Bila Suamiku Jatuh Cinta Lagi

4:41 PM Sue Izza 27 Comments

Sebu rasa di hati nak menulis,nak meluahkan,tapi tetap kena lepaskan juga tak boleh simpan dah rasa yang terbuku ni.Cemburu rasa nak menangis pun ada,tapi dok tahan je.

Belum sampai 3 bulan usia perkahwinan,sudah di uji bila suami tersayang jatuh cinta dengan "si dia".
Mungkin sudah takdir kan,redha je la,selagi Cik Sue tak di abaikan.Selagi cukup makan minum dan perhatian,cumanya kena sabar je la lebih sikit lepas ni bila  en suami akan kuar 'dating' dengan dia.Tak tahu la masa dan ketikanya,mungkin seminggu sekali,sebulan sekali,tak tahu la Cik Sue,malas nak amik tahu.

Hurmmmm katanya 'si dia' sangat menggoda,memang mengatasi Cik Sue ni.Apa nak di kata memang tip top,terpaksa akui,maklumlah Cik Sue banyak kekurangan dah sekarang,pipi dah jadi kuih pau huuhuuuu....

Tengok macam mana la Mr D tak jatuh cinta kat 'si dia'
cik sue asyik simpan kuih pau dalam pipi huhuu


Semoga kasih sayang Mr D tak berubah,walau dia dah jatuh cinta ngan 'si dia',dan semoga Allah merahmati rumahtangga kami ke akhir hayat serta melimpah rahmat dan rezeki.Semoga ada tempat tuk cik sue di hati dia hingga ke akhir hayat.

Dan tuk 'si dia',layanlah suami saya baik-baik,huhuuu.....nak tahu siap 'si'dia tu?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Haaaaa ini la bendanya yang buat Mr D ku jatuh cinta
hehehehhe..
Maggi Kambing D'laila MMA Santai Corner,Nilai

Mr D makan sampai kelu tak terkata,bila tanya apa rasa,dia angkat ibu jari je,
pastu hirup sampai licin...fuhhhh...
Siap cakap nanti datang kita order ni lagi tau
ini menu baru yang memang wajib la korang cuba kat kedai kak laila ni,nak pi sini korang waze je MMA SANTAI CORNER,sampai sana cari kedai yang tulis d'laila  mee udang,tak rugi ,memang di rekemen.
Daging dan tulang dalam maggi ni dah maca, gear box dah,kuah dia perghhh hirup memang tak pandang kiri kanan dah,comot pun comot la hehhehe.
Wajib cuba!!!

bisik-bisik:
Haahaaa jangan marah ye,semoga kasih sayang kami kekal ke syurga,doakan kami ye.
Love U so much Mr D.



27 singgah dan taip sket..:

Resepi Mini Pizza Roti

1:50 PM Sue Izza 10 Comments


Ulang tayang resepi mini pizza sebab cari resepinya tak jumpa dalam blog ni hehehe permintaan dari Cik Emas Putih ,so up la sekali lagi.Ni masa buat makan-makan kat umah big bos Kelabbloggerbenashaari dulu.

Bahan Topping :

4 keping -Daging burger ramly,hancurkan atau leraikan
2 ulas-Bawang putih,tumbuk atau cincang
3 ulas-Bawang merah tumbuk atau cincang
1 biji -Bawang besar-hiris memanjang
1 paket tomato ceri belah dua
5 sudu- Sos tomato
2 sudu-sos cili
2 sudu- sos blackpepper
1 sudu-kicap pekat
1 paket cheese mozzarella
1 bungkus -roti sandwich

Cara :
1. Potong sekeping roti jadi 4 ,kalau nak boleh buang kulit,ikut berapa banyak nak buat,letak tepi
2. tumis bawang yang di tumbuk dan masukkan semua sos kecuali sos tomato,masukkan daging dan kacau rata hingga daging masak.
3. aturkan roti sapukan sos tomato atas roti nipis je jgn banyak (dalam gambar Cik Sue tak letak)
4. letakkan daging yang di goreng tadi,letakkan tomato ceri dan hirisan bawang,taburkan cheese di atas.
5. Masukkan dalam tray pembakar dan bakar dalam 5 atau 4 minit pada suhu 120 darjah celcius


Nah,senangkan,buat minum petang atau sarapan pun ok



10 singgah dan taip sket..:

Maduku Kalut Returns di Istana Budaya

1:11 PM Sue Izza 4 Comments

Semalam Cik Sue sempat pi beraya di Istana Budaya eh,beraya lak menonton teater.cite apa? Cite orang berbini dua hehehhe... Maduku Kalut Returns yang di bawakan oleh Mask Team.Pementasan ni start Jumaat 7 ogos hingga hari ni 830 malam 9 ogos 2015,sempat lagi ni walkin beli tiket pi tengok.

Tak rugi sebab pelakon memang di akui hebat iaitu Remy Ishak,Nad Zainal,Jehan Muse dan ramai lagi.Cite memang kelakar la,memang kalut,memang akan gelak.



kami yang hadir semalam

Mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi dan mengupas mengenai isu-isu semasa dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, diharapkan Maduku Kalut Returnsmampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.




bersama pelakon utamanya

Cerita komedi ringin tapi sinis juga,menghiburkan dengan lakonan yang mantap,korang akan senyum sampai habis cerita.

Bagi mereka yang ingin menyaksikakn pementasan teater Maduku Kalut Returns, ini sedikit info harga tiket yang boleh korang dapatkan. Harga tiket bermula pada RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 (tiket platinum) dan boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com atau boleh walk-in ke Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

bisik-bisik:
malam ni ada lagi 8.30 mlam,cepat2 pi beli tiket.


4 singgah dan taip sket..:

Langsir Segera : 1 Jam Siap Jahit

12:03 AM Sue Izza 9 Comments

Hampir 2 bulan ,barulah rumah kita nak berlangsir awak.hehehee..Time raya hari tu togel je tingkap,dah lepas raya baru lasibuk nak cari,bulan puasa busy la (alasan).Nak jadi cerita lepas raya ,ada baki cuti 2 hari,dan Mr D dah masuk kerja,so puan isteri beraktiviti sendiri la,drive sensorang ikut hati je mana nak singgah,alih-alih terus ke Nilai 3,ahaaaaa dah sampai sini paham-paham je la ye,ngeh ngeh ngeh.....

Puaing punya pusing,terus berfikir dengan pantas di tengah hari panas,beli je lah terus kain langsir.Dah siap pilih lain dan potong ikut saiz,sebenarnya kita pilih je nak kain mana,pastu bagitau je bangla tu.Tingkap umah kita 3 panel cermin Naco,pastu ada 3 tingkap,terus dia tahu berapa banyak,wahhhhh mudah ni.Pastu kita tanya kat mana nak jahit langsir,terus kata kedai dia amik upah siap 1 jam.Haaaaa,memang pandai ko nak habiskan duit aku tau,senang cite bagi tersu kat dia 1 jam kemudian datang amik,tu pun tunggu dia call.Sempat la Cik Sue merayau jamu mata hehehe.


Yeayyy dapat langsir tuk 3 tingkap,ok la tu.Yang lain kemudian,ini tuk ruang tamu dulu.Kain agak ok tapi design langsir simple je.Asal ada huuhuu.



Total kos :

Upah Jahit 1 helai RM6 x 6 helai  : RM36.00
harga kain : RM 129.00
GST : 9.90

TOTAL : RM 174.90

Ni alamat kedainya :

Star City Textiles
No. 143,Jalan Nilai 3/5
Tel : 06-7998181


bisik-bisik:
Dah balik baru teringat,nak kena beli kain nak buat tirai tuk top sink nak tutup bawahnya,urmmm,nanti lah cari lagi,maybe jahit sendiri la pulak.


9 singgah dan taip sket..:

Penghantaran Sandwich Pertama di Malaysia : Garsa Kitchen

10:40 AM Sue Izza 8 Comments


Breakfast apa korang pagi tadi? Ada yang suka sandwich? tapi malas nak buat,tau adadepan mata dan ngap masuk mulut? Jom order sandwich super sedap dari Garsa Kitchen ni.Memang tak menyesal,sandwich yang padat dengan inti berbagai,korang boleh pilih masa nak order.

cite sabtu lepas,malas nak masak,order je.
Ada inti tuna,ayam,daging,telur dan lain-lainlagi,nanti tengok menu kat bawah ye.Cik Sue memang teruja betul la masa tukang hantar ni buat penghantaran,dah la kotak cantik,isi sedap,tak sempat sampai umah,dalam kereta dah buka,ngap dulu.Rasa je kononnya,tapi dah suku kena ngap hahahha.
Balik terus letak dalam peti ais tunggu Mr D balik,dannnnn dia juga setuju memang sedap,berbaloi dengan harga.

ni campur,yang fiesta punya,super sedapppp
Sandwich Garsa Kitchen ni memang sesuai la kalau tiba-tiba bos suh buat meeting kat office kan,call je 2 jam sebelum,konpem sampai.Sesuai juga buat buah tangan nak pi umah kawan ke,melawat kawan-kawan ke,atau nak bawa pi berkelah pun ok.Ha kalau ada jamuan kat sekolah anak-anak pun ok order ni.Budak-budak pun suka la makan kan,makanan sihat ni.



Nak order?
Whatapp je ke 011-32916119 (9 pagi hingga 9 malam)
Bagi butiran berikut :

Nama:
Nombor Telefon Bimbit:
Tarikh dan masa :
Alamat untuk penghantara / Self Pick Up:
Minimum Order : RM40

Nanti tukang hantarnya akan call untuk konpemkan penghantaran.
Oh ya,korang yang tinggal di luar kawasan seperti di atas, seperti Bangi , Putrajaya, biasanya mereka akan buat road tour pada hari dan tempat tertentu untuk pickup oder. Kena tengok update kat media sosial diorang la,kat fb dan insta ye.

Instagram : https://instagram.com/garsa.kitchen
Facebook : https://www.facebook.com


Ni pulak menunya :
.
BEEFTASTIC
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
CHICKSTER
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
TUNA TURNER
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
.
EGGSTACY
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
.
TUNA ON FIRE
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
CHICKEN IN A BIKINI
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
FIESTA (mixed sandwiches)
L RM45


bisik-bisik:
Insya Allah nak order lagi,buat makan-makan kat umah ke kan hehehe..

8 singgah dan taip sket..: