Iftar amal Perdana Aman Palestin

10:00 AM Sue Izza 0 Comments

Alhamdulillah ,Sabtu lepas Cik Sue berpeluang mewakili Kelabbloggerbenashaari ke Majlis Iftar Perdana anjuran Aman Palestin sebagai rakan media rasmi Aman Palestin.Peluang ini amat bermakna bagi Cik Sue untuk melihat lebih dekat apa peranan Aman Palestin dan kerja-kerja yang mereka lakukan.


sempat di temurmah oleh wartawan Astro Awani

Cik Sue dan rakan-rakan yang lain hadir sebelum majlis berbuka puasa lagi,kami menggunakan masa menunggu waktu berbuka untuk melihat pameran foto kesengsaraan umat Islam di Palestin di ruang legar yang di sediakan.Sangat menginsafkan dan hampir mengalir air mata.

sebelum berbuka puasa

bersama beeha ,wartawan Awani

suami menemani,tq dear

urusetia
Majlis di mulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran daripada imam yang di bawa dari Palestin,sangat syahdu bacaannya.Kemudian kami berbuka puasa sambil di hiburkan dengan lagu-lagu serta selawat dari Opick dan kumpulan nasyid jemputan.

pameran foto

antara yang hadir
Selain penerangan dari Duta Aman Palestin iaitu selebriti FarahDiba,terdapat juga acara lelongan barangan untuk derma ke tabung Aman Palestin.Barang-barang seperti serpihan Majid Qibli,Mafla,Baju dan Cenderamata dari Palestin.

di hibukan oleh Opick

Alhamdulillah kutipan malam itu sangat memberangsangkan,dan majlis ini membuka mata kami untuk lebih membantu kerja-kerja amal yang di anjurkan Aman Palestin.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh ke facebook AMAN PALESTIN

0 singgah dan taip sket..:

My Wedding : Pelamin DIY

1:12 PM Sue Izza 15 Comments

Alhamdulillah majlis perkahwinan Cik Sue berjalan lancar,hampir 3 minggu lepas.Dan syukur juga segalanya berjalan seperti di atur walau ada kecacatan sedikit sebanyak namun masih boleh di baiki.Terima kasih banyak kawan-kawan yang sudi membantu serta saudara -mara dan adik beradik.

Cik Sue memang puas hati sebab segalanya di uruskan sendiri,ai la pengantin,ai la wedding planner.Dari hantaran,inai sampai baju pelamin,menu kenduri semua sendiri tentukan.Syukur sebelum ni banyak uruskan majlis sepupu,adik,kakak dan kawan-kawan,jadi dah ada pengalaman sikit-sikit di samping nak berjimat seboleh mungkin.Tapi yang lain tu nanti Cik Sue cerita di lain entry ye,kali ni nak cerita hal pelamin dulu.

Apa yang cik sue tahu masa nak tentukan pelamin ni ada beberapa perkara atau guide untuk kita pilih,antaranya :

1. Pelamin  yang macam mana? - untuk pelamin sanding saiz besar atau mini pelamin,majlis di rumah atau dewan,sebab nak kena pikir saiz serta kesesuaiannya.Macam Cik Sue pelamin hanya untuk bergambar kenangan dan di rumah sahaja so dah plan nak buat mini pelamin je.

2. Kos -Berapa bajet korang? itu menentukan jugak design dan bentuk pelamin macam mana ye.

3. Di mana nak pasang? - indoor atau oitdoor

4. Design dan prop-yang ni boleh tengok kat kedai la contoh-contohnya.

Ok,pelamin Cik Sue untuk sebelah lelaki pun cik sue dan Mr D yang buat sendiri,kami hanya sewa barang je dari kedai Your Diy Project yang terletak di Lake Field ,Sg,Besi Cik Sue mulanya google sewa barang diy pelamin,pastu dapat la kedai ni.Kita pilih barang ,pastu pi kedai tengok dan bayar deposit,kena awal tau,sekurangnya 2 or 3 minggu sebelum majlis.

Tiada penghantaran barang ,kena amik sendiri dan hantar sendiri.Cik Sue ngan Mr D angkut pakai persona je,Alhamdulillah muat,kena pandai-pandai susun la.

Antara yang Cik Sue sewa :

Cik Sue amik pakej pelamin asas ,korang boleh tengok kat sini ye klik  

besi jet untuk background

platform pentas,cik sue amik 4

bunga pelamin,boleh pilih warna dan diorang gubahkan siap2

walkaway flower,boleh pilih warna

kain background,boleh pilih
Ada lagi yang tak de gambar,seperti bunga jurai,spotlight,kain lapik baldu,kerusi,kalau nampak dalam gambar di bawah,bunga besar yang gantung warna biru ngan bunga kecik-kecik tu je Cik Sue beli dalam RM30.Jom tengok hasilnya,ni kitaorg deco sendiri.



di hari kejadian



ni signboard kedainya.

Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan melalui detail di bawah ye :

Your Diy Project
No 6-1,Jalan Tasik Utama 7,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi

Tel : 03-90543169






Alang-alang dah cerita pasal pelamin ni kan,cite gak la pelamin belah pompuan ,kenduri umah Cik Sue la,ok yang ini tak sewa ,totally sendiri,barang yang ada sendiri,gigih buat sendiri,Barang-barang sebenarnya recycle yang adik-adik dan sepupu-sepupu sebelum ni,barang yang sama tapi ubah design.Alhamdulillah ok je.Jimat.Pakai je apa yang ada.

hasilnya,kalau nak tau 3 minggu sebelum majlis dah siap,heheh kebetulan cuti terus buat.


hari kejadian

Itulah cerita pelamin di hari perkahwinanku cewahhhh...hehehhe
Alhamdulillah kos yang belah lelaki yang sewa tu tak sampai rm400 pun,dan yang belah perempuan zero kos sebab recycle dari kain,backdrop,bunga dan segala semua recycle heheheh.

Sapa-sapa yang nak buat majlis tu,kalau rasa tak perlu takpayah la buat gah-gah sangat ,kekadang less is better,buat simple-simple pun dah cantik ,dalam gambar pun cantik juga.Yang penting pandai sesuaikan warna dan design tak yah la sarat-sarat sangat,Tapiiiiiiiiiiiiiii kalau banyak duit dan modal ok je nak buat pelamin grand-grand pun.Macam Cik Sue ni tak sanding,pelamin hanya tuk amik gambar je.


15 singgah dan taip sket..:

MYRYL Workshop : Warnakan Hidup Anda

1:26 PM Sue Izza 0 Comments

Pada 13 Jun lepas Cik Sue sempat hadirkan diri ke Workshop MYRYL di Hotel Bangi-Putrajaya.Apa itu MYRYL,ia singkatan untuk "Master Yourself Revamp Your Life" ( www.myryl.net ) antara syarikat pertama di Malaysia yang tawarkan kursus dalam khidmat pembangunan personaliti melalui terapi warna.So mana-mana korang yang rasa selalu moody,malas nak kerja,rasa monyokkk tak bersemangat tu memang sesuai la.


Sesi workshop ni memang best,macam-macam ilmu dapat terutama untuk personaliti dan keyakinan diri dan membina kerjaya.Memang sesuai la ngan Cik Sue yang cuti lama dan nak masuk kerja.Oh ya ! kursus ni juga sesuai untuk korang yang bercadang nak bertukar kerjaya,contohnya kerja pejabat ke berniaga,dari peguam nak jadi fasilitator macam pengasas MYRYL ni ,Shuhada Alauddin.

penceramah aka pengasas MYRYL Shuhada Alauddin
Kursus ni memang banyak manfaat,Cik Sue dapat pendedahan tentang kegunaan warna dan nombor dalam kehidupan.Tapi jangan salah faham tau ini bukan tilik nasib,kaitan warna dan nombor dalam kehidupan ada dalam kitab tasawuf,carilah.

sesi penerangan

Selain penerangan dan teori ,demo dan diagnosis juga di jalankan dengan tunjuk ajar dari mereka,jadi 80% tepat dengan Cik Sue.Lebih mudah faham.

demo diagnosis warna

praktikal

sesi kursus kami
Antara yang Cik Sue dapat adalah bagaimana dengan warna boleh mempengaruhi kerjaya dan personaliti kita.Setiap orang ada warna dalaman dan luaran yang boleh di kembangkan untuk mempengaruhi personaliti.Dan pemakaian warna yang sesuai dengan situasi dan kerjaya boleh mempengaruhi hari kita tau.

antara penerangan yang di beri.
Memang best tau kursus ni,selain warna dan nombor,kami juga di ajar bagaimana menangani tekanan dalam hidup.Ye lah kita hari ni banyak tertekan dan stress dengan kehidupan,keluarga ,kerja masalah harian.Memang bermanfaat,tak rugi join.Selain tu kami di bekalkan DVD Warna dan Kerjaya,nanti Cik Sue update ye bila dah tengok dan study nanti.

pengasas MYRYL dan pengasas Kelabbloggerbenashaari hehehe
Untuk maklumat lanjut korang boleh ke web MYRYL atau FACEBOOK atau YOUTUBE

atau korang boleh emel ke ask.us@myrylpoint.net atau madhir@myrylpoint.net (019-9390135)


bisik-bisik:
try la layari link2 yang Cik Sue bagi tu,banyak manfaat,seronok


0 singgah dan taip sket..:

Resepi : Ikan Percik Putih Mudah dan Cepat

11:55 AM Sue Izza 5 Comments

Dah lama nak buat iakn percik putih  ni,ikan percik versi klate,nak bagi Mr D try.Kebetulan semalam balik berbuka kat rumah dah lewat so buat tuk sahur je.Siap sms ma tuk konpemkan bahan takut-takut terlupa heheh...

Ni Cik Sue buat cara yang paling mudah ,cepat dan simple tapi masih kekalkan rasa kuah perciknya.Buat pun dengan bahan apa yang ada je.Sesuaikan dengan keadaan .Kalau kat kampung dari kecik kalau bulan puasa memang ma akan buat,siap panggang ikan dan curahkan kuah atas pemanggang,rasa yang original asap kayu apai ,perghhhh.


Ehhh dah-dah ada batal puasa kang,Jom tengok resepi ala Cik Sue ye...

Bahan :

-Ikan kembung atau ikut suka korang la 2 ekor
bakar atau goreng garing,terpulang nak buh garam atau tawar
yang Cik Sue buat goreng garing buh garam dan kunyit sebab tak de pemanggang ikan.Tak pe kita buat dia ngeee,kalau ada pemanggang sila bakar lagi sedap.

-santan pekat 1 kotak kecil
-serai 2 batang
-4 ulas bawang merah tumbuk halus
-3 ulas bawang putih tumbuk halus
-2 sudu tepung jagung
-garam dan gula

Cara : 

-Ikan tadi dah goreng atau panggang ketepikan dulu
-panaskan kuali,masukkan santan,masukkan bawang tumbuk dan serai.
-dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung
-kacau dengan api perlahan sampai pekat masukkan garam dan gula.
-boleh masukkan ikan dalam kuah dan balik-balik kan ikan atau kalau panggang curahkan kuah atas pemanggang ikan tu tapi latas kuali la kang habis la kotor dapur hehehee...


Senangkan,simple je...mesti bolehnya buat.Alhamdulillah Mr D suka dan boleh telan.Nanti buat versi kuah merah pulak.

bisik-bisik:
Pelik betul la Cik Sue masa bujang suka try macam-macam menu,dah kawin ni blur plak nak masak apa heheheh..



5 singgah dan taip sket..:

Citarasa Thai Asli di Cafe 9,Petaling Jaya.

1:12 AM Sue Izza 1 Comments

Masyarakat Malaysia hari ini sudah sinonim dengan makanan ala Thai,mungkin kerana kita berjiran jadi boleh menerima rasa yang sama.Salah satu kedai yang menyediakan hidangan dengan rasa ala Thai asli adalah di Cafe 9 di Petaling Jaya.Sebelum bercuti panjang yang lepas,Cik Sue dan kawan-kawan sempat menjamu selera di sini.

kami
Jom kita lihat apa menu yang ada :



Dancing Fish:
Saiz kecil untuk 4 orang – RM44.90
Saiz besar untuk 6-8 orang – RM49.90
Di goreng garing dan di hidangkan dengan cili potong dan bawang,di potong dalam saiz 
kecil untuk memudahkan pelanggan,bagi Cik Sue yang memang suka ikan ni memang sedap,garing.isi masak empurna.



 Green Curry Chicken – RM18.90
Awal-awal nampak macam masak lemak tapi bila di cuba
ada beza dan lemaknya memang ngam ,sedap kuahnya,cukup rasa.



 Massaman Curry Chicken – RM18.90
Masak kari dengan kuah kari yang pekat dah macam sambal pulak,
tapi memang sedap rasanya sempurna,lemak pedas-pedas sikit.



 New Zealand Oxtail Soup – RM25.90
Okeh,yang ini berbaloi untuk di cuba,tak rugi,memang sedap.




Pla Nueng Manow (Ikan Stim Limau)
Ikan yang di stim limau memang cukup rasa saiz ikan yang cukup tuk semua
orang,kuah dia memang sedap.rasa nak mintak resepi je hehhhee
- saiz kecil: RM45.90
-saiz besar: RM49.90



. Stir Fry mixed Vegetables – RM14.90
Sayur goreng yang tak terlalu masak,rangup dan sedap


Stir Fry Squid Sam Rod Served with Thau Sweet and Spicy Sauce Style – RM23.90 
Sotong goreng dengan sos istimewa,sos nya memang sedap,Cik Sue rekemen


Thai Otak Otak (Hor Mok) – RM23.90
Okey yang ini unik ,kat dalamnya ada seafood yang di buat ala otak-otak kita
tapi udang dan kelapanya sangat fresh,sedappp...


       Beef Stir Fry – RM22.90
masak black pepper ala thai,cik sue sukaaa



Thai Pomelo Salad – RM20.90
Salad ala thai,ada udang dan sotong,serius sedap


Thai Prawn Cakes (House Special) – RM18.90
Ini adalah signature dish cafe ni,serius sedap,ranggup
sos juga sedap.


Thai Style Fried Chicken Wings – RM16.90



  Tom Yup Sup (Boleh pilih kuah merah atau putih)
Udang sahaja         : RM25.90 (R), RM45.90 (L)
Seafood               : RM25.90 (R), RM45.90 (L)

Thumbs up,wajib cuba


apple mint




Lemongrass tea

Amacam tergoda tak? makanannya memang 100% rasa thai asli,memang di kekalkan resepi asal.Korang boleh datang dan cuba k,nanti Cik Sue nak ajak Mr D repeat la,teringat plak tomyum dia.yummyyy....


Alamat :
No 27, Jalan 17/45, 46400 Petaling Jaya, Selangor

·         Waktu Operasi :
Wed - Sun: 11:00am - 10:00pm (Tutup hari Selasa)
·         Facebook  
          https://www.facebook.com/Cafe9thai

·         Food Ink 
https://www.foodink.com.my/listing/cafe9/

1 singgah dan taip sket..:

1 Ramadhan 1436 Hijrah : Puasa sebagai isteri orang

5:03 PM Sue Izza 3 Comments



Assalamualaikum semua,Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan ye.Alhamdulillah kali ni dengan status baru sebagai isteri Mr D,tugas bertambah tapi masih boleh handle hehehe,dah biasa pun ,tak banyak beza ngan zaman bujang,cuma sekarang berdua,tak boleh nak pikir tekak sendiri,kalau ngan housemate lain ngeee.

Malam tadi dah start terawih tapi sayang,elok dah sampai surau,sampai abis 2 rakaat terawih Cik Sue masih belum boleh masuk surau dan solat.Sangatlah penuh orang hari pertamakan,abis doa rakaat kedua terawih masih tiada ruang,dengan 5 6 orang mak cik kami pun jalan la balik rumah masing-masing,jenguk2 belah lelaki nak bagitau Mr D,tapi dah ke dalam pulak dia.

Balik solat Isyak je kat rumah,then terus ke dapur,capai kuali periuk sambil masukkan kain dalam mesin basuh.Alhamdulillah juadah sahur hari pertama biasa-biasa je,konon-konon nak masakkan Mr D pajeri nenas ,sekali dah kupas ,masak sangat la pulak dah lembik,tak pe lah makan gitu je la jawabnya.So selongkar peti ais buat menu baru.Ayam masak kicap dengan sayur campur goreng berudang je.Syukur Mr D tak cerewet ,apa hidang semua sental,syukur sangat.

lauk sahur
Dannnn terima kasih jugak yang memberi hadiah kawin set periuk dan kuali ni,memang berguna.Dah rasmi di 1 Ramadhan tau semoga pahala Allah untuk anda jua,tuan dia mesti tau hehehhe.

Insya Allah ,berbuka nanti pun kalau boleh nak buat ala kadar je kalau sempat masak la,kalau tak beli lauk masak nasi je,senang.ataupun makan je apa yang ada.

p/s :
Semoga Ramadhan kali ini menggandakan pahala pada Cik Sue dan keberkatannya sedikit sebanyak melimpahkan nur dalam rumahtangga kami
~masih belajar menyesuaikan diri~


3 singgah dan taip sket..:

Hadiah perkahwinan yang unik

11:35 AM Sue Izza 23 Comments


Alhamdulillah majlis di kedua-dua belah pihak berjalan lancar dan selesai dengan baik,walau penat sedikit.Dan tak kurang himpunan hadiah perkahwinan dari rakan-rakan,saudara-mara,bos dan adik beradik.Tq so much korang,sangat hargai sebab kebanyakannya bagi keperluan untuk masuk rumah baru.Antaranya barang-barang elektrik,kain,cadar,set blanket,hiasan rumah dan pinggan mangkuk semestinya.

Tapiiiiiiii kami dapat satu hadiah yang unik hhahaha..dalam dok bukak hadiah tu perasan jugak tak de dapat seterika,so masa kenduri umah Mr D teruja bila buka pembalut nampak kotak seterika yang berat 2kg,dalam hati mesti jenama yang elok ni.
haaaaaa panasonic lagi

Tapiiiii bila buka nak tengok kat dalam,tu diaaaaaaa......kena prank oiiii....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hambikkkkk ko hahahhahaha

3 biji mangga yang beratnya lebih 2 kilo,tu dia...puas belek cari kad memang tak de kad atau nama,alih-alih Mr D dapat call dari Bapa Saudara dia di Bahau yang kami panggil Paman Solehin.Jawab call je terus gelak besar,hahahhaa....

Simboliknya Mangga ni,masa muda atau putik masih masam-masam,bila dah masak ranum manis dan segar rasanya itulah di umpamakan perkahwinan dan rumahtangga.

Terima kasih Paman,sangat bermakna. :)

bisik-bisik:
Tapi mangganya masih keras lagi jadi peramkan dulu,nanti baru makan hehehehe...


23 singgah dan taip sket..:

Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap di Bangi Golf Resort 2015

9:30 AM Sue Izza 2 Comments


Alhamdulillah esok lusa kita dah nak menyambut Ramadhan,pastinya ramai yang dah buat persiapan kan? mak-mak yang nak sediakan hidangan terbaik tuk keluarga,yang bujang dengan cara tersendiri kan? Tak kurang juga yang meninjau buffet-buffet Ramadhan yang menyelerakan.

Jom Cik Sue cadangkan kepada yang tinggal sekitar Bangi,Kajang,Putrajaya ke Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015.Seperti tahun-tahun lepas ia tidak mengecewakan pengunjung.Bermula 21 Jun - 15 Julai 2015 menawarkan hampir 200 pilihan makanan yang di sediakan oleh chef-chef berbakat.Dengan harga RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak,Cik Sue rasa ia sangat berbaloi dan murah berbanding tempat lain.


antara hidangan starter food yang di hidangkan

pilihan kerabu

rendang daging

ayam masak pedas

bahan mee jawa

lemang dan rendang

daging masak ros


Hidangan buffet yang di hidangkan termasuklah sajian popular melayu seperti kerabu ,masakan ayam,sate,rendang,lemang dan lain-lain.Terdapat juga hidanga barat dan masakan Timur yang di gemari ramai.Dan pastinya yang di cari pelanggan adalah kambing panggangnya,di panggang atas bara api serta hidangan sup kambing mamak yang lazat.

Hidangan sate pula di hidangkan dengan nasi impit dan kuah kacang yang di buat sendiri di dapur BGR.Di bahagian western pula terdapat Krim Ayam Salai dengan bawang panggang dan hidangan unik Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma iaitu telur separuh masak bersama sos istemewa.Terdapat juga aneka spageti dan pasta.

ayam celup tepung

butter prawn


kambing panggang


sup kambing mamak


Apa yang menarik perhatian Cik Sue BGR masih mengekalkan dapur terbuka dan makanan di tambah setiap kali bekas kosong untuk memastikan semua orang merasa hidangan tersebut.Memang terbaik.Tetamu juga di hiburkan dengan muzik melayu tradisional yang menenangkan telinga ketika makan.Bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari ,kemudahan tempat letak kereta dan surau sangat memuaskan.

ruang makan yang selesa

inilah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

berbagai desert yang di hidangkan tiramisu tu sedap gilerrrrr


Untuk yang berminat cepat-cepat hubungi Bangi Golf Resort untuk tempahan,sangat berbaloi harga yang murah makanan sedap dan tempat yang sangat selesa.


Bangi Golf Resort Restaurant Sdn  Bhd

Alamat :
No 1,Persiaran Bandar,Bandar Baru Bangi,
43650 ,Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : 03-89253728/03-82100265

Laman web : www.bgrrest.com

Facebook : www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email : bgb.bangigolf@gmail.com

bisik-bisik:
Satu-satunya tempat atau buffet ramadhan yang Cik Sue rekemenkan,puas hati.

2 singgah dan taip sket..: