Sakit itu ujian dan ingatan

2:41 PM Sue Izza 3 Comments

Kadangkala sakit yang datang adalah hikmah tersembunyi yang kita tak pernah terfikir.
Di tarik selera makan,badan yang sakit-sakit adalah ingatan untuk lebih menjaga kesihatan
Masuk hari kedua ,tekak masih pahit,tapi badan beransur ok lepas kena "belasah" dengan bibik semalam,huuhuuu itupun lepas dengar ceramah free sebab tak ikut pantang huuhuu.


Kali terakhir sentuh nasi petang semalam itu pun dengan penuh paksaan ,elok sampai rumah bibik terus "sedekah" kat sinki separuh hehehehe..apa nak buat kan ,ok la at least ada makanan dari dok wek wek kosong,badan pulak sakitnya Tuhan je la tahu,asyik krem satu badan,kejang perut di buatnya,sakit pinggang tak yah cakap la,tahap nak nangis di buatnya.Nak kata ada "isi" dah check tak de apa-apa,urmmmm apa la yang tak kena dengan badan ni huhuuu.


Apapun tetap bersyukur masa sakit macam ni la baru sedar diri dok diam dan berehat,kalau takkkkk memang tak reti duduk diam,adaaaaa je benda nak buat.Itu la hikmahnya Allah nak suruh rehat,badan dah penat sangat,kalau boleh cakap dah lama mengaduh dah...errrrrr....

Alhamdulillah juga ,masa sakit ni la boleh tengok kasih sayang en suami,malam-malam dok jaga puan isteri,dok bebel pasal makan la,ubat la,hehehehe tq sayang.

Insya Allah mula beransur baik,korang doakan Cik Sue ye,tak mo sakit-sakit dah,bosan baring je.

3 comments: