10 May 2016

Korang pernah dengar Cendawan Susu Harimau tak? Tau tak rupa dia cam mana? Ha meh Cik Sue tunjukkan gambarnya ye.Cik Sue dari kecil dah biasa dengar cendawan yang banyak khasiat ni,maklumlah nenek bidan dan mengamalkan perubatan tradisional,datuk pula ramai kawan dengan Orang Asli di kampung, daerah Kuala Lipis sana.Cik Sue kan membesar di kawasan pedalaman Pahang,memang biasa juga dengan pokok-pokok herba dan ubatan ni.Banyak juga belajar dengan arwah nenek tapi banyak juga dah lupa sebenarnya hehehe.

bentuk cendawan susu harimau

Cendawan ni ikut cerita orang tua-tua dapat nama kononnya harimau susukan anak dia,dan susunya jatuh menitis ke atas tanah,menyerap ke dalam tanah dan tumbuh la cendawan ni.Ha tak tahu la betul ke tidak cerita turun temurun dari orang tua kan.Tapi kalua nak tahu cendawan ni tubuh satu je tau di satu-satu tempat,dia tak tumbuh sekelompok,kata arwah nenek sapa yang jumpa kalau dalam hutan tu memang bernasib baik la,tu pun kalau ubinya (bahagian yang dalam tanah) masih elok,kalau tak kosong je, tak guna juga,sebab yang boleh di buat ubat adalah bahagian ubi dalam tanah tu.Bahagian itu yang diambil tuk buat ubat ,selalu kecil-kecil nampak nenek parutkan kat belakang pasu dengan sedikit air dan sapu kat ibu-ibu berpantang yang alami bengkak susu,elok tuk redakan katanya.

lawatan ke Ligni Biotech

Tak sangka pula baru-baru ni Cik Sue berpeluang melawat  makmal tanaman Cendawan Susu Harimau ni secara moden dan menggunakan kemudahan teknologi terkini.Malah di proses secara moden sebagai ubat.Kami di bawa melawat ke Pejabat dan makmal Ligno Biotech Sdn Bhd di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2,Balakong,Selangor.Mereka mengeluarkan produk kesihatan dari Cendawan Susu Harimau dalam bentuk kapsul dan teh. Kami di beri penerangan oleh CEO Ligno Biotech iaitu Ng Szu Ting serta doctor yang menjalankan penyelidikan berkenaan cendawan ini hampir 8 tahun iaitu Dr Tan Chong Seng ,dari MARDI.

Penerangan dari Ng Szu Ting


Dr Tan menjalankan kajian

Dengan kerjasama MARDI dan Ligno Biotech mereka meredah hutan Tropika dan menemui kaum Orang Asli untuk menjalankan kajian ,menyelidik serta mengusahakan penanaman cendawan ini.Dengan kajian ini,syarikat Ligno Biotech adalah pemegang Malaysia Book of Record ,pengeluar pertama Cendawan Ssusu Harimau,selain pengeluar produk halal dan organik, mereka juga terpilih di bawah 20 syarikat Bionext.

Proses pembiakan yang di jalankan di sini menggunakan kaedah tisu kultur,di mana benih atau tisu cendaan susu di biakkan dalam beras yang sudah di masak dalam periuk tekanan tinggi.Kemudian di simpan di dalam bilik dengan suhu seperti Hutan Tropika tempat asal ia membiak.Setelah ubinya iaitu bahagian yang paling berkhasiat tumbuh ,ia akan  di keringkan dengan proses penyejukan dan di tuai untuk di buat produk berbentuk kapsul dan teh.

proses pembiakan cendawan di dalam makmal


cendawan yang mula tumbuh

Rupanya banyak lagi khasiat Cendawan Susu Harimau ni,Orang Asli dah menggunakan hampir 400 tahun dulu lagi.Kiranya tumbuhan ni dah jadi warisan negara kan? Sangat bernilai,patutlah dulu-dulu payah kawan-kawan Orang Asli datuk nak beri cendawan ni.Antara khasiatnya adalah :

1.       Merawat penyakit berkaitan paru-paru serta organ dalam seperti buah pinggang,hati,limpa serta penyakit seperti asma,semput,batuk,lelah,sinus dan resdung
2.       Menjadi bahan anti –tumor dan kanser,mengawal punca kanser.
3.       Mengawal kanser payudara dan berkaitan sakit wanita selepas bersalin serta sebagai bahan menggalakkan susu ibu.
4.       Juga sebagai bahan anti oksida untuk badan,menambah tenaga.
5.       Mampu melegakan kesakitan sendi dan tulang.
6.       Sebagai bahan rawatan untuk kesihatan kulit terutama eczema.
7.       Sebagai makanan tambahan untuk perokok yang ingin berhenti serta warga tua .


produk dari cendawan ini,teh


antara produk yang ada

Macam mana? Menarikkan? Cik Sue memang lebih suka guna ubatan herba macam ni dari ubat-ubatan yang banyak kandungan dadah segala tu.Badan nak pakai lama kan? Lagi pun ubatan herba begini lebih organic dan sesuai dengan badan sebenarnya.Nak tengok tak produk yang di hasilkan dari cendawan ni,ada dalam bentuk kapsul,pil berperisa koko untuk kanak-kanak dan teh sebagai minuman.

Macam mana nak dapatkan? Korang boleh hubungi alamat dan no telefon seperti di bawah ye.oh ya kalau nak jadi agen pun sangat-sangat di alukan :

Ligno Biotech Sdn Bhd
No 1 ,Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/2,
Taman Perindustrian Balakong Jaya 2,
43300 Balakong Jaya,Selangor ,Malaysia
Phone Fax : 03-89455242
Laman web : www.tigerus.com.my
Hotline : 1700 818 242

Bisik-bisik:
Cik Sue pun tengah bagi suami makan produk yang kapsul tuk resdungnya ,nanti Cik Sue kongsi ye testimoninya.

3 singgah dan taip sket..

Banyak khasiat CSH ni.. dah amalkan minum teh dia setiap hari.. bagus la.

REPLY

bagus TMM ni.. teh tu wangi , dr selesma rasa ok sikit ...

REPLY

Antara supplement yang buat aku teruja nak ambik. Sebab melibatkan rawatan pada paru-paru.

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates