04 January 2016

Sebenarnya kannnn,Cik Sue tak pernah pergi buat manicure pedicure alaaa yang rawat-rawat kuku kaki tangan ,pastu kuku jadi blink-blink tu.Ha bukan tak nak tapi tak de kawan,kita malu,dan tak reti huuhuu,nak je sebenarnya.

Impian tercapai la rabu lepas sebagai hangout hujung tahun bila Abg Ben ajak pi cuba kat Curio Green Paradise kat Bangi Sentral.Ingatkan Cik Sue je tak pernah,Abg Ben pun tak pernah,hehehhehe yeayyyy ada geng.Green Paradise ni ada cawangan lain di Ampang Point dengan Wangsa Walk.Masuk-masuk je pusat rawatan ni semerbak bau aroma limau,rupanya produk diorang sendiri di guna pakai untuk rawatan memang berasaskan limau,best sangat bau.segar!



Terletak di tingkat 1,Bangunan baru di Bangi Sentral ,landmarknya senang je ,barisan belakang Bella Ammara.Pusat ni bukan macam butik kecantikan biasa yang ala-ala spa tu,tapi lebih macam klinik rawatan dan penjagaan kesihatan kaki dan tangan.Kiranya maam kita pi klinik,ada nurse yang akan rawat ,haaaa macam tu la.Sini memang tak de la nak kaler-kaler kuku bagai,paling-paling pun bagi kiat-kilat tu je.Pengkhususan lebih kepada merawat penyakit kulit dan kuku di kaki dan tangan.Lebih kepada kebersihan dan cara menjaga.



mendengar penerangan dari En Zul,owner kedai.
Kami di sambut oleh owner kedai dan isterinya En Zul Marican dan Puan Haskina Wan Kassim,penerangan di beri berkenaan masalah-masalah yang mereka boeh selesaikan dan penerangan bagaimana mereka membantu merawat.Mereka banyak merawat masalah seperti ketuat,kuku rosak,masalah tumit kaki merekah,keadaan kulit di bahagian kaki yang keras dan kematu,malah rawatan penjagaan kuku bagi pesakit kencing manis pun boleh mereka lakukan.Kalau yang kena masalah kuit di bahagian kaki macam orang kampung kata makan dek air tu kan,haaa bolehla datang,diorang akan rawat dan bagi nasihat cara penjagaan.



produk penjagaan mereka sendiri
Selepas sesi penerangan kami di bawa masuk ke bahagian rawatan,wahhhhhh memang selesa dan ruang adalah terbuka.Yang best kerusi sangat selesa ,kalau duduk buat rwatan maunya tertidur,dah macam vip lak hehhehe.Tempat rawatan adalah terbuka,jadi lelaki perempuan sekali.Tapi jangan risau ,aurat masih terjaga ,di beri selimut ,dan hanya tempat rawatan yang di buka,kaki dan tangan.kalau nak privacy,duduk sebelah belakang langsir dan turunkan langsir.Itu boleh mintak.Perawat dan staf yang membuat rawatan adalah perempuan ,dan pakai sarung tangan ,jangan risau ye.Rawatan pun professional,seperti jururawat.Anggap la anda pergi klinik dan nurse balut luka,haaaaa macam tu je.







Cantikkan ruang rawatan ni,bersih dan kemas ,wangi pulak tu.Kami mula mengambil tempat,ada yang merawat kuku tangan dan Cik Sue amik rawatan kaki memandangkan Cik Sue ada masalah tumit merekah,haaa ai is memang failed skit penjagaan kaki ni,tak reti dan tak sempat nak cara lebih-lebih,sekadar bersihkan time mandi je.


Rasa bertuah bila Puan Haskina sendiri yang merawat kaki Cik Sue,segan pun ada ngeee,tapi nak elok terpaksa la tebalkan muka jap.Yang penting kaki Cik Sue terawat,bersih dan sihat.Sambil rawat Puan Haskina menerangkan cara penjagaan dan bagaimana mengelakkan lagi kaki jadi begitu.Rawatan ni Foot Health Theraphy namanya.


Mula-mula kaki Cik Sue di sapukan bahan untuk lembutkan kulit-kulit mati dan menyegarkan.Pelembut ni untuk memudahkan kerja membuang sel kulit mati dan merawat kaki nanti.


Kemudian kaki di balut untuk bahan itu di serapkan oleh kulit,macam perap rempah gitu hahhahah




Pastu balut ngan tuala untuk kemaskan lagi perapan ye hahhaa...rasa fresh je kaki,sebab bahan tu asasnya dari limau,sama la jugak macam kita rendam kaki dalam air suam dengan garam tu.Bila balutan tu di buka,kaki Cik Sue di basuhkan dulu,kemudian di sental dengan penyental khas.Ini tu buang kulit-kulit mati tu.Lepas tu ada di sapukan losyen.


Taraaaa,nampak tak beza yang kiri tu dah siap yang kanan tu belum sental lagi hehehhe...



Jangan tak tau ,habis rawatan tu kerja Cik Sue dok usap tumit kaki je hahahhah,licin ko.teruja rasa,bertahun tumit pecah-pecah sekali gi rawatan,licin wooo.Pastu dok feeling-feeling cam model lak jalan jengket-jengket hahhahaa.

Kawan-kawan yang lain ada juga yang buat rawatan tangan,siap ada scrub tangan ,best je,nanti next time Cik Sue nak datang buat rawtaan tangan pulak.Fiza dan Najeeb buat rawtaan tangan kuku siap kilat-kilat tu.Tak pe,nanti Cik Sue datang sendiri lak.








Haaa,ramai yang kata orang kaya je jaga-jaga kuku bagai ni,manicure pedicure ,kuku kilat-kilat bagai.Jangan salah sangka,harganya tak mahal mana pun,macam pergi salon rambut juga.malah ada pakej lagi yang menjimatkan,nak jadi ahli pun boleh nanti dapat diskaun.Cer tengok harga kat bawah ni,bagi  Cik Sue berbaloi je,sebab hasilnya memang tiptop.




Rupanya bila borak-borak ,Pusat rawtaan ni juga adakan kelas kemahiran untuk membuat rawtaan dan penjagaan kaki dan tangan ni untuk sapa yang berminat,siap dapat alatan untuk jalankan perniagaan sendiri secara mobile lagi ,maksudnya tanpa kedai la,kalau nak buat kat kawan-kawan dari rumah ke rumah ke,atau kat opis time rehat ke,bolehlah tambahkan pendapatankan.Jadi sapa yang berminat boleh lah hubungi diorang.

Boleh hubungi mereka seperti detail di bawah ye :


En Zul Marican : 012 689 0197
Facebook : https://www.facebook.com/greenparadiseCurio
Facebook Green Paradise Bangi - https://www.facebook.com/greenparadisebangi
Instagram : http://www.instagram.com/curio_official

Alamat :
Green Paradise Bangi
No 5-09-02 Tingkat 1,
Bangi Sentral,
(Atas Butik Alisha Faysal, Blok Belakang Butik Bella Amara / Pen Merah)

bisik-bisik:

Tak sabar nak bawa Mr D gi buat rawtaan kaki sebab kuku dia ada masalah.
sebagai hadiah kerja keras dia cari duit tuk family kan ,asyik keje je....hehhehehe


35 singgah dan taip sket..

Wahhh mcm best je rawat kuku. Teringin nak buat juga

REPLY

Wahhh mcm best je rawat kuku. Teringin nak buat juga

REPLY

Syoknya Sue.. Sekali sekala diri ni kena dimanjakan jugak tak giteww.. Jalan jengket2 tak tahan.. Hahahhaa

REPLY

Wow..mesti bestkan....manjakan diri kat situ...

REPLY

Suka sgt gi spa camni...sambil tu blh relaxkan badan...

REPLY

memasing kuku berkilat..kih kih

REPLY

tak sabar nak pi ni.. best nya..

REPLY

fuh, tengok kuku masing-masing berkilat memang berbaloi rasa datang sini. Tumit ni pun dah pecah-pecah ... nanti nak try jugak la :D

REPLY

Macam best je...berkilat kuku

REPLY

Macam best je...berkilat kuku

REPLY

Bestnya,lain kali boleh la try jugak..

REPLY

Bestnya,lain kali boleh la try jugak..

REPLY

tertarik dengan rawatan kaki ...dan yg paling menarik adalah dia punya kelas....boleh jadikan sumber pendapatan...bagus sangat....

REPLY

Best jugak dpat merasa pengalaman merawat kuku ni. Hehehe

REPLY

Best kan bila kena "parut".. nak ikut nanti taw bila bawa Mr.E akak.. Servis gerenti puas hati nya.

REPLY

bestnya.. kita pun xpenah buat rawatan kaki.. nanti nak cubalah

REPLY

Bestnyaaa tumit licin. Tumit akak kulit dah keras huhu

REPLY

best gak ni..kasi kuku berkilat dengan tumit kasi licin sket...

REPLY

best gak ni..kasi kuku berkilat dengan tumit kasi licin sket...

REPLY

SA suka memanjakan diri macam ni tapi macam Sue cakap la...takde kawan so....lupakan saje..pas ni nak pi jugak mana- mana spa yang ada perkhidmatan macam ni....

REPLY

Patut laa hari tu datang agrofarm kuku memasing blink2 je.. dari jauh berkilau. Haha.. tapi memang best. Nak jugaaaak!!!

REPLY

Patut laa hari tu datang agrofarm kuku memasing blink2 je.. dari jauh berkilau. Haha.. tapi memang best. Nak jugaaaak!!!

REPLY

wah.. dekat je ngan shehan ni ha. kt ampang point. klu sebut nama KBBA, dpt diskaun x? kekekeke

REPLY

Wowww wangsa walk ada haaaaa dekat ni leh pi usya nanti free...encik abg tumit merekah sgt so kena pi hantar treatment ni

REPLY

waaa ! ampang point pun ada jugak lahhh
dah dekat kat rumah mak. boleh bawak mak dimanja-manjakan

REPLY

Teringin nak buat rawatan kaki tu.. tp kaki sensitif.. kulit nipis.. boleh gak ke ?

REPLY

Dah lama cari rawatan kuku kaki ni dengan harga berpatutan..bagus dah ade ni..lehla lepas ni manjakan kaki dan tangan..tak pernah buat pun..kaki dan tangan pun dah nampak tak lawa..

REPLY

Patutla tgk kuku kaksue ngerlips ngerlips jee haaa hehe

REPLY

Waa.. best.. bolehtry nie...

REPLY

sesekali memanjakan diri best juga

REPLY

ain datang singgah sini dan follow .
salam perkenalan dan selamat tahun baru :)

REPLY

Lepas baca entri ni saya pun tengok semua gambar kat atas. Saya baca dulu baru tengok gambar. Yg baju merah tu macam saya pernah tengok. Siapa dia tu?

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates