06 January 2016

Bukan mudah sebenarnya bagi Cik Sue tuk dapat peluang belajar fotografi dan berkaitan kamera ni,selain masa yang cemburu tambah pulak dengan segan dan malu,kononnya bukan kamera mahal pun.Rupanya Cik Sue salah ,tak perlu kamera mahal pun,yang penting ilmu dan tekniknya.Peluang mengikuti Bengkel Fotografi KBBA anjuran Kelabbloggerbenashaari dengan kerjasama Agrofarmstay@ Skill Tech,Durian Tunggal bersama penaja Nanafa Beauty serta Polytron Melaka,memang Cik Sue tak lepaskan.Walau di Melaka sanggup pergi,paksa Mr D temankan sambil-sambil dia berehat,Cik Sue pula menambah ilmu fotografi bersama Cikgu Adhadi dari www.adhadi.com.

Kelas bermula selepas pendaftaran dlam pukul 10 pagi,Perkongsian awal berkenaan teori dan fungsi mode pada sesebuah kamera.Memang teruja belajar sebab Cik Sue ni memang zero la bab kamera tau snap je ikut dan kalau tak jadi snap je la sampai jadi hahaha.




Penerangan dan pengajaran dari Cikgu Adhadi memang jelas la,seronok Cik Sue belajar walau ada jugak yang tak paham heheh,biasa la hilang fokus dok main-main,Banyak yang di ajar macam mana komposisi gambar lighting dan teknik-teknik yang betul,Kononnya dulu minat nak belajar tapi malu sebab tak de kamerakan.Rupanya dengan handphone pun kita boleh dapatkan gambar yang cantik dan setarag dslr.





Bukan sekadar kelas teori malah secara praktikal pun di ajar ,siap tunjuk ajar kat kamera masing-masing lagi,cikgu memang sporting melayan kerenah anak murid yang macam-macam tu.Kami juga di ajar bagaimana mendapatkan cahaya yang cukup menggunakan reflector haa yang ni menarik bagi Cik Sue.



Selesais emua kelas teori,bagi kelas sebelah petangnya kami di ajar cara yang betul untuk ambil gambar yang cantik dengan prop yang di sediakan.Seronok bila ramai-ramai kat outdoor dok berebut cikgu suruh ajarkan hehehe.Memang banyak manfaat kelas asas macam ni,sekurangnya walau tidak menjadikan kerjaya tapi kepuasaan dalam mengambil gambar tu ada.Barulah boleh menyampaikan maklumat dengan jelas dan nyata.





Mengikuti bengkel sebegini memang berharga bagi Cik Sue tapi jangan risau kalau tak dapat tumpukan perhatian atau masa mencemburui untuk mengikutinya,korang boleh dapatkan dvd pembelajaran yang sangat mudah di fahami dalam bahasa melayu lagi dari Cikgu Adhadi ni.Segalanya di ajar dari asas dan ada juga dvd untuk editing gambar.Ada banyak jenis dvd boleh korang pilih atau kalau nak tanya tentang kelas-kelas yang diadakan pun boleh.


Macam mana nak dapatkan dvd dan bertanya tentang kelas-kelas fotografi ni :
Korang boleh ke facebook : https://www.facebook.com/adhadi6 
Boleh pm dan bertanya apa yang anda mahu berkenaan fotografi.

K bye nak gi tengok dvd heheheh... 









3 singgah dan taip sket..

hai , ain datang singgah ke sini :)

REPLY

seronoknya kak sue.. zizie pun teringin nak belajar teknik fotografi.. tapi, belum ada masa lagi.. huhu

REPLY

best le pah ni dok ambek gambar dah mcam prooo

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates