Qurta Anta by Amar Baharin : Untuk lelaki lebih bergaya

10:03 AM Sue Izza 20 Comments

Korang perasan tak sekarang ramai lelaki-lelaki Malaysia ni dah mula pakai kurta ,jubah dan fesyen-fesyen seangkatan? Nampak bergaya kan,ada yang pakai dengan slack ,ada yang pakai dengan jeans je.Bagi Cik Sue nampak stylo la,santai je,sesuai tuk pelbagai majlis,mudah juga di gayakan.

Ahad lepas Cik Sue bersama kawan-kawan Kelabbloggerbenashaari di jemput ber"hi-tea" dengan pelakon Amar Baharin yang ingin memperkenalkan Qurta keluarannya sendiri,iaitu,Qurta Anta Basic di bawah jenama Amjifa Exclusive 


Sesi penerangan dari Amar dan kami di beri contoh Qurta untuk di lihat sendiri kualitinya,menggunakan kain Italian Cotton memang sesuai la dengan cuaca kat Malaysia ni,kainnya pun tak de la mudah sangat berkedut.Warna yang di keluarkan pun cantik-cantik sesuai untuk yang berkulit cerah atau gelap.



Oh ya ,Qurta Anta ni SLIM FIT ye ,so memang agak fit sikit ke badan anda la,petua dari Amar kalau pakai saiz M amik la saiz L,satu saiz lebih besar,tapi bila tengok kawan-kawan lelaki pakai masa tu memang ngam-ngam ,baru la Cik Sue tahu macam tu rupanya cara pemakaian  orang lelaki ni heheheh.



Selain dari itu,Qurta Anta ni memang mudah untuk wuduk sebab ada zip di bahagian lengan ,so tak yah la susah-susah nak bukak baju lak ye nak amik wuduk hehehhe.sinsing je lengan baju atau lipat je,bukak zip dulu ye.Haa contoh macam Lan Careno tunjuk kat bawah ni.




Tak lama lagi pulak,Amjifa Exclusive akan keluarkan set bapa dengan anak pulak kata Amar,jadi mana yang nak pakai sedondon ngan anak lelaki tu apa laki,pegi belek-belek facebook dan instagram diorang ye,kang habis jangan nangis.Nak nampak hensem bergaya ke majlis-majlis bersama anak kan,harus la sedondon gitu.

Lupa nak bagitau harga Qurta Anta ni RM139 include postage (sm/ss),berbaloi la bagi Cik Sue dengan kualiti kainnya.

 Untuk pembelian Qurta Anta Basic, boleh ke laman sosial 
Amjifa : Instagram : Amjifaexclusive 
WhatsApp : 0166860645 
Email : amjifaexclusive@gmail.com 

Dan Amjifa juga sedang memncari agen-agen online sebab penjualan memang banyak melalui online jadi sapa yang berminat boleh hubungi talian di bawah ye:

Rakan Niaga : Amjifaexclusive KL WhatsApp : 0169696891




20 singgah dan taip sket..:

Mari melancong bersama Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd

10:00 AM Sue Izza 1 Comments



Suka melancong? selalu guna travel agensi? Suntuk masa untuk dapatkan tiket ke mana-mana? Mencari pakej umrah? Ni meh nak habaq mai,Azzuha Travel Agency boleh tolong hangpa na.Syarikat travel agensi yang bukan sahaja tertumpu kepada urusan umrah dan haji,tapi juga untuk aktiviti ziarah dan mengembara ke luar negara,melancong ke sebarang destinasi.Serba sedikit berkenaan Azzuha :

"Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA)."

antara pakej yang di tawarkan
Ada bermacam pakej yang di tawarkan,korang boleh lihat dan bertanya tentang pakej yang anda minat.Ada juga pakej-pakej umrah bersama selebriti dan alim ulama.

"Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah."



Bagi yang berminat di bawah Cik Sue bagi butiran untuk memudahkan anda bertanya ye :

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :
atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605

1 singgah dan taip sket..:

Nasi Lemak Segera?

8:00 AM Sue Izza 4 Comments

Korang tahu tak yang sekarang ni dah ada nasi lemak segera,instant? tak payah nak jerang nasi bersantan bagai atas periuk tau.Ni makan ala-ala maggi je.Haaaaa canggih dok? Rasa? mesti la rasa nasi lemak.Jangan risau ia masih lagi berbentuk nasi lemak untuk di makan ye.

Cuti hari Malaysia lalu,Cik Sue dan Mr D bermalas-malasan je di rumah,jadinya tuk sarapan punya malas nak kotor kan dapur yang dah di kemas bersih,kami dok godek la Nasi Lemak Segera dari Saleesfood ni.Produk ni dapat masa pi kursus Style Workshop dengan Wawa Idris hari tu.



Cara menyediakannya cukup senang,tak de nak kotor-kotor sangat la dapurnya hehehe.
1. Bukak paket A yang berisi nasi ,tuangkan dalam bekas kotak tu,masukkan air 130ml atau mengikut paras pada luar kotak.Biarkan 5 minit.
2. Buka paket B ,iaitu srbuk kelapa,masukkan ke dalam nasi tadi dan gaul.
3. Buka paket C dan D yang mengandungi sambal dan ikan bilis goreng,bolehlah hidangkan dan makan dengan nasi tadi.

Peringatan : Air jangan banyak tau,nanti jadi bubur pulan.ngam-ngam je.


Selain itu ada juga chicken slice ,memang sedap.Jadi Cik Sue buka dan hidangkan dengan nasi lemak.Lengkap sudah sarapan pagi kami,buat je air teh o,walllahhhh.


Apa yang Cik Sue rasa :
-Nasinya wangi dengan bau santan dan daun pandan,sedap.
-Sambalnya bia gaul dan makan ngan nsi memang kena,cuma mungkin mulut cik sue je la rasa masin sikit tapi Mr D kata dah sedap.

Produk ni memang sesuai la bawa untuk mengembara,samada dalam negara atau luar negara,boleh juga di bawa berkhemah di hutan,boleh juga simpan sebagai stok kecemasan terutama musim-musim banjir untuk keadaan terdesak.

Nak maklumat lanjut anda boleh ke page Facebook berikut :




4 singgah dan taip sket..:

Garcinia Candy : Rahsia Berkesan Untuk Kurus.

11:43 PM Sue Izza 2 Comments


Nak kurus,tapi malas diet? Malas nak bersenam beria sangat? Dan tak nak pil pahit-pahit macam ubat? Haaaa ni Cik Sue ada supplement ala-ala gula-gula kunyah-kunyah je,hehehhe
2 biji je setiap hari sebelum sarapan,tak yah bancuh-bancuh,amik sambil-sambil siap nak pi keje tu,kunyah-kunyah je ,mudah.

Nak tahu kelebihan produk ni? nah :

Maklumat produk ; Kebaikan/Fungsi produk -
--> Membuatkan rakan anda jeles
--> Membuatkan anda sangat selesa dengan penampilan
--> Membuatkan anda kenyang sebelum amik lunch 
--> Membuatkan anda bertenaga walau skip lunch
--> Membuatkan anda terpaksa beli seluar baru lebih kecil
--> Membuatkan kawan anda minta rahsiaa sebenar
--> Membuatkan anda menyesal kerana tidak ambil dari dulu
--> Membuat kawan2 anda puji anda lain sangat. 
--> Membuat anda bangga dan yakin dengan diri anda


Oh ya,jangan risau,tak pahit ye dek non semua,rasa avocado ada manis-manis,tapi kan Cik Sue rasa macam perisa jambu batu heheeh tekak cik sue la.Antara bahan kandungan dalam Garciia Candy ni adalah  Garcinia Cambogia, L Camitine, Green Tea, Hoodia, Acai berry .Setakat ni jualan produk ni memang laju la,laris macam pisang goreng panas.

Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh ke page Rahsia berkesan kurus atau korang boleh hubungi

nombor whatsapp 0196335690 (Sis Ika dari Procrowd Holdings Sdn Bhd)


Ini testimoni Cik Sue :
-Hampir 2 minggu amalkan Garcinia Candy ni,badan rasa lebih ringan dan proses pencernaan lebih lancar.
-Ada pengurangan walaupun sedikit dalam 1-1.5 kg dalam masa 2 minggu.itupun sebab Cik Sue kurang minum air.
-Makan apa saja supplement kena minum air secukupnya ye,sekurangnya 3 liter ehari bergantung kepada badan,tapi sebab kan aktiviti tak menentu Cik Sue terkurang minum.
-Kesan bergantung kepada individu.


2 singgah dan taip sket..:

Resepi Daging Dendeng Mertua

10:00 AM Sue Izza 4 Comments

Nak pikat suami kena tahu makanan kegemaran dia,pastinya air tangan ibu dia la yang besarkan dia berpuluh tahun tu kan,jadi mari mintak resepi ngan mertua ye heeeeee.Memang takkan sama,tapi kita cuba bagi 80% pun ok dah.Balik weekend ,selalu ada sesi mari belajar memasak bersama mertua ye.Korek resepi yang best-best tu.


Mr D memang gemar daging dendeng ni,ratah saja pun ok,tapi tak semua tahu buat,kakak-kakak ipar buat pun resepi yang sama kekadang jadi kekadang tak,kekadang jadi masak kicap je heheheh.
So sekarang giliran Cik Sue di ajar resepi daging dendeng ni,resepi mudah tapi tak semestinya sama rasa,nak kena tahu tekniknya.



Bahan :
1 kilo daging
5 Sudu besar kicap
2 sudu jintan kasar
2 sudu jintan halus
1 sudu rempah ketumbar-tumbuk
2 sudu air asam jawa
5 ulas bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
1 biji bawang besar-tumbuk
1 inci halia
1 biji bawang besar -di hiris
4 sudu cili kering di blend halus
Bawang goreng
Garam,Gula

Cara:
-Daging di rebus hingga empu hiris nipis dan goreng
-Tumbuk bahan-bahan yang perlu di tumbuk,nak blender pun boleh
-Panaskan minyak,tumis bawang besar hiris,masukkan bahan blender.tumis sampai naik bau.
-Masukkan kisap dan air asam jawa,sebatikan.
-Perasakan dengan garam gula.
-Masukkan daging dan kacau rata
-Kalau nak berkuah tambahkan air sedikit,biar basah-basah,kalau nak kering,masak lama sikit dengan api perlahan.
-Akhir sekali taburkan bawang goreng
Boleh di hidangkan dengan nasi panas dan lauk lain.

Cik Sue simpan sini la entry,nanti nak buat sendiri.Kalau korang nak cuba blehla,tapi kalau tak jadi jangan marah ye,pandai-pandai la oter sendiri okeh bagi sedap,be kreatif.

4 singgah dan taip sket..:

Tarikan Baru di Watertheme Park Legoland : Build Your Boat

8:00 AM Sue Izza 1 Comments

Hai semua,ingat tak sebelum ni Cik Sue cerita pergi tengok Ninja kat Legoland dalam entry INI?
Kali ni Cik Sue nak cerita pulak pasal Water Theme Park Legoland.Harus la Cik Sue hentak-hentak kaki nak masuk sini,dah alang-alang sampai kan,jadi kerja Mr D la melayan perangai bininya ni heheh.Cik Sue ada la ambil risalah di kiosk penerangan kat depan pintu masuk,nak tengok apa yang menarikkan kat Taman Air ni,Permainan apa yang ada.Agak besar juga taman tema ni,bila dah masuk lagi la teruja tengok orang ramai-ramai terus nak cuba semua permainan kat situ.




Gila kalau kata tak teruja,seronok tengok gelungsur air punya tinggi,Cik Sue memang suka la,walau hati tetap cuak bila nak naik.Tapi ada sesuatu yang tak de dalam risalah Cik Sue yang menarik perhatian.Terletak di bawah khemas dengan kolam setinggi paras dada budak 5 tahun,siap ada laluan dan taburan lego dalam kolam tu,Oh rupanya tarikan baru iaitu Build Your Boat,wahhhh bina bot? boleh ke? Ha bukan la bot sebesar gadang tu,ni bot lego je.



Tapak bot dah di sediakan,nanti tambah je bentuk macam mana yang anak-anak korang nak dengan bongah-bongkah lego kecik di situ.Macam-macam warna ada,sila reka bentuk sendiri ye.



Okey,bila dah siap bot korang tu,bawa ke depan ke tempat permulaan perlumbaan macam dalam gambar kat atas ni.Ada gear di sediakan,letakkan bot korang dan tolak gear tu.Bot akan berlumba ke garisan penamat di hujung satu lagi.



Memang bagus aktiviti ni,dapat memupuk bakat rekacipta anak-anak,selain dapat bersama ibu bapa menghabiskan maa berkualiti.Mereka juga dapat berkenalan antara satu sama lain.Yang bagusnya walau nampak tak berapa bahaya,tetap ada pegawai penyelamat yang menyelia keadaan di sini,kalau-kalau terjadi perkara yang tak di ingini.




Kanak-kanak memang seronok la aktiviti begini,pastinya teruja bila bot yang diorang reka sendiri boleh berlumba sesama mereka,bongkah lego kecil juga banyak yang di bekalkan,jadi jangan risau pasti cukup untuk semua orang.Ni bukan budak je ralit dan khusyuk,Cik Sue pun tumoang sekaki,dok buat bot dan lumba,haa tension semua budak kecik kat situ heheh.

Korang pun boleh bawa anak-anak rasa tau,mesti diorang tersenyum bahagia je.Sesekali apa salahnya kan,kumpul duit sepanjang tahun,hujung tahun pi la jalan-jalan.Seronok satu family.

 Kalau korang nak dapatkan maklumat atau info lanjut,boleh ke link di bawah ye,tengok la mana tahu da promosi bestkan.


INFO LANJUT 

1 singgah dan taip sket..:

Family Day KelabBloggerBenAshaari -Cosmoderm 2015 Part 2

10:56 PM Sue Izza 7 Comments

Baca Part 1 di SINI

Keriangan kami di Family Day bersambung lagu di hari kedua iaitu hari terakhir.Pagi-pagi lepas sarapan semua dah excited nak zumba,dengan cikgu zumba yang professional gitu,bukan kami je excited,grup dari ambank kalau tak silap,pun tumpang sekaki tau hahha..giler tak best bila Razzwey yang conduct zumba hahahha....meriah,bukan setakat crap kaki bersenam ,perut pun cramp dok gelak heheheh.



Bergelek sakan masing-masing,bukan saja anak dara,mak-mak dara pun sama naik,haaaa bapak-bapak orang pun tak lepaskan peluang tu hehehe nak tengok videonya? klik SINI
Jaga-jaga kang korang pun tergelak-gelak nanti.


Habis zumba yang mana larat tu semua ngikut jungle trekking ke air terjun atau jeram,tak de la jauh mana dalam 15-20 minit je,jalan kaki di laluan yang tak payah panjat-panjat pun.Cik Sue? konpem la ikut,walau kaki tak berapa sihat kan,gigih jalan slow-slow ,walau kat belakang sekali ,sib baik ada hero teman ngeeee.




Sampai kat jeram ingatkan budak-budak je excited,mak bapak budak pun terlebih excited,lupa diri masing-masing anak dok tengok hahaha.Masing-masing tunjuk skill,terjun tiruk la,terjun berpusing la,gayut tarzan la,macam-macam.














Pendek kta macam-macam pesen la diorang ni,yang dok photoshoot iklan cosmoderm dalam air la sampai lemas-lemas hahah nak tengok? klik SINI
Yang dok buat iklan gadjet pun ada,yang anak-anak bawa diri masing-masing je la,mak pak korang dah lupa diri,hehehee.
Dah puas berendam dalam jam 11 kami gerak balik ke resort,siap-siap packing nak makan tengahri dan checkout terus.





Memang sangat family day kali ni,harap setiakawan dan semangat kekeluargaan kami ini di pelihara Allah dari pandangan jahat manusia yang iri hati.Semoga hubungan ini kekal ke akhir hayat walau suatu hari tidak lagi berjumpa seperti ini.Tercapailah objektif barisan ajk dan ahli untuk mengeratkan silaturrahim dan bersosial bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terima ksih banyak kepada barisan penaja:

1. Cosmoderm-produk dan hamper
2. Qasehsu-hadiah cabutan bertuah
3. Azzuha Travel & Tours-Tshirt 
4. KaryaSeni-Buku pelbagai jenis
5. Buku PTS-Pelbagai buku
6. Kaio Studio-photographer dan videographer rasmi
7. Dkna- Ephyra
8. AJ Cetak District-Tshirt

Semoga kita berjumpa lagi di gathering atau program yang lain,love u olllssss....

bisik-bisik:
Bukan mudah mengumpul sekian-sekian orang dan menyatukan hati untuk satu matlamat tanpa hasad dengki dan iri hati.Kalau nak tahu tentang Kelabbloggerbenashaari,tanyalah,jangan main teka-teka,pastu buruk-burukkan dengan fakta yang kamu tak tahu,dosa kering je dik.Tak tahu jangan buat-buat tahu.Kalau nak tahu meh kita jumpa,kita cerita.Kami tak kacau orang,jadi tak perlu kacau kami.
















7 singgah dan taip sket..:

Family Day KelabBloggerBenAshaari -Cosmoderm 2015 Part 1

2:05 AM Sue Izza 18 Comments

Alhamdulillahhh,selesai juga Family Day Kelabbloggerbenashaari edisi 2015 akhir minggu lepas.Dengan kerjasama semua ahli dan AJK bertugas di bawah pimpinan Lan Careno,segalanya berjalan lancar.Family Day kali ini bukan sehari tapi 3 hari 2 malam,yang mana ahli boleh bawa keluarga masing-masing,jadi selain bersosial bersama rakan-rakan,boleh juga meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Terima kasih sekalung budi kepada pihak Cosmoderm sebagai penaja utama aktiviti kelab kami ini.Dari awal perancangan sehinggalah hari program bermula,kami di bekalkan dengan produk penjagaan diri tuk memastikan kulit masing-masing terjaga sepanjang aktiviti.




Jumaat 11.09.15

Pendaftaran dan checkin bilik seawal jam 2 ptg,ramai jugak yang sampai selepas waktu pejabat,Cik Sue di beri tugas menjaga meja pendaftaran.Dan Lan Careno serta Angah Judin menjaga kaunter Tshirt.Sambil sesi pendaftaran dan checkin,sambil minum petang dan berkenalan sesama sendiri,ada yang pertama kali bertemu dan kenal secara realiti daripada selama ni kenal di alam maya sahaja.



lama tak jadi receptionist hahahaha

amboi tokey baju,sempat lagi tu ehhhe
Selepas Maghrib kami berkumpul semula untuk makan malam ala kampung dan pertandingan karaoke.Tak sangka ramai juga yang berbakat dalam kelab ni,masing-masing memendam selama ni ,kaki karok rupanya hehehe.Seronok bila masing-maisng sporting dan beri kerjasama.







Seronok beraktiviti santai macam ni,walau baru kali pertama bertemu,mesra bagai kenal lama,berborak dan bergurau.Tercapai maksud program untuk mengeratkan ukhwahbukan sahaja sesama ahli malah keluarga masing-masing,anak-anak seronok dapat kawan baru.Dalam jam 12 lebih masing-masing dah balik ke bilik,tidur awal untuk bersedia aktiviti besok pagi yang lebih seronok.


Sabtu 12.09.15

Seawal jam 8 pagi dah siap sedia sarapan dan dah berkumpul di padang untuk acara poco-poco,gamat suasana dengan gelak tawa berpoco-poco.Semua teruja ikut buat sama,takkira dah mak budak ke bapak budak ke,mak buyung pun semua turut serta.



Selesai poco-poco,kami di beri taklimat ringkas dan memulakan aktiviti Flying Fox,semua teruja cuma mak buyung yang ada tak boleh la,dan kanak-kanak bawah 8 tahun tak di benarkan.Cik Sue pun dah lama tak buat aktiviti begini,seronok.


agak tinggi juga


Aktiviti ini berlangsung sehingga waktu makan tengahari,kemudian kami erehat untuk aktiviti seterusnya pula di waktu petang,yang lebih gamat dan kecoh  dengan gelagat dan perangai masing-masing,masa ni la nak tengok bapak-bapak orang jadi budak-budak,mak-mak orang lupa anak jap.

Siap ada rumah sukan lagi tau,denganbaju masing-msing yang di cetak oleh AJCETAK,baju yang selesa dan cantik warnanya,terima kasih ye.

kumpulan merah

kumpulan biru

kumpulan hijau

kumpulan ungu
Memang pecah perut gelak dengan masing-masing bersemangat nak menang,berlawan sesama sendiri dengan acara sukan rakyat seperti bola kepit,boling padang,terompah gergasi,pancing tin.Ada juga acara sukan air,yang ini memang jadi kenangan sampai bila-bila memang gamat.

acara terompah gergasi

acara bola kepit

pancing tin

boling padang
acara tabung air

tarik tali dalam air


gusti titi,yang ini akan jadi kenangan sampai bila-bila,paling kecoh dan kelakar
Dah habis bersukan,apa lagi alang-alang dah basah,berendam ar,time ni la nak terjun tiruk bagai,dok tengah kl payah nak jumpa sungaikan.heheheh..

kan main gegerl2 kbba ni,seronokkkkk....
Malamnya pula ada dinner bbq dengan kambing golek segala,ada majlis santai juga untuk penyampaian hadiah,dan cabutan bertuah.Banyak juga hadiah-hadiah tajaan dari syarikat korporat ,online shop dan lain-lain.Untungla sapa yang dapat tu.Antara penaja adalah :

1. Cosmoderm-produk dan hamper
2. Qasehsu-hadiah cabutan bertuah
4. KaryaSeni-Buku pelbagai jenis
5. Buku PTS-Pelbagai buku
6. Kaio Studio-photographer dan videographer rasmi
7. Dkna- Ephyra
8. AJ Cetak District-Tshirt

Penyampaian hadiah pertandingan karaoke juga di jalankan,serta hadiah gambar instagram paling kreatif bersama cosmoderm,pemenang-pemenangnya adalah:

Juara Sukaneka-kumpulan ungu

Juara Karaoke - Que Achmad (Video Full version persembahan juara)
Tempat Kedua karaoke -Ayue Jean
Tempat Ketiga-Razi

Gambar instagram terbaik-Razi

Surprise sambutan harilahir warga kelab juga diadakan,termasuk anak-anak atau pasangan yang lahir bulan September.Kek khas tuk mereka dan nyanyian dari semua ahli yang ada.

warga kbba yang lahir bulan 9

kek yang di tempah khas

persembahan dari juara karaoke

hamper sukaneka

hadiah cabutan bertuah

ucapan dari pengarah projek

bacaan doa dari Mr D

sesi kenyangkan perut.

kambing golek

pemenang insta terbaik

juara karaoke
Kami juga di persembahkan denga persembahan abang-abang api,pertunjukan yang agak mendebarkan.Agak ekstrem.



Dan untuk penutup malam itu,selepas selesai semua acara,kami yang blogger ada sesi "ice breaking" dan amanat dari founder Kelabbloggerbenashaari iaitu Ben Ashaari.Memberi sedikit semangat dan sokongan serta berkongsi cerita-cerita dunia blog serta pencapaian ahli kelab.Nasihat dan tunjuk ajar juga di beri secara ringkas namun amat berguna.

sesi ice breaking
Balik tidur dengan seronoknya,serta merehatkan diri untuk aktiviti seterusnya yang lebih menarik.

Okeylah sampai sini dulu cerita dari Cik Sue,sambung part 2 ye.
Oh ya jika ingin melihat gambar-gambar menarik lagi korang boleh ke instagram kelabbloggerbenashaari di www,instagram.com/kelabbloggerbenashaari 
Untuk video anda boleh lihat di SINI
Serta gmbar-gambar lain di album FAMILY DAY Cik Sue

Jumpa lagi nanti di entry part 2.

18 singgah dan taip sket..: