillah awal juga siap,ni tempah dengan Mawardi Yunus rakan blogger juga,dia banyak juga ambil tempahan design dan printing name card,wedding card dan design banner serta header.

Baju Nikah:
Alhamdulillah walaupun ada masalah sikit hari tu,masih boleh di selesaikan.Cik Sue hantar jahit baju plain je,kemudian jahit lace dan manik sendiri.Nanti lepas majlis Cik Sue review ye.Modal tak banyak pun habis,beli kain upah jahit semua tak lebih RM500

baju nikah
 
Goodies Bag :
Goodies bag pulak Cik Sue lebih beratkan memberi makanan supaya tak membazir,dan semuanya sendiri,pi beli paper bag,barang-barang yang nak di letakkan kat dalam tu dan packing.Tambahan pulak area dengkil,bangi,serdang,seri kembangan banyak je kedai borong tuk barang-barang nak buh dalam goodies bag ni,senang.Terima kasih banyak kat rakan blogger dan housemate yang sudi membantu packing.

purple polkadot

Pelamin:
Belah perempuan : Alhamdulillah seperti majlis2 sebelum ni di rumah abah,pelamin 100% dari idea dan kerja tangan Cik Sue,tidaklah setanding pelamin mahal di butik-butik terkenal tapi cukuplah menjadi kenangan bergambar di hari tua dan semestinya mengikut selera pengantin dan jimat! hehehe barang-barang semua dah sedia ada,cuma perlu pasang dan deco je.
Belah lelaki : Memandangkan Cik Sue dan Mr D malas nak mengangkut barang pelamin bawa datang pasang di rumah belah lelaki ,kami sewa je barang dengan pihak Your DIY Project Supplies ,diorg sewakan pakej pelamin diy yang mana kita kena pasang sendiri,sangat berbaloi sebab pilihan barang pelamin banyak dan sewa yang berpatutan,juga ada service penghantaran barang.Nanti lepas majlis Cik Sue tunjuk hasilnya ye.Oh ya,kedainya di Sg Besi je.

sewa barang pelamin

Barang Kemas :
Mulanya nak beli kat KL je ,tapi kebetulan pergi kenduri ke Kuala Pilah beberapa bulan lepas,dan tahu emas di situ lebih murah dari tempat lain,kami try survey,dari survey terus terbeli heheheh.Agak berbaloi membeli di sini,banyak jugak kurangnya dari harga di KL,kalau pandai tawar menawar mesti dapat lagi banyak murah,tapi Cik Sue ni mudah kesian kat peniaga huuhuu,tapi dapat juga la murah RM25 dari KL.




Dokumen perkahwinan:
Alhamdulillah yang ini bulan 3 ari tu dah siap setel semua dengan tempah kadi sekali.Senang buat awal-awal tak kalut dah.Tapi nak bagitau borang Mr D dengan pihak JAIS dah kena isi online sekarang huuhu,mula-mula tak tahu agak pening juga la,dah la Cik Sue yang uruskan semua,syukur buat by step dengan pertolongan kawan-kawan dan family setel gak.Tapi tuk korang Cik Sue nasihatkan fahamkan dulu prosedur ye,biasa akan di terangkan dalam kursus kahwin cara-cara lengkapkan dokumen semua,beri perhatian,jangan tidur lak masa ustaz ceramah.

ujian HIV,buat 3 bulan sebelum

Dulang hantaran/Bunga telur :
Bab dulang hantaran itu juga semua sendiri,beli barang-barang yang biasa-biasa je tidak mewah pun,malah ada yang kawan-kawan sponsor (sambil2 review heheheh) ,dulang hantaran pulak pinjam yang Qaseh punya hari tu,cukup tuk belah lelaki dan perempuan dan Cik Sue siapkan kedua-dua belah hantaran.Puas hati.
Bunga telur pulak beli yang murah-murah je kat Mydin USJ,tapi masih cantik dan ikut trend.

untuk hantaran

Banyak lagi nanti Cik Sue update lepas majlis la ye,insya allah tercapat matlamat nak berjimat tuk majlis,selagi boleh jimat selagi tu buat je.Alhamdulillah sangat dengan sokongan kawan-kawan blogger terutama KBBA ,housemate dan family di harap majlis ni berjalan lancar.Korang doakan ye.

Perubahan fasa hidup bagi Cik Sue mudah je,selagi mana ibu bapa merestui teruskan,insya allah andai ada rintangan dan kesukaran,pasti ada jalannya.Berfikir dengan iman di hati,lapangkan dada untuk terima segala yang perlu di korbankan selepas ini,Insya allah hidup lebih tenang.Itu juga nasihat dari Abah,insya allah akan tersemat sampai bila-bila.

bisik-bisik:
Mana-mana yang membaca jika sudo jemputlah datang majlis Cik Sue,jumpa di majlis kenalkan diri,insya allah kita jalinkan ukhwah dan silaturrahim.

Doakan Cik Sue dan Mr D je.

8 singgah dan taip sket..:

Menu Selera Kampung di Bayou Coffee House,Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

5:01 PM Sue Izza 2 Comments

Kalau korang ke Cyberjaya mesti perasan kurang kedai makan atau restoran menghidangkan menu tradisi melayu kan? Yang banyak masakan Timur Tengah seperti Arab,Lubnan,Pakistan dan lain-lain.Selain tu banyak juga restoran Jepun ,Korea dan Chinese Food.

Meh nak kenalkan kafe masakan melayu yang korang tak nyesal la kalau try,kafe berkonsep katering dengan masakan melayu asli.

Bayou Coffee House,Kelab Komuiniti Taman Tasik Cyberjaya menghidangkan menu-menu masakan kampung.Bulan lepas ia menjadi penaja Bloggers Day Out Kelabbloggerbenashaari ,sempat la Cik Sue merasa masakan mereka.






Selain mengambil tempahan untuk seminar dan kursus ,mereka juga menyediakan katering perkahwinan untuk majlis-majlis di sekitar dan yang diadakan di Kelab Komuniti ini.Korang boleh booking awal-awal ye.Memang berbaloi.
Jom tengok apa yang Cik Sue makan masa BDO tu :

tapai pulut- manis yang sedang-sedang je,sedap makan sejuk2

pelbagai hidangan ala kampung
pelbagai pilihan sambal

cekodok pisang! yummyyyyyy

labu masak lemak,perghhh betul2 kampung

sayur masak lemak putih

ikan tenggiri masak sambal

ayam goreng
ikan masin bulu ayam goreng garing

sambal kering tempe


pelbagai pilihan kerabu

gulai rebung

tembikai sebagai desert




rendang daging yang sgttttttt sedap

paru goreng berempah
Ruang makan yang selesa juga menjadi tarikan untuk makan di sini,tengoklah gelagat masing-masing masa BDO tu,blogger pantang jumpa makanan biasa la tu hehehhe.

nak makan ke tak ni?

ngan makanan pun nak selfie hehhe

ruang yang luas dan selesa

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi talian di bawah atau emel je ke emel di bawah ye :

Tel : 03-8318 0008
Emel : bayoucateringcyberjaya@gmail.com


bisik-bisik:
Berbaloi kalau buat majlis perkahwinan di sini ,satu tempat dan siap pakej lagi.

2 singgah dan taip sket..:

Senyum Orang Asing

11:59 AM Sue Izza 8 Comments


Pernah tak? Jalan-jalan kat mall,pastu ada orang jalan setentang dengan korang sampai dekat nak selisih atau pun jauh lagi dia senyum,bukan senyum gatal tapi senyum macam kenal tapi tak kenal pun.Seolah sapaan " hai" tapi tak keluar suara gitu hehehe.

Cik Sue penah,Pagi tadi nak pi beli breakfast bertembung agak ramai orang,dekat 4 5 orang juga tetiba bertentang mata dan senyum,bukan lelaki je tapi perempuan juga.Nak kata ada yang tak kena ngan pakaian dia pandang muka je dan angguk.Mula-mula pelik jugak tapi masih balas senyuman,tapi bila pikir balik apa salahnya,senyumkan sedekah.

Tapikan ada satu rasa yang Cik Sue perasan bila senyum,rasa lebih yakin dan selesa berjalan di tengah ramai.Kekadang rasa macam tenang dan happy bila kita senyum ngan orang walau tak kenal,macam salam perkenalan secara tak rasmi lak,hati pun rasa senang.Sama la juga bila kita senyum kat orang,tak de la kelatttt je muka pagi-pagi kan?

Tapi jangan senyum sembarangan pulak,dok senyum kat  lelaki over-over sangat tak pasal-pasal kata kita usha dia lak,senyum lebih kat pompuan je la,kat makcik cleaner ke apa salahnya kan? senang hati dia nak buat kerja.Cik Sue suka pagi2 sampai opis tegur dan senyum kat makcik cleaner.

bisik-bisik:
Senyum itu sedekah
seindah suria yang membawa cahya
senyumlah dari hati dunia mu berseri
eh ternyanyi pulakkkk hehehhee

8 singgah dan taip sket..:

Bloggers Day Out Kelab Blogger Ben Ashaari di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

4:55 PM Sue Izza 0 Comments

Alhamdulillahhhh dengan izinNya berlangsung sudah Bloggers Day Out Sabtu lepas,dan semuanya berjalan lancar,hampir sebulan perancangan,perbincangan dan persiapan.Bukanlah event yang besar mana tapi bagi kami Kelab Blogger Ben Ashaari ini event yang memperkukuhkan silaturrahim,mengeratkan ukhuwah sesama kami.

Di mulakan dengan perancangan dari Yanty dan pihak marketing Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,akhirnya ia menjadi nyata tuk kumpulkan blogger-blogger yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama di sini.Alhamdulillah juga Ajk yang bertugas memberi kerjasama yang sangat bagus untuk menjayakan event ini.


Pagi itu Cik Sue bertugas menjaga meja pendaftaran di bantu oleh Uzu,Yaya,Kyle dan Mr D.Check nama,bagi goodies bag dan baju Bloggers Day Out.Alhamdulillah kehadiran hampir 90% .


sengih lebar heheheheh

tq Mr D sangat supportive minat ai heheheh...
Acara kemudiaan di mulakan dengan sesi warm up oleh Fatin Bella,walau ramai malu-malu pada mulanya tuk berearobik,tapi bila lagi makin rancak suma naik seh hahaha.Kemudian kami di beri taklimat oleh pihak Kelab Komuniti berkenaan fasiliti di tempat ini,dan taklimat oleh wakil KBBA iaitu Lan Careno.

ewahhhh....

joget kak joget hahahhaa
Selesai sesi pembukaan bermulalah acara sukan yang pertama,permainan orang kaya katanya,masing-masing ramai yang first time pegang kayu golf.Dan peraturan golf BDO ni memang unik,sekali sorang je boleh pukul dan sesiapa yang bola golf menghampiri bendera yang di pacak sahaja di kira markahnya.Gamat bila ada yang 5 pusingan pukul tapi masih pukul angin,bola tetap di situ nasib baik bukan kayu golf yang terbang.heheheeh.Bukan senang rupanya,tengok orang pukul macam senang je kan.

fuhhhhh penuh gaya hahahha

tu diaaaaa abah jeni heheheh...

sebelum acara bermula ,staf Kelab Komuniti buat demo dulu,kang
terketuk plak kepala orang
Selesai acara golf,beralih pula ke acara badminton.Bukan badminton biasa tau,peraturan yang unik bila pemain beregu 6 orang 1 pasukan tapi hanya 1 raket di gunakan.Di sinilah kita nak lihat
kerjasama antara blogger ,persefahaman dan keserasian.Bagaimana mengatur strategi,semua pemain perlu berperanan.Macam-macam gelagat dapat lihat,mula-mula semua membantah sebab pening tapi bila masing-masing dah kumpul strategi terus jadi menarik.


komplot apa ni aiyokkkkk....

kemain pengadil dan tukang terangkan pun hahhaha

kecoh jadinya 

masing-masing nak menang
Selesai acara badminton ,kami ke lapangan Go Kart pula.Ramai juga first time merasa main go kart ni dan ramai juga yang nak repeat kononnya dah seronok kan,tak puas katanya sebab sekejap je.

masing2 excited

seronok!

taklimat dari staf go kart
Memang best tapi Cik Sue tak berani lagi nak try,jaga diri,biasa la banyak kecederaan.Tapi lapangan Go Kart ni memang best sapa nak try bolehlah datang ke sini.Tengok diorang ni,panas terik pun dah tak peduli,seronok sangat katanya .Mr D pun 2 round dia belasah.

Selesai Go Kart kami di jemput menjamu selera ala menu kampung ,iaitu makan tengahari di kafe Bayou Coffe House.Selesa sangat tempatnya,selalu jadi tempat orang buat majlis kenduri kawin,seminar dan kursus.Dan yang pasti makanannya memang terbaikkkkkk.Nanti Cik Sue review lain ye.


ruang makan yang selesa ,cantik dan bersih.

Mrnu ala kampung,sangat menyelerakan.
Habis sesi rehat,makan tengahari dan solat,aktiviti di teruskan dengan game yang sangat lasak dan ganas katanya.Yeeee paintball,yang di di monopoli bapak-bapak dan baang-abang sado plak,mak-mak dan anak dara ayu tukang sorak je.Sebenarnya dah 3 4 kali Cik Sue datang sini sebelum ni,banyak kali gak geng blogger main paintball kat sini.Memang best tempat dia dan harga pun berpatutan.

sebelum game kena dengar taklimat dulu dari staf
keselamatan itu penting

masing-masing dah bersedia nak berperang


tu diaaaa cam combat dah heheheh
aksi masing-masing
Alhamdulillahhhh,event berjalan lancar ,masing-masing memang seronok.Event di akhiri dengan majlis penutup ,cabutan bettuah,ucapan founder Kbba dan pemberian cenderamata kepada semua peserta.Dannnnnnn boleh pulak Mr D dapat cabutan bertuah,ai is jelesssss hahhah.


sesi cabutan bertuah

amik no cabutan bertuah

kami,semoga ukhwah ini berkekalan.Jangan benci2,jangan dengki2.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Sedikit tentang kelab ini :
Satu kompleks sukan yang menyediakan fasiliti yang pelbagai,sesuai untuk riadah bersama keluarga atau kawan-kawan.Menyediakan Gym,Kolam Renang,Court Futsal,Badminton,Bola Tampar,Go Kart,Paintball,Dewan untuk sebarang majlis,Kafe yang menyajikan makanan yang sedap serta kemudahan asas lain seperti Surau,Bilik Mandi dan tandas yang selesa.

Alhamdulillah ,dengan kerjasama Kelab ini,event kami berlangsung dengan jayanya.Insya Allah akan ada lagi aktiviti yang akan diadakan nanti.Bagi mendapatkan keterangan lanjut anda boleh dapatkan info di link ini KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA

Sekalung terima kasih yang tak terhingga kepada penganjur kami :



 Bayou Coffee House :

Call no ni 03-8318 0008 atau
emel ke bayoucateringcyberjaya@gmail.com


Terima kasih juga kepada semua team AJK Event dan semua blogger yang sudi hadir memeriahkan,Insya Allah kita berkumpul lagi nanti,semoga persahabatan kita dan silaturrahim ini di berkati Allah.

Sayang korang semua

0 singgah dan taip sket..: