11 April 2016

Assalamualaikummmm...

Yuhuuuuu masak apa tu orang kat dapur? ke dah siap terhidang semua? nak lunch dah kan? Mesti lauk sedap-sedap tu,yang kat opis tapau je la ek...

Cik Sue pun nak menayang jugak la tapi menu 2 3 hari lepas,dah kenyang perut pun.nak masak kari daging nak cicah dengan lempeng sebenarnya,tapi bukak peti ais ayam je ada,belasah la labu hehehee.Tapi kali ni Cik Sue guna rempah Tanjong yang di rekemenkan oleh kawan,rempahnya sedap,tak pedas dan kalau tumis bau dia memang membangkitkan selera,malah kuah jadi lebih pekat dan lemak-lemak gitu,Cik Sue suka.

Rempah Tanjong ni ada berbagai jenis rempah masakan,ada Kari Ikan,Serbuk Kunyit,Rempah Kurma,Kari Daging dan lain-lain.Pilih je nak masak menu apa,kot tak pandai pun tak pe,resepi di sediakan kat belakang pek tu ye.Ala Cik Sue pun kekadang lupa rujuk situ juga hehhehe.

ni antara rempah Tanjong yang Cik Sue ada

Haaaaaa rempah kari ayam tak de kita pakai rempah kari daging je,pun sedappppp sangat dah.
Jom tengok resepi kari ayam mudah Cik Sue meh,mesti korang boleh buatnya,tapi Cik Sue suka kai pekat sebab kalau tak habis makan dengan nasi boleh cicah roti tak pun cicah lempeng,feveretttt tu.

Bahan :
500 gm ayam
3 biji ubi kentang potong dadu atau ikut suka.
1 paket rempah Kari Daging Tanjong,bancuhkan dengan sedikit air.
1 kotak santan pekat
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu air asam jawa
setangkai daun kari
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
sedikit bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Blender bawang merah,putih dan halia,panaskan minyak dan tumis bahan yang di blender dengan bunga lawang,kulit kayu manis dan bunga cengkih.Biar naik bau dan masukkan rempah kari Tanjong.Kacau tumis sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dengan bahan yang di tumis,biar rata dan beramah mesra ye hahaha.pastu masukkan air asam jawa dan daun kari.biar ayam separuh masak atau dalam 5 minit.

3.Masukkan santan dan kacau kerap jangan sampai santan berketul pulak ye.perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih sampai ketang dan ayam betul-betul masak ye,kot tak pasti kentang masak ke tak,cucuk dengan garfu tengok masak ke tak.

4. Dah siap taburkan bawang goreng sikit dan kacau,tutup api,hidangkan dengan nasi panas atau cicah lempeng atau roti jala atau roti biasa,yummmyyyyyy.try tau mudah je hehehhe.


Amacam? mudah je kan? ala memasak ni kena try and error je hehehe,practice make perfect katanya.Eh meh Cik Sue sambung cerita pasal rempah Tanjong ni.Sebenarnya rempah ni dari zaman mak-mak kita lagi ,jadi sekarang mereka membuat penjenamaan baru dan berwajah baru.Terkini remah Tanjong mengadakan pameran di MIHAS yang lalu di Kuala Lumpur Convention Centre dengan menampilkan Chef Liza untuk demo masakan menggunakan rempah Tanjong.





Korang nak try tak? sekarang ada je jual kat pasaraya di Malaysia,yang konpem korang cari kat Mydin ,Insya Allah ada. Tak pun korang terjah je FB diorag kat bawah ni ye untuk maklumat terkini.

FACEBOOK REMPAH TANJONG


bisik-bisik:
En suami puji sedap kari,kembang jap Cik Sue hahahaha...



8 singgah dan taip sket..

tak pernah cuba rempah kari Tanjong ni.. boleh try gini.. :))

REPLY

Wah rajin cik sue masak..ok menarik nya kari ayam cik sue..sebab pe menarik ..sebab cik sue guna tempah tanjong..akk pon guna rempah tanjong jugak..sedapp sangatt masakan bila guna tempah tanjong kan cik sue ka kan kan ..

REPLY

Wahh... Menyelerakan Kari Ayam tuu
Nina pun dah try rempah Tanjong. Nina masak Kurma. Memang sedap! Pun ikut resepi belakang pack aje... Hehee

REPLY

tak pernah lagi try yg ni..boleh la cuba pasni.thankyou :)

REPLY

amboihhh ciksue, terliuq cheq tengok aihhh

REPLY

Sedap jgak.. tpi kan.. tkleh makan kari. Smlm makan kari.. nasi daun pisangtu... balik tu crit birit haha

REPLY

ni nak habaq cik sue.. rempah 'Tanjong' ni memang faveret pcl sejak dulu lg masa namanya 'Peladang'. Tapi kan nak habaq lg, bab nak masak kari/gulai pulak mamaD dia agak lurus sikit..kalau kata kari daging hanya lah untuk dagig saja..xleh nak masak ikan, ayam dsbgnya.. , pernah sekali dua pcl suruh amik je rempah kari ikan utk masak udang... x setuju dia. Sanggup buat menu lain atau pcl sendiri kena belikan rempah yg khusus utk itu. (Huhuu..dasat kan punya lah taat)

REPLY

Rempah tanjong ni dah guna sejak dulu-dulu lagi. Dulu depa panggil rempah kari peladang. Memang popular kat mak-mak dulu. Memang best bila masak kari guna rempah ni. Sampai sekarang pun akak masih guna, tapi suka campur-campur dengan rempah cap lain-lain...tambah perisa tambah rasa...tambah selera....

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates