Resepi : Ayam Kicap Black Pepper Mudah

3:30 PM Sue Izza 8 Comments

Resepi simple masakkan tuk mak bapak mertua masa raya ke 4 hari tu,kebetulan diorang datang tidur kat rumah.Pergi kedai nak cari lauk dan sayur lain tapi banyak kedai masih tutup,jadi selongkar peti ais dan masak je la apa yang ada.

Resepi mudah dan bahan yang senang ,tapi masih sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Bahan :

Ayam -sebelah lebih kurang 500gm
kicap manis 3 sudu
stok ayam atau kiub ayam-1
bawang merah 3 ulas,
bawang putih - 2 ulas
bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis
sos lada hitam 3 sudu
sos cili 2 sudu
air setengah cawan
cendawan butang-dihiris nipis dalam segenggam
garam gula secukup rasa

Cara:
-bersihkan ayam dan goreng separuh masak
-tumbuk bawang dan tumiskan dengan rempah kulit kayu manis,pelaga dan cengkih
-masukkan semua sos dan kicap
-masukkan air dan kiub ayam
-biar mendidih sekejap,masukkan ayam dan cendawan
-biar mendidih,kalau nak kuah banyak tambah la air
-masukkan bahan perasa,
-siappppp

Senangkan? sambil-sambil lepak kat dapur pun boleh buat heheheh...sedap makan panas-panas ngan nasi tambah lak sambal belacan dan ulam,perghhhh.





bisik-bisik:
Alhamdulillahhh mak mertua kata lulus heheheh....
simple-simple bolehla huuhuu...

8 singgah dan taip sket..:

Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015 : Dunia Baru

2:17 PM Sue Izza 5 Comments

Alhamdulillahhh ,rasanya belum terlambat tuk Cik Sue ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan laku sepanjang kita kenal,samada di alam maya atau realiti.Kita manusia yang takkan lari dari kesilapan,dan kemaafan itu tiada noktahnya,kan?

Phewww,baru dapat bernafas sikit tuk  cerita raya tahun ni.Punya la susah nak cari mood nak bukak blog,penangan cuti lama sangat kan ,sapa suruh? heee...Takpelah tetap juga nak mencoretkan sedikit cerita buat kenangan.

Banyak beza beraya bujang dan selepas menjadi seorang isteri ni,terutama giliran balik raya.Tapi Alhamdulillah kami tak yah nak gaduh balik raya ke apa,sebab bukan jauh mana pun,yang penting perancangan.Rancang cuti dan perjalanan.

kemain jadi copilot huh..
Kami memang sepakat amik cuti seminggu awal sebelum raya,Isnin sebelum raya kami dah balik Pahang.Alhamdulillah perjalanan lancar,dan Cik Sue yang drive sebab Mr D ngantuk.Memandangkan bulan puasa kami tak balik langsung berpuasa ngan ma abah kat Pahang tu yang balik seminggu sebelum raya,sempat berpuasa dengan diorang.Kami sampai dah lepas isyak,berbuka tepi jalan je,siap tapau Domino.

Sempat la seminggu dok berpuasa kat Pahang ,tolong ma abah buat persiapan raya,bawa diorang keluar beli barang dapur dan rumah.Cik Sue pun tetiba rajin tahun ni siap buat popia nestum ngan cornflakes madu.Kebetulan adik ipar baru pun ada balik,siap buat kek sama-sama.

bawa family beli barang
tu diaaa memborong
Malam raya-selepas pengumuman raya,Cik Sue ngan Mr D dah siap-siap.Lepas salam raya dan bermaafan ngan ma abah dan adik-adik ,kami bertolak balik ke Kuang.Adilkan? dua-dua belah sempat raya,ok la tu,nanti balik lagi,raya kan sebulan.Malam raya balik umah family husband lak,Alhamdulillah perjalanan lancar,walau mulut tak henti mengucap panjang bila ada yang memotong tak tengok kereta datang di line sebelah.Laluan ke Kuala Lumpur memang lancar la,kami lawan arus,yang nak balik ke Pantai Timur memang tak bergerak.Sampai Raub nampak pulut gerai durian tepi jalan,Mr D yang memang teringin terus ajak singgah,nasib baik belum tutup,sambil layan kereta berduyun ke pantai timur kami dok layan durian di amlam raya di tepi jalan herhehehe.

muka puas hati dapat durian hehehe
Kira-kira jam 1,30pagi kami sampai di Kuang,Alhamdulillah tak penat sangat.

Kali pertama hari raya pertama di rumah yang masih asing bagi Cik Sue,tapi syukur ada keluarga mertua yang menerima seadanya,mak dan bapak yang sangat baik melayan menantu baru dia ni menantu bongsu kan heheh.Kakak ipar dan abang-abang ipar serta family diorang pun sangat baik.Yang bestnya raya rumah mertua ni,tetamu memang tak putus,sampai tak sempat nak jalan raya,kejap-kejap buat air,kejap-kejap topup kuih ,memang meriah,sedara-mara ramai.Dah lama Cik Sue tak rasa tetamu penuh rumah cam ni,dulu-dulu zaman abah dok kuarter memang gini la suasana,kekadang sampai 20 kereta serentak yang datang tapi sejak abah dah pencen dan kami pindah dok rumah kampung ,raya tak ramai kawan-kawan datang,hanya saudara-mara je,tu pun tak semestinya raya pertama,ada yang datang seminggu lepas raya,so tak penat sangat.

Rumah mertua memang meriah sampai raya ke 2 dan ke 3 masih ada kumpulan tetamu yang berkunjung.Alhamdulillah memandangkan kami melangsungkan perkahwinan sebelum puasa,Hari Raya ni jadi medan mengenal saudara-mara.Jadi glamer la Cik Sue sebagai pengantin baru dan menantu baru yang bongsu ni ehheheh,sambil beraya sambil collect hadiah kawin mana-mana yang datang masih bawa hadiah tuk kami,terima kasihhhhhh banyak-banyak .

baju nikah buat baju raya hehehhe

bersama mertua

anak buah paling kecik,semua dah balik baru nak kawan ngan mak su ye.

Raya ke 3(Ahad) dah balik umah sendiri,Isnin Mr D dah keje.Mak ngan bapak mertua datang rumah,sib baik Cik Sue isnin selasa belum kerja boleh bawa diorang jalan-jalan raya.

Raya pertama sebagai isteri,tak de yang ketara sangat perubahan,cuma dah ada 2 keluarga,Kena jaga hati 2 keluarga besar,tapi seronok dapat kenal ramai orang dan macam-macam orang,dapat abang dan kakak baru.Persiapan raya tak berapa sebab pakaian pakai baju nikah je,tuk adik,orang tua ,anak saudara bagi duit je,tak sempat nak beli,kekangan masa.Kena pulak Cik Sue dan Mr D baru pindah rumah,sepanjang puasa tu sibuk mengemas je.

Inilah cerita raya Cik Sue yang biasa-biasa je,korang?

bisik-bisik:
Syukur Ya Allah,terima kasih atas kurniaan yang tak terjangka secepat ini,sesungguhnya Kau tahu apa yang ku perlu bukan apa yang ku mahu.Alhamdulillahhh...





5 singgah dan taip sket..:

Oppo R7 Series Baru Yang Memikat

1:41 AM Sue Izza 7 Comments

Pada 7 Julai 2015,bertempat di Shangrila Hotel,Cik Sue dan rakan-rakan Kelabbloggerbenashaari di beri peluang menyaksikan pelancaran gilang gemilang produk terbaru Oppo iaitu Oppo R7 Series.Sememangnya pelancaran yang memukau semua yang hadir.Malah produk terbaru ini memang memukau,rasa bertuah pulak menjadi antara yang pertama memegang dan menyaksikan produk ini.

kelabbloggerbenashaari

antara yang awal
Cik Sue tak reti la kan nak cerita pasal spesifikasi bagai tu,tapi memang tertarik la juga dengan telefon pintar terbaru ni,tambah-tambah fungsi caj baterinya yang laju.Katanya caj 5 minit pun dah boleh berbual buat panggilan 2 jam,dengan teknologi VOOC Flash Charging Systemnya.Terujakan.

perbandingan saiz dengan sony experia z3

OPPO R7 LITE (RM1,298)


OPPO R7 PLUS (RM1,998)


Satu lagi yang Cik Sue berkenan dan memang usha dari awal mestilah kameranya,memang menarik.Kamera depan pun dah 8MP,bestkan.Dengan penggunaan dual drive hybrid focus system iaitu Contrast Detection AutoFocus ( AF ) dan Phase Detection Auto Focus ( PDAF )  imej dan kepantasan fokus lebih stabil.Jadi tengah bergerak pun gambar tetap cantik.
Dan kemasan Oppo ni juga dari bahan metal jadi nampak lebih ekslusif dan ada kelas tersendiri.skrin 16M Amoled memang menarik la sesapa tengok.Kalau korang nak tengok fungsi dan perinciannya bolehlah ke  www.oppo.com/my atau di Facebook ,OPPO Malaysia .

7 singgah dan taip sket..:

Jom Shopping dengan Zul Ariffin

12:28 PM Sue Izza 21 Comments


Musim raya hadir lagi,pastinya kita sibuk membuat persiapan bukan sahaja diri malah kelengkapan rumah juga.Terutama mak-mak pastinya teringin dapatkan microwave atau oven baru untuk membuat kuih-muih kan? Bapak-bapak pula nak ganti kipas ruang tamu tuk keselesaan tetamu.Ada pulak nak tukar peti ais besar sikit untuk keperluan yang makin bertambah.

Nak pilih kelengkapan rumah dengan harga dan promosi terbaik? Meh Cik Sue cadangkan korang pi tengok kat Senheng.Sempena Aidilfitri 2015 ni,SenHeng menawarkan banyak kelebihan bila membeli dengan mereka.

Antaranya dengan pembelian dengan Aeon Credit Services korang akan menikmati kadar faedah serendah 0.5% sebulan serta 0% kadar faedah untuk pembelian dengan kad kredit,menarikkan? Ini antara yang terendah buat masa kini,Cik Sue sekarang tengah cari peti ais,maklumlah peti ais Mr D zaman bujang ni dah nazak.Kalau korang guna service Aeon Credit kadar faedah ni sangat berbaloi dah nak bandingkan dengan yang lain.0% kadar faedah tuk kad kredit,untung tuuu…
Dengan promosi istimewa ni korang boleh jimat hampir RM2700 dengan setiap produk bila membeli di Senheng atau SenQ.Cepat-cepat tau,promosi ni sampai 31 julai 2015 ni je.

Bukan itu sahaja korang akan nikmati “Gift Card” dengan rebat sehingga rm200 dengan pembelian di SenHeng tertakluk kepada syarat,.SenHeng juga menawarkan Baucer RM100 untuk “eZen Birdnest”.




Cik Sue sebenarnya suka juga ke SenHeng sebab pilihan  barang-barangnya banyak dan berkualiti,yang penting original kan.Kekadang kalau tak beli barang pun suka masuk SenHeng tengok model-model terkini.Warranty atau jaminan yang di tawarkan pun bagus,dan yang paling Cik Sue suka perkhidmatan selepas jualan atau after sale services,setakat ni pernah beli barang kat SenHeng kalua ada apa-apa masalah call atau datang je ke kedai pasti di layan dan di bantu.

Jom sama-sama Cik Sue shopping kat SenHeng untuk raya tahun ini,mana la tahu kan korang tetiba menang pulak hadiah yang bernilai sehingga RM340,00 yang SenHeng tawarkan.Banyak tuuu,mana tau tuah korang.
Psttt… oh ya ,duta baru SenHeng dah tukar tau sekarang Zul Ariffin pelakon hensem tu heheh,sesapa peminat dia boleh la mengikuti info dari SenHeng mana tau boleh jumpa dia promosi kat mana-mana kan….

Untuk maklumat lanjut layari web senheng ye


Bisik-bisik:
Jom2,macam nak cari peti ais baru la,maklumlahhh baru nak bina rumah dan tangga kan hehehe

21 singgah dan taip sket..:

Noni LivYoung Al Qurma : Penyegar ketika berpuasa

3:28 PM Sue Izza 0 Comments

Ahamdulillahhhh ,kita dah hampir ke penghujung Ramadhan,dan syukur juga Cik Sue dapat jalani puasa kali ni dengan lancar,walau penat kerja dan mengemas rumah baru yang tak sudah-sudah.Mula puasa agak lesu sikit,tapi Alhamdulillahhh sejak amalan Jus kurma dari LivYoung ni terasa lebih bertenaga berpuasa di samping bekerja seharian.


Noni Al-Qurma LivYoung adalah gabungan ekstark buah noni dan kurma,seperti yang kita ketahui tentang banyaknya khasiat kurma dalam kehidupan.Ditambah dengan khasiat buat noni yang mampu memberi tenaga dan detokkan toksin dalam badan.Antara khasiat jus ini adalah : 

-kandungan antioksidan yang tinggi.
-bahan detoksifikasi badan.
-mengimbangkan hormon.
-meningkatkan sistem imun.
-meningkatkan tenaga.

Jus ni memang sedap,Cik Sue suka minum secara sejuk,hanya masukkan 2 sudu jus dan campurkan dengan air,kacau atau goncang ,letak ais dan minum,sedappp.Rasa yang manis-manis kurma memang lazat.

Harga sebotol 750ml jus ni RM159 sahaja,selain dari minum waktu puasa boleh juga menjadi hidangan waktu raya.Tak perlu banyak ,sikit pun dah terasa kemanisannya.

Oh ya,LivYoung mengadakan peraduan dengan pembelian jus ini.

'Dapatkan RM50 Cash Voucher untuk pembelian Noni Al-Qurma dan anda berpeluang memenangi hadiah 2D1N di Hard Rock Hotel Pulau Pinang!'

Korang boleh dapatkan maklumat tentang Share & kempen Win di Free stay in Hard Rock Hotel Penang – Share & Win. Jangan lepaskan peluang ni tau. Hadiah sangat menarik.


Laman Web LivYoung 

0 singgah dan taip sket..:

Koleksi Terbaru Sembonia : The Liberal Art Of Geometry

11:56 AM Sue Izza 2 Comments




Ada peminat Sembonia kat sini? Koleksi terbaru Sembonia dah keluar dengan tema "The Liberal Art Of Geometry".Dengan rekabentuk yang nampak ekslusif dan segar.Haaa nak raya ni boleh la bergaya sakan dengan koleksi terbaru Sembonia.

Koleksi terbaru ini sangat elegan dan sesuai dengan wanita bekerjaya,Geometry selalunya di kaitkan dengan bentuk ,bagi Cik Sue design kali ni nampak lebih minimalis dan simple tapi elegan.



Pemilihan warna tema kuning dan pastel menampakkan kematangan si pemakai,Sembonia pastinya menjanjikan kepuasan kepada penggunanya.Antara koleksi yang di keluarkan kali ni adalah beg tangan,kasut,beg bimbit,tote bag dan pouch bag.




Jom dapatkan koleksi anda untuk hari raya ini.


Website : www.sembonia.com




2 singgah dan taip sket..: