Bikers Kental di pentas teater

10:16 AM Sue Izza 2 Comments

Sapa pernah tengok filem Bikers Kental? Cik Sue ngaku memang tak pernah tengok di pawagam hanya tengok di tv je tu sekerat-sekerat je,hujung-hujung mata orang kata,kononnya dalam fikiran mesti biasa-biasa je citenya.Tapi kali ni Cik Sue di jemput layan dalam bentuk teater pulak kat Istana Budaya,ajak Mr D teman sebab tau dia suka awie hehehhe.


Ramai jugak rakan-rakan blogger yang hadir,agak meriah la.Di tambah pulak dengan pameran KL Bike Week,dengan motor besar kan,lagi la meriah.

Gabungan pelakon-pelakonnya memang kena ,zizan dan awie lebih banyak membuat lawak spontan,sudah cukup mencuit hati penonton.Di bantu dengan kehadiran Nadia Brian,Ayie Hushairi dan ramai lagi memantapkan persembahan malam tadi.



Paling best part nyanyian live dari Awie,bukan senang tau nak tengok dia nyanyi spontan macam tu.Bila penonton ikut nyanyi bersama gamat panggung dengan aksi lucunya.Secara keseluruhannya pementasan yang bagus bila filem di bawa ke pentas teater cuma ada beberapa part pada pandangan Cik Sue tak sesuai di tonjolkan seperti adegan awie merokok dan lawak-lawak yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.Memandangkan kanak-kanak juga ada menonton harap lebih berhati-hatilah dalam scene yang di lakonkan.




Bagi korang yang berminat nak tengok boleh dapatkan tiket seperti di bawah ye : 

Tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185, RM305 
boleh didapati di www.redtixairasia.com atau Kaunter Box Office Istana Budaya


bisik-bisik:
Ada nampak poster teater ombak rindu yang akan datang,bestnyaaa kalau ada peluang pergi tengok,dah la peminat tegar novel tu ,siap simpan koleksi sambungan lagi....ada yang nak belanja tak? ngeeeee.....

2 comments: