Ramadhan 1 : Resepi Sotong Masak Kicap Mudah

12:58 AM Sue Izza 7 Comments


Alhamdulillah ,berjaya habiskan hari pertama walau diri masih dalam perhatian doktor dan pantauan kesihatan,syukur juga tak memudaratkan diri.Terima kasih Allah atas kurniaan ini.Macam mana hari pertama korang,mesti la ok kan,bukan kali pertama puasa pun kan ,untuk yang kali pertama semoga berjaya hingga ke 30 Ramadhan ye.

Sahur hari pertama kat rumah mertua,balik sana sekejap kebetulan mak dan bapak demam,kesian dengan diorang,sempat Cik Sue masakkan lauk sahur,goreng sayur dan asam pedas ikan cencaru.Alhamdulillah juga dalam demam-demam mak ngan bapak boleh makan nasi sahur tu.Sekurangnya ada tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Berbuka? Cik Sue ngan Mr D dari awal kahwin tahun lepas lagi memang akan elakkan ke Bazar Ramadhan kalau boleh,kecuali memang tak larat langsung nak masak.Kalau masak pun kami takkan masak banyak lauk,1 sayur 1 lauk pun dah cukup,hari ni kebetulan Cik Sue lambat sampai rumah,jadi beli kerabu je kat gerai area rumah dan balik masak sotong masak kicap,itu je lah untuk berbuka.Rezeki juga bila mak cik sebelah seperti tahun lepas,setia menghulurkan juadah dan kuih-muih,sebab ini la Cik Sue jarang beli kuih.Jom tengok resepi mudah Sotong Masak Kicap ala Cik Sue :

Bahan :

200 gm sotong -basuh bersih dan potong ikut kehendak korang
6 sudu kicap mainis
4 sudu sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
bawang besar hiris
cili merah hiris atau belah dua
1 batang serai ketuk
2 keping-asam keping
garam 
gula

bahan kisar:
1/2 inci halia
1 biji bawang merah saiz besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato belah 4

Cara :
-tumis bahan kisar hingga naik bau,masukkan serai,masukkan asam keping.Agak tumisan naik bau masukkan semua sos dan kicap.
-masukkan serbuk lada hitam dan sotong,gaul rata,biar sotong sebati dengan sos,kalau nak berkuah dan cair sikit masukkan air ikut kehendak sendiri.
-masukkan bawang hiris dan cili dan perasakan garam dan gula.


Mudahkan,masak simple-simple je,boleh makan sampai sahur.Dua orang makan tak perlu banyak-banyak pun.Kang tak habis ke tong sampah pulak jawabnya.Minimumkan pembaziran makanan ye.Insya Allah kita cuba.

7 comments:

  1. nampak menyelerakan. tak pernah lagi sotong buat masak kicap

    ReplyDelete
  2. mesti abe di makan dengan jayanya...

    ReplyDelete
  3. sedapnya..akak buat gak sotong kicap untuk sahur puasa pertama...laju je anak dara tu makan...hehehe

    ReplyDelete
  4. bole cuba ni..take care kak sue

    ReplyDelete
  5. Menu sahur sedap tu makan dengan nasi panas...
    tapi x de stok sotong pulak!

    ReplyDelete