25 February 2016

Akhirnya perancangan dan ura-ura dari tahun lepas lagi menjadi kenyataan pada Jumaat 19 Februari 2016 yang lepas.Sebulan awal kami sudah di briefing dan membuat persiapan serta merancang perjalanan.Dengan kerjasama Han Rainforest Resort , kami seramai 35 orang blogger wakil Kelab Blogger Ben Ashaari di bawa ke Taman Negara Kuala Tahan untuk merasai sendiri pengalaman mendekatkan diri dengan hutan warisan serta khazanah yang tidak ternilai,juga mencabar diri menyertai aktiviti di sana.

berkumpul di Matic,Jalan Ampang sebelum bertolak.
Kami berkumpul di Matic,Jalan Ampang sebelum di jemput oleh bas yang di sediakan oleh Han Rainforest Resort,terima kasih Matic.Kami bertolak dalam jam 9.30malam dan sampai di Taman Negara Kuala Tahan lebih kurang jam 1.30 pagi,di beri bilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti keesokan paginya.Bilik yang di sediakan pihak Han Resort amat memuaskan hati.

Sabtu 20 Februari 2016,hari pertama kami di sini,aktiviti yang kami ikuti adalah Jungle trekking ke Bukit Terisek,menaiki Canopy Walk,Rapid Shooting Boat di Sungai Tembeling dan malamnya berkhemah di pesisir sungai di Kg Dedari,kawasan kampung Orang Asli suku kaim Batek.

berjaya ke puncak Bukit Terisek

berjalan merentasi hutan melalui Canopy Walk
basah kuyup bermain air aktiviti rapid shooting-bot laju

menyelami kehidupan dan budaya suku kaum Batek
berkhemah di pesisir Sungai Tembeling

Ahad 21 Februari 2016,hari kedua kami di bawa menaiki pacuan 4 roda ke Hutan Lipur Ulu Tembeling,Sungai Pengau yang mana tidak ramai yang tahu ketenangan kawasan ini untuk beriadah.Kami di bawa dengan 4wd melalui jalan tanah merah atau off road untuk ke kawasan ini yang agak mencabar perjalanannya.Boleh sakit pinggang juga di buatnya.

sempat beramah mesra dengan penduduk kampung Dedari dan mengagihkan produk dari penaja

merasai sendiri merentasi off road hutan dengan 4WD

Isnin 22 Februari 2016 pula kami bersama program "Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati Bt Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia dan Kelab Blogger Ben Ashaari".Mengikuti majlis perasmian Eco Adventure Camp yang di selia oleh Han Rainforest Resort sendiri,juga sesi beramah mesra antara blogger-blogger yang ada dengan Datuk Mas.

bersama Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Datuk Mas menandatangani Tshirt rasmi kembara Kbba ke Taman Negara.

KAMI

Alhamdulillahhh,trip yang sangat best setakat ini, berjalan lancar dan meninggalkan 1001 kenangan bagi setiap blogger yang sertai kembara kali ini.Insya Allah,akan ulangi lagi.Untuk semua kawan-kawan KBBA korang memang AWESOMEEEE!!!!!!.

Terima kasih juga para penaja

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki
p/s-
Tunggukan entri tentang setiap aktiviti yang Cik Sue jalani di sana ye.tungguuuuu....banyak yang nak di ceritakan.

bisik-bisik:
Bangga terasa bila kelab dan komuniti yang Cik Sue sertai dari awal mula membuka mata pihak-pihak dan orang-orang penting,walau kami bukan blogger-bloger ternama,Alhamdulillah berkat kerjasama kami mampu lakukan yang terbaik.Semoga ukhwah dan semangat setiakawan ini terus kekal di hati masing-masing.

10 singgah dan taip sket..

Bangga menjadi sebahagian drpd KBBA9. Walaupon xdpt join aktiviti mcm ni. Seronok tengok. Tahniah KBBA9.

REPLY

Walaupun tak dapat join tapi dapat rasa keseronokan tu..sobsob

REPLY

Memang seronok gila...rasa cam tak nak balik pun ada...tenang je kan

REPLY

semua aktiviti best, semua ahli KBBA havoc and awesome..
rindu memori ni sampai bila²..

REPLY

bestnya kak su.. jeles tahap babun sebab tak leh join..huwaaaa

REPLY

Bestnyaaa pergi tempat nature camni... Bila entah dapat terjah taman negara.. Dah nk dekat je dengan ena..

REPLY

Jelessss. Bestnya tgk korang enjoy kat sana. Harap dpt ikut skali lenkali. Apa pun, bangga dpt jd sebahagian dr KBBA :-)

REPLY

sangat.. sangat. sangat best!!

REPLY

best ! sangat sangat best. lepas ni nak workout. biar tak injured. hehe

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates