Hilangkan Jerawat dalam 24 Jam : Serum Jerawat Daniskin

6:49 PM Sue Izza 8 Comments

Akhir-akhir bulan ni,time "bulan mengambang" mula la jerawat bermaharajalela di kulit muka Cik Sue ni,memang buat mood jadi tak baik je la,Dok depan tv pulak tangan tak reti diam ,dok picit jerawat,dah berapa kali kena tegur ngan en suami tu.
Tapiiiiii kali ni dah jumpa serum yang power untuk jerawat degil ni,tak yah picit-picit dah,tak sempat nak picit pun.Nak tau haaaa ini lah SERUM JERAWAT DANISKIN.Cadangan dari kawan suruh pakai produk ni,memang berbaloi dan berkesan tuk Cik Sue dan Mr D pun pakai.


botol comel ,masuk beg je.

haaaa ni la dia

Jerawat Mr D : Selepas/sebelum
cepat je kecut dan tak yah picit2
ni selepas 1 hari tau ,sapu 2 kali je
sebelum/selepas
tak nampak sangat sebab jerawat halus2
ni selepas 1 hari pakai 2 kali sapu

Testimoni Cik Sue :
-Bau serum ni wangi ,so tak kisah sapu kat muka hehehe
-cepat sangat kecutkan jerawat besar dan halus-halus
-jerawat yang merah-merah tu cepat je surut
-tak melekit time pakai.

Jadi sesapa yang nak gi dating ada dinner esoknya tapi malam ni ada jerawat,bolehla try,serius menjadi Cik Sue rekemen sangat kat korang.



Nak tahu serum ni dari bahan apa? 

Diformulasi dengan bahan terbaik
" ACNE BUSTERS & NANOWHITE "

===========================
Antara Formulasi ACNE BUSTERS
===========================

✅ Buah Pear
✅ Pokok Willow Putih
✅ Pokok Rehmania Chinensis
✅ Kacang Soya
✅ Daun Scuttellaria Baicalensis 
✅ Kulit Pokok Ouboku 
✅ Daun Pokok Mambu 
✅ Pokok Cordata Houttuynia 

" GABUNGAN TEKNOLOGI TERKINI "

✅ ARBUTIN 
✅ LINOLEIC ACID
✅ TOCOPHERYL ACETATE ( VIT E )
✅ ASCORBYL PALMITATE ( VIT C )
✅ COENZYME Q10
✅ GLUTHATIONE


Biasanya daun Mambu orang buat ubat chicken pox tapi kali ni di jadikan ubat jerawat dan memang berkesan untuk jerawat dan pudarkan parut di kulit muka terutamanya.Kelebihan serum ini sememangnya dirumus khas menghilangkan jerawat sepantas 24jam. Disamping itu, mampu menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat, Terutama jerawat di muka.Tapi yang bestkan kalau jerawat yang tak teruk sehari atau 24 jam je dah boleh surut dan sembuh tau,kalau yang teruk sikit tu 2 -3 hari la bergantung pada tahap jerawat tu.

Testimoni pengguna
Macam mana nak pakai? meh Cik Sue ajar.

Bersihkan tangan anda terlebih dahulu. Anda digalakkn mencuci muka dengan air suam kerana ia membuatkan liang roma dikulit muka kita terbuka. Akan menjadi lebih mudah meresap ke wajah dan kesannya akan menjadi lebih cepat. Picit Serum Jerawat Daniskin ke bahagian jari tangan dan sapukan ke kawasan jerawat. Lakukan 2 kali sehari iaitu sebelum anda memakai make up dan sebelum masuk tidur.

Macam mana serum ni berfungsi merawat jerawat kita sebenarnya?

Serum ini dicipta khas untuk percepatkan jerawat menjadi masak. Ia dapat kurangkan jerawat anda daripada menjadi bengkak terlalu lama. Bila dah bernanah pada jerawat, jerawat takkan membengkak,Pastu korang pakai je serum ni sampai jerawat pecah dan kering kemudian sembuh sendiri tau.Boleh je picit tapi kena dengan cara betul la,tapi tak yah la gatal tangan.Biar je sembuh sendiri.Insya Allah serum ni tak de kesan sampingan,boleh cuba dulu sikit kat kalau takut ada ruam atau kesan ye.Ibu mengandung pun boleh pakai tau.

Cik Sue suka sebab botol serum ni kemas dan tak mudah terbuka jadi boleh bawa ke mana-mana,kot la korang nak pakai kat opis pun boleh,nak pakai bila-bila pun boleh sebenarnya,tapi jangan la habiskan 1 botol sehari,jenuh pulak nak beli hehehehe.

Ada yang nak try tak? Meh tengok detail kat bawah,memang Cik Sue rekemen tuk semua yang ada jerawat Insya Allah serum ni boleh membantu.


Harga asal Rm75 sekotak  (Tidak Termasuk Postage)

Penambahan RM 5.00 untuk Semenanjung Sabah/Sarawak.



Jika  ada sebarang pertanyaan :

Anda boleh melayari laman sosial/web kami di




ataupun menghubungi sendiri di 

+60162777158 -  Hanie

bisik-bisik:
Memang Cik Sue akan repeat order ,dah muka kita jerawat suka nau bertandang kan huhuuu...

8 singgah dan taip sket..:

Ayeem Burger Bikers Cafe,Paya Jaras

2:15 PM Sue Izza 8 Comments

Cuti hujung minggu yang panjang,tapi sabtu ahad baru berpeluang balik umah mak.2 hari buat apa? haaa kerjaan kat rumah tu memang tak pernah habis,adaaa je benda nak di ubah nak di kemas.Jadi nak rileks meh balik umah mak,hehehhe...

Petang semalam sempat jalan-jalan dengan en suami sekitar Sungai Buloh,dah lama aim kedai ni tapi tak berkesempatan nak singgah.Semalam lepas jalan-jalan tak tahu nak dinner kat mana,en suami terus tuju ke situ.



Kami sampai orang belum ramai,masih awal mungkin.Kedai ni memang mudah nak cari dan memang nampak dari tepi jalan.Nampak je signboard kedai dari jauh tulis Bikers Cafe  tu,haaa dia la tu.



Bahagian dalam dan hadapan kedai di penuhi hiasan bertemakan koboi,serta muzik country berkumandang menghiburkan pelanggan.

Jom tengok menu,apa yang ada :









Ha,amacam,terliur la tu hehehe cik sue pun pening nak order yang mana,semua nampak sedap.


Akhirnya Mr D order set burger daging Rm12 satu set.Patty burgernya sgt lembut,sedap dengan sos bbq dan cheese yang tak terlalu banyak,jadi tak de la muak sangat nak habiskan.Fries dan coselow pun sedap je di tekak,ngam je dengan hidangan tu,overall puas hati.



Cik Sue pulak order Lamb Shoulder Sizzling Rm22.Lamb yang lembut,tak banyak lemak dalam kepingannya,sos pun ngam je ,tak terlalu pedas,cuma sikit hehehhe.Boleh mintak kalau nak lebih.Coselow sedapppp,suka.
Oh lupa pulak snap gambar air,Mr D order kopi koboi,sedap kopinya dan Cik Sue order Teh Lemon Panas.Air Suam boleh ambil sendiri,di sediakan di depan kedai.

Keseluruhan,best jugak lepak sini,kalau malam minggu,makin lewat malam makin ramai yang melepak,dengan kawan-kawan dan keluarga.Oh ya,kedai ni ada ruangan makan di dalam tapi ramai yang memilih makan si bawah khemah di luar,lebih lapang.

Nak cuba? ni detail Cik Sue bagi,boleh la try nanti ye.

Ayeem Burger Bikers Cafe

1,Bangunan Badan Kebajikan Bekas Perajurit,
Batu 15,Paya Jaras,Sungai Buloh,
47000 Selangor Darul Ehsan

Bahar Bin Mat Akhir
Penyelia
Tel : 019-2705299


bisik-bisik:
Suka balik umah mertua,sekeliling mewah kedai makan sedap-sedap,macam-macam ada,dari seafood,western,semua ada,pilih dan bawa duit je.hehehhehehe.


8 singgah dan taip sket..:

Demora Intensive Skin Repair : Berkesan dalam 7 hari

3:34 AM Sue Izza 17 Comments


Korang pakai skincare atau produk muka apa sekarang? Meh Cik Sue kenalkan produk yang masih baru lagi di pasaran.Cik Sue dah cuba dah,memang best.Seawal 7 hari dah ada kesan kalau pakai konsisten la,dan ikut cara yang di beri.Tapi bergantung kepada si pemakainya juga la,setakat Cik Sue pakai memang ada kesan.Jom tengok info-info produk ni.

kita dah try

DEMORA INTENSIVE SKIN REPAIR ni adalah produk serum yang di hasilkan  dari gabungan ekstrak bunga paenia dan akar ginseng yang sangat berkualiti tinggi,hasil kajian makmal oleh pakar kimia yang bertauliah dan di yakini.


Apa yang ada dalam set DEMORA INTENSIVE SKIN REPAIR ni?

1. Mineral Soap
Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara,mica,sodium sulfate dan agen pencerah untuk membersihkan kekotoran dikulit wajah anda.

2. Purifying lotion
Toner penyegar digunakan untuk menutup liang pori yang terbuka selain dari membuang lebihan  minyak dimuka. Ia terdiri dari ekstrak bunga rose, ekstrak minyak kelapa dara,ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen2 penegang yang aktif lain

3. Cc cream
Krim pelindung matahari yang mengandungi spf30 untuk melindungi kulit dari sinaran uvA/uvB untuk mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata.
Ia juga digunakan untuk menutup cela di wajah.
Kandungan yang terdapat didalamnya seperti alpha arbutin,vitamin B3,mineral,iron serta agen pelindung kulit.

4. Serum Treatment
Serum yang diformulasi dengan teknolongi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah,melembap dan menghilangkan bintik2 hitam serta jeragat di kulit wajah
Bahan2 yang terkandung didalamnya iailah ekstark bunga paeonia,ektsrak buah pear,ekstrak kacang soya,akar pokok ginseng,ekstrak daun melia, salix alba dan agen2 aktif yang lain


Apa kebaikan produk ni?

* Mencerah,memutih dan menggebukan kulit

* Melembap dan menaturalkan ph balance

* Memudarkan jeragat dan bintik hitam

* Mengecilkan liang pori yang terbuka

* Menegang serta menanjalkan

* Membuang lebihan minyak

* Mensekatakan tekstur kulit



Haaa amacam,dah tau kan,kebaikan dan bahan-bahan serta apa yang ada dalam set ni? Jom tengok cara nak pakai pulak supaya cepat kesannya.

1. Mild Cleansing Bar (MEMBERSIH)

-Gunakan sabun sebagai pembersih muka,ambil buih sabun dan gosok ke muka termasuk bahagian leher.
- Kemudian bilas dengan air biasa dan lap

2. Skin Perfecting Toner (MELEMBAP)

- Spray toner terus ke muka tanpa guna kapas atau cotton ball
- Kemudian sambil dap2 dan tepuk2 ke muka hingga ia masuk ke dalam liang roma
- Elak kan spray di kawasan mata dan keliling mulut
- Tak perlu spray hingga ke paras leher

3. CC cream + Primier Spf 30 (MELINDUNG)

- Sapukan krim pelindung ke muka dan bahagikan kepada 5 titik iaitu dahi,hidung,pipi dan dagu
- Kemudian sapukan sekata dan boleh lah mengunakan bedak asas diatasnya
- krim pelindung ini adalah mesra solat dan diyakini

4. Serum Intensive Repair ( MERAWAT)

- Titiskan 3-5 titik serum dan sapukan ke muka sambil membuat sedikit urutan menaik ke atas dari bawah dagu
- Lebihkan sapuan untuk dikawasan yg bermasalah
- Boleh disapukan hingga ke paras leher

5. Floral Mask

- Ambil satu sudu gel masker dan sapukan nipis ke muka
- Biarkan seketika selama 15minit
- Kemudian bilas dengan air biasa
- Boleh dipakai pada bila2 masa dan dalam keadaan relax
- Digalakkan menggunakan masker ini 3x seminggu untuk kesan yang terbaik
- Masker ini akan menjadikan kulit lembut dan lembap serta glowing


Waktu Pagi

* Sabun Pembersih
* Toner Penyegar
* Krim Pelindung


Waktu Petang
- Sabun Pembersih
- Toner Penyegar
- Krim Pelindung

Waktu Malam
- Sabun Pembersih
- Toner Penyegar
- Serum

# Untuk 2 minggu awal penggunaan digalakkan untuk memakai serum pada waktu pagi,petang dan malam
# Selepas 2 minggu hanya perlu memakai serum pada waktu malam sahaja

Okeh meh nak kongsikan pulak komen Cik Sue lepas try produk ni selepas 2 minggu :

-Masker tu best sangat pakai,selesa di muka,rasa segar sangat
-Cik Sue suka betul dengan sabunnya,lepas cuci rasa tegang je muka
-Lepas 4 hari pakai,parut mula nampak pudar.
-Kulit muka pun kurang berminyak.


Nak try tak ? Detail kat bawah ni ye :


Untuk Permulaan Ni Harga Rm 149.90. Dan Anda Akan Dapat Mask Percuma Bernilai Rm 49.00

Untuk maklumat lanjut boleh lawati :-
facebook: https://m.facebook.com/demorabeautycare/
Instagram : DemoraSkinRepair


Untuk pembelian:-
Whatssap : 019-2321580

17 singgah dan taip sket..:

Buku Kedua Mat Luthfi : Momen2 Matluthfi

1:28 AM Sue Izza 5 Comments






Korang tahu tak ni? Buku kedua Mat Luthfi dah keluar? Alaaa Mat Luthfi yang glamer dengan video-video di youtube dan buku pertamanya Catatan Mat Luthfi tu.13 December lepas Cik Sue berpeluang ke perlancaran buku kedua Mat Luthfi ni iaitu Momen2 Mat Luthfi,bertempat ni MPH Nu Sentral.

Mula-mula sampai tak de la ramai mana peminat dia,kami (Razi,Najeeb ,Yantle ,Yaya Cendana dan Cik Sue) dapat dok depan,memang bertuah rasa.Alih-alih pusing belakang tu diaaa,penuh,sesak peminat Mat Luthfi.Masa bila depa mai pun tak tau la hehehee.Jemputan dari Puteh Press dan Geng PTS kali ini memang Cik Sue nantikan,sebabnya dah khatam buku pertama Mat Luthfi ni,yang khabarnya terjual lebih dari 125,000 naskah.




Kehadiran Mat Luthfi memang di nantikan dan mendapat sambutan hangat,di samping berjumpa mesra dengan peminat ada juga penyampaian hadiah untuk pertandingan komen di FB Puteh Press.Pastu mula la si Mat ni membebel,memag satai dan tak macam majlis launching biasa,dok dengar celoteh dia tak larat nak gelak.Memang sempoi.












Lagi gamat bila "klon" Mat Luthfi naik ke pentas,cuak sekejap Mat di buatnya ,nak tau siapa cer korang klik link ni KLIK.

Selesai majlis ,diadakan pula sesi bertemu peminat dan tandatangan buku Momen2 MatLuthfi yang terbaru tu.Berbaris panjang juga la,phewww,jenuh nak tandantangan hehhe.Sementara rakan media menunggu di dalam bilik untuk Press Conference yang tak berapa nak formal tu,gelak je lebih.




Semasa Press Conference ni la Mat Luthfi jelaskan kat kitaorang yang dia akan check balik setiap catatan sebelum di terbitkan supaya tiada yang kontroversi dan apabila enyentuh isu-isu semasa beliau lebih suka tunggu sehingga isu reda baru menulis,dan pastinya dengan cara sindiran dan sinis.






So,korang apa lagi,pi beli cepat Momen2 Mat Luthfi ni,tak rugi,Cik Sue dah abis baca pun.Dalam senyum ada yang boleh kita pikirkan dengan lebih mendalam,bukan sekadar hiburan gelak tawa,malah ada catatan yang pastinya boleh membuka minda dan hati kita.

Momen2 MatLuthfi boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH,Popular dan banyak lagi atau beli je online di BOOKCAFE, mudah.

bisik-bisik:

Baca buku Mat Luthfi ni korang kena buka minda,walau dalam gurau ada pesanan yang terselit.Tak bosan membaca.

5 singgah dan taip sket..:

Resepi : Sukun Goreng Ranggup

4:30 PM Sue Izza 3 Comments



Sedapkan layan goreng-gorengan petang-petang gini.Petang semalam kebetulan cuti lepak kat rumah,sempat goreng sukun yang mak mertua bagi minggu lepas,sib baik elok lagi.First time Cik Sue goreng sukun ni,sebelum ni reti makan jeGigih la dok belek buah sukun,potong pun ikut suka,try and error katanya.Nasib baik la gorengannya rangup dan ok seperti permintaan encik suami.Jom tengok versi Cik Sue goreng sukun ni.

Bahan:
1/2 biji buah sukun-potong nipis-nipis
2 senduk tepung gandum
1/2 senduk tepung beras
2 biji telur
3 sudu air kapur-kapur makan
garam
1 cawan air
secubit serbuk kunyit

Cara:
-pukul telur sampai sebati dan campurkan dengan semua bahan lain kecuali sukun.
-masukkan air ikut pekat mana bancuhan yang kita mahu
-kacau sampai sebati jangan berketul
-nak senang masuk je dalam blender sekali dengan air tadi dan blend je hhehhehee lagi mudah
-tuang dalam mangkuk dan masukkan sukun
-panaskan minyak dan goreng sukun yang di celup dalam bancuhan tepung tadi dengan api perlahan,hingga kekuningan ,balikkan dan angkat,toskan minyak.

Boleh makan dengan sos pencicah atau kicap cili,di tambah dengan kopi o panas,wahhhh memang layanlakan.Bancuhan yang lebih jangan buang,simpan dalam peti ais,lain kali kalau ada pisang ke,cempedak ke ubi ke potong dan celup je.

bisik-bisik:
Mr D puji sedap dan ranggup,yeaaaaa berjaya,lain kali bleh buat lagi

3 singgah dan taip sket..:

Resepi : Spiral Pasta with Bolognese Sauce

11:14 PM Sue Izza 6 Comments



Kebetulan cuti hari ni sempena kemenangan Nana kat Gegar Vaganza eh hahhaha tak de maknanya,ai is mc ,otot koyak yang jatuh motor hari tu sakit semula,so rest kat rumah hari ni.Jadi dok umah mana boleh dok sesaja kan,tambah lak hujan lebat,perut buat konsert senriasa la.Dinner malam ni simple je,malas masak nasi dengan lauk bagai-bagai.Nak buat spageti dah selalu,boring dah,kita try pasta spiral la,ingat nak buat carbonara ,mushroom lak tak de,bolognese pun bolehlah.

Spiral Pasta with Bolognese Sauce

Bahan :
3 senduk spiral pasta,rebus dengan sedikit minyak zaitun dan toskan.

bahan sos:
sos traditional prego-pakai yang dalam tin-1 tin
3 batang -sosej ayam potong serong
brokoli hijau-ikut suka nak buh banyak mana heheheh
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih ketuk atau tumbuk
secubit daun thyme
6 biji tomato ceri belah dua
serbuk keju parmesan
garam,gula

Cara :
-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan besar hingga kekuningan ,masukan daun thyme
-masukkan sos prego,kacau rata dan masukkan sosej ,brokoli dan tomato ceri
-perasakan dengan garam dan gula
-hidangkan pasta dalam pinggan curahkan sos di atasnya dan taburkan serbuk keju parmesan.

bisik-bisik:
Sib baik En Suami tak banyak songeh,telan je apa yang di hidang hehehhe
ni lagi sedap kalau ada beri tu ,buah avocado ke kan ,omputih sangat cik sue oiiii hahhahah
pengaruh Asian Food Channel la ni hahhaha....

6 singgah dan taip sket..:

WW: Mahu jadi api atau air?

9:27 AM Sue Izza 5 Comments



" Hawa ada "kuasa" menenangkan jiwa.Kuasa luar biasa ini mampu meredakan amarah Adam yang kadangkala menggila tak tentu hala.Tetapi harus di ingat,hanya Hawa yang "halal" untuk Adam yang mampu memberi sebenar-benar ketenangan,bukan sebaliknya.Oh Hawa juga boleh jadi 'kryptonite' buat Adam 'Superman' " - Dr Anwar Fazal

bisik-bisik:
Pilih anda mahu jadi yang mana,api atau air?

5 singgah dan taip sket..:

Magic Spell? Magic Potion?

4:46 PM Sue Izza 4 Comments

Apa yang magic-magic ni? nak jampi orang ke apa? Ha meh Cik Sue cite ngan korang,pasal Magic Potion ni.Nak cantik kan? nak kulit mulus kan? Magic Potion boleh membantu,tak yah nak sapu-sapu,tenyeh segala,spray je.Cik Sue dah pakai memang best sangat.Hanya spray je kat muka,ye spray je tak yah nak cari tisu nak sapu ke calit-calit ke.Ye la sekarang orang semua nak cepat nak mudah kan,tapi nak yang berkesan,nah amik Magic Potion ni,bawa buh dalam beg,bawa je pi mana-mana,rasa nak pakai spray je.


Memang mudah menggunakannya,spray sprayyyy je,rasa mengantuk ke lesu ke,rasda muka dah kering ke sprayyyy je,mudah.Hari tu Cik Sue pi kenduri ke Bahau,berjam gak dalam kereta ,muka dah berlengas dan tak selesa,apa lagi sembur je la terus segar,hilang mengantuk juga.segar je rasa muka. MAGIC POTION bahan nya adalah berasas kan air iaitu BEAUTY WATER..tidak ada bahan lain seperti chemical dan sebagainya.Jadi jangan risau,ala macam kita basuh muka la tapi spray magic potion ni ada khasiatnya,dan memang elok untuk kulit muka.



spray je
Kalau nak spray selepas berbedak pun ok ia mengekalkan mekap kat muka,seharian kat pejabat dan lesu pun boleh spray,tak de masalah.Sekarang memang Cik Sue bawa buh dalam beg ,senang bila-bila nak pakai,amik spray je.



Antara kelebihan Magic Potion ni:

MAGIC POTION dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya.

MAGIC POTION mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.

MAGIC POTION bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.

MAGIC POTION dapat mencerah dan  mengengencangkan kulit.

**dan paling paling BEST ialah ANTI AGEING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi.

MAGIC POTION juga dapat membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya.

Apalagi dapatkan cepat,kalau korang nak beli detail ada kat bawah ni ye:

Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524

4 singgah dan taip sket..:

Nasi Lemak Strawberry hanya di Teh Tarik Place,Selayang.

8:30 AM Sue Izza 2 Comments


Mesti yang dah selalu lepak Teh Tarik Place kan? tapi untuk pengetahuan korang setiap cawangan punya signature dish atau menu tersendiri yang tiada di cawangan lain.,Yang mana di jua hanya di cawangan tersebut mengikut kemahuan tuan punya cawangan.

Cik Sue berkesempatan lepak dan mencuba menu menarik di Teh Tarik Place di Selayang ,terletak ni Emerald Avenue.Memang mudah nak parking kereta kat sini.susana pun tak terlalu sesak walau hari sabtu.

Dan kami di hidangkan menu unik di sini,iaitu nasi lemak sambal strawberry.Ye tak semua tempat ada hidangan ni,susah nak dapat.Ni komen tekak Cik Sue la ye : Nasi lemak seperti kebanyakan tahu la kan rasanya  maam mana,tapi hidangan nasinya cukup rasa lemak dan aromanya memang sedap,dari segi sambalnya memang rasa yang unik,sebelum ni cik sue pernah dengar sambal strawberry ni tapi tak pernah cuba makan lagi,namun kali ni memang tak lepaskan.Alhamdulillah memang sedap,tak reti nak describe secara detail,tapi rasa sambal tu memang ngam dengan nasi.Wajib cuba bila datang sini ye,sepatutnya hidangan ada ayam goreng tapi kali ni tak amik ayam goreng.


Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberry – RM12.50

Selain menu unik itu ,terdapat menu istimewa yang tiada  di cawangan lain juga.Ini pula nasi lemak Basmati iaitu dari beras Basmathi,memang lembut sangat nasinya dan wangi,sedap.Berbaloi dengan harga,malah agak murah bagi Cik Sue dengan kualiti nasi dan sambal yang sangat kena ni.


.       Nasi Lemak Basmati – RM5.50

Kemudian,kami di hidangkan dengan menu Nasi Goreng Campur yang ermmmmm tak terkata sedap bila makan panas-panas dengan telur mata yang kuningnya masih goyang heheheh..di tambah dengan keropok keping ,memang lengkap.


Nasi Goreng Campur – RM8.50 (without egg) ; RM10.50 (with egg)

Sememangnya tuan punya Teh Tarik Place Selayang ni orang Johor,sebab tu dia buatkan set Kacang Pool sebagai tarikan di sini.Bukan senang nak dapatkan menu Kacang Pool yang betul-betul sedap ni.Di sini korang harus cuba ,memang sedap,sebelum ni Cik Sue pernah makan yang di jual di pasar Ramadhan tapi tak sesedap yang ini.Cuba tau.


      Kacang Pol Set – RM9.90

Kemudian kami di hidangkan dengan hidangan Kuey Teow Cantonese,menu ini memang biasa jumpa di mana-mana kafe dan restoran tapi yang ini lain skit siap ada suhun goreng ranggup dan cili potong yang di tabur,Cik Sue rekemen korang cuba,rasa yang sempurna.


      Kuey Teow Cantonese – RM9.50

Dannnnn datang pulak asam laksa yang Ya Allahhhhh memang menggoda tau,sedap wehhh,dengan kuahnya yang pekat rasa ikannya.cili telur yang melengkapi hidangan,haihhh memang Cik Sue suka sangat menu ni,puas makan.

    Asam Laksa – RM7.50

Haaa  menu ni pulak sesuai sebagai kudapan petang-petang lawan dengan kopi o ke teh o panas ke,memang wallah la.Uniknya kerepok lekor ni di hidangkan dengan 6 sos istimewa tau antaranya mayonis,madu,blacpepper,bbq dan yang lain lupa,sorryyy...nak tau pi la rasa sendiri.Tak menyesal hokeyyy.


      Kelopok Lekor Rainbow – RM6.00

Dan menu terakhir kami buncitkan perut hari tu adalah roti canai sardin.Yang ini memang ada di Teh Tarik Place tapi yang kat cawangan ni agak sedap,pandai penebar rotinya.Secukup rasa sardinnya.kuah pun pekat ,sedap je.


 Roti Sardin – RM4.50

Terima kasih banyak Food Ink belanja kami makan,puas hati dengan menu Teh Tarik Selayang ni,memenuhi selera kami,walau ada menu yang biasa tapi di sebabkan rasa yang sedap ia menjadi pilihan.Kadang kala,makanan dan meu sama tapi rasa tu yang berbeza sedap atau tidak.Semoga cawangan ini akan mengekalkan rasa makanan yang di hidangkan kepada kami ye.Semoga terus sukses.

muka senyum perut kenyang

Oh ya ,kalau ada yang nak order kerepok lekor istimewa tu boleh kontek detail seperti dalam gambar di bawah ye,nak buat meniaga pun boleh,kontek je,boleh nego-nego.


Cawangan Teh Tarik Place Selayang ni juga boleh di sewa untuk sebarang majlis,kalau nak buat majlis harijadi ke,mesyuarat ke,boleh je,detail seperti di bawah ye:



Catering for Event:
-          Rental for event (2 hrs) – RM1000 (without food)
-          Rental for event (2 hrs) – RM1500 (with 20 pax food)

-          Add on additional pax - RM25 per pax


Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm;
 Fri-Sun 9.00pm – 12.00am

Contact No: 03-61275560

Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm;
 Sat :  8.00am – 9.00pm
Sun : closed

Contact No: 03-22011888
Food Ink: foodink.bangsar


bisik-bisik:
teringat lak sambal nasi lemak strawberry tu,yummmmmm....

2 singgah dan taip sket..: