Camelus : Produk Susu Unta pertama di Malaysia

11:28 PM Sue Izza 11 Comments

Dah banyak kali kan korang nampak Cik Sue dok hebahkan #camelus kat blog facebook dan instagram kan? haaa kali ni meh Cik Sue kenalkan korang apa itu Camelus.Beberapa hari yang lepas Cik Sue berpeluang ke majlis perlancaran produk Camelus ni di ibu pejabat mereka di Batu Caves.

logo Camelus
Camelus adalah rangkaian  produk berasaskan susu unta yang di keluarkan oleh Palmabrand Camel Milk Sdn Bhd,seperti yang kita tahu susu unta adalah makanan sunnah para Nabi dari zaman dahulu lagi.Khasiatnya memang tak dapat di nafikan lagi.Ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan sangat baik untuk kesihatan setiap peringkat umur.Pertama kali sampai di ibu pejabat Palmabrand  yang terletak di Dolomite Business Park di Batu Caves ni,mula-mula rasa segan tapi sambutan staf beruniform kemas yang peramah dan mengalu-alukan kedatangan kami,terus hilang segan.Pejabat yang kemas dan susun atur yang menarik,dengan mockup unta putih tu,nampak bersih dan suci pulak.

kaunter di pejabat Palmabrand
Ruang untuk tetamu menunggu dan susun atur produk memang memudahkan pelanggan yang datang untuk melihat produk-produk mereka.Sementara menunggu majlis bermula kami berkenalan dan berbual mesra dengan staf serta pegawai-pegawai mereka,sangat peramah.

ruang tetamu

Sambil tu kami di hidangkan biskut-biskut yang menggunakan susu unta sebagai bahan,yang mana bagi Cik Sue memang sesuai sangat buat biskut raya,eh mood raya pulakkan.Tapi biskutnya memang sedap tak de bau susu yang kuat,ye la Cik Sue ni sebenarnya ngada sikit bukan boleh bau susu tepung tu,nanti mula la berkerut dahi.Biskut-biskut ni memang sedap,rasa nak bawa balik je sebalang eh kang tak merasa lak orang lain hehehe.

rasa nak bawa balik je balang-balang biskut sedap ni
Kemudian kami di jemput ke  bilik mesyuarat untuk mendengar penerangan mengenai syarikat dan produk yang di sampaikan oleh Head of Strategic & Corporate Planning,Encik Azhar Sulaiman.Syarikat ini telah menjalankan penyelidikan selama 25 tahun berkaitan khasiat susu unta.Antara khasiat susu unta adalah :

1. Meningkatkan Fungsi Otak
2. Mengurangi atau Menjaga Kadar Gula Dalam Darah
3. Meningkatkan Sistem kekebalan Tubuh
4. Mampu mencegah komplikasi penyakit jantung.

Susu unta adalah lebh pekat dari mana-mana susu haiwan lain seperti kambing dan lembut yang mempunyai lebh air dalam kandungannya.Banyak lagi sebenarya khasiat susu unta ni untuk kita.

penerangan mengenai syarikat dan produk oleh Encik Azhar Sulaiman

Antara rangkaian produk Camelus adalah minuman campuran dengan Tongkat Ali,Coklat,produk minuman kecantikan dan susu unta original.Pihak syarikat juga mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran farmasi dan kementerian kesihatan dengan produk susu unta tulen bagi tujuan makanan kesihatan di mana sesuai dengan misi mereka bukan sekadar menjalankan perniagaan malah membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.Dengan pembungkusan yang menarik dan kemas Cik Sue pun dah tertarik untuk mencuba produk-produk mereka ni.

antara rangkain produk Camelus yang bakal ada di pasaran bulan April nanti
Kami juga di perkenalkan dengan rakan kongsi dan penasihat syarikat dari Dubai iaitu Mr. Hasan Alhammadi dan Mr. Abdulla Al Hammadi,yang turut sama hadir di majlis ini,sangat peramah orangnya,juga Encik Mohamad Nor Bin Mohd Sahak ,Ketua Pegawai Eksekutif Palmabrand Sdn Bhd.

rakan kongsi dari Dubai
En Mohamad Nor Mohd Sahak
Semasa penerangan kami juga di beri segelas seorang minuman yang mengandungi campuran susu unta untuk di cuba,testing session gitu.Tetamu lelaki di beri campuran susu unta dan tongkat ali manakala yang wanita campuran kopi dan susu unta.Tapi Cik Sue rasa je dua-dua jenis hahhaha,tak de rasa pelik-pelik okeh.Apa rasanya? okeh bagi Cik Sue yang tongkat ali tu agak keras sikit rasanya,tapi masih sedap di tekak,yang kopi pula kata orang sedang-sedang.Sesuatu yang pasti TIADA BAU yang kurang menyenangkan ye,harap maklum.haaaa tu penting ye bagi Cik Sue yang bermasalah dengan apa saja susu ni kikikiki.dannn tak payah letak gula dah sedap di tekak,tak kelat sangat dan tak manis sangat sedang elok je.Cik Sue pun perasan satu la ,minuman diorang ni tak seperi 3 in 1 lain yang kalau bancuh pekat akan rasa pening jap kepala,yang ni tidak.

sesi mencuba-amik gambo orang kat depan je la hehhehe
produk kecantikan dan kesihatan

para tetamu  mendengar penerangan

Cik Sue mula rasa tertarik dengan produk mereka ni sebab memang banyak khasiatnya,dan tak mudahkan nak cari produk susu unta di Malaysia,kalau nak kena kirim dari Tanah Arab sana la.Tapi sekarang syarikat Palmabrand Sdn Bhd bawakan khas untuk kita malah dengan cara lebih mudah dan pelbagai.Produk-produk mereka ini akan berada di pasaran April ini,jadi nantikan ye.

Mereka juga mula membuka peluang untuk menjadi agen jualan dan dropship,jadi selain mencuba untuk dapatkan kebaikan susu unta boleh juga menjana pendapatankan? Anda boleh hubungi no telefon di bawah ni ye :

Call/whatsapp/sms : 014-6644262.

atau

call at 03-61787846
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah lihat di


Insta Camelus
FB Camelus
Web Camelus

atau boleh terus ke pejabat mereka di :

Palmabrand Sdn Bhd
No.33-M,Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03-61787846


Kelabbloggerbenashaari dan mereka yang hadir


Terima kasih banyak pihak Palmabrand sudi melayan kami ketika majlis,insya allah Cik Sue juga berminat nak mencuba untuk diri sendiri dan keluarga.


11 comments:

  1. Sebelum ni mmg nmpk geng KBBA duk promote camelus ni..ingatkan jenama pakaian ke?bila dh joint KBBA, baru la tau apa bendanya..mahal x harga dia sue..

    ReplyDelete
  2. Sue izza...typo bnyak.cer check blk..hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Nina suka coffee original. Sedap! Tak pekat sangat macam kat pasaran..

    ReplyDelete
  4. Minuman kecantikan pun ada.. Woww!

    ReplyDelete
  5. Kak Sue suka biskut red velvet..sedap!

    ReplyDelete
  6. Bila la agaknye biskut2 tu nk djual kt pasaran. X sbr nk beli byk2!

    ReplyDelete
  7. tongkat ali..hahahaa.. best yang beben request tu kan..

    ReplyDelete
  8. Kak sue sponsor ai produk yg slimming tu plissssssss.... Hahahahaa

    ReplyDelete
  9. nampak macam sedap..hakak ni tang susu tu payah sikit nak telan.

    ReplyDelete
  10. nak beauty product jer!
    nak cantik2

    ReplyDelete