Ramadhan 9 : Patin Masak Sambal Asam

6:08 AM Sue Izza 4 Comments


Kisahnya beli ikan patin nak masak gulai tempoyak,malangnyaaa buka je botol tempoyak dah berkulat,rosak semua huwaaa kempunan nak makan patin tempoyak.Lalu Cik Sue berfikir dengan pantas,apa nak masak ngan ikan patin ni.Teringat sebelum ni masak masam manis tapi kali ni nak makan masam-masam sikit,jadi Cik Sue sambalkan je la ala-ala thai gitu.Jom tengok resepi rekaan Cik Sue ni hehehhe.

Bahan :
Bahan blend:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili giling/cili boh
3 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
sebiji tomato

Bahan lain:
500gm ikan patin di perap kunyit garam dan lada hitam~goreng garing
daun limau purut
1 barang serai~ketuk
1 keping asam gelugur
2 sudu jus limau
3 sudu sos cili
sedikit daun kesum
garam dan gula

Cara:
1. Tumis bahan blend hingga naik bau,masukkan sos cili,serai,daun limau purut dan daun kesum.
2. Kacau sebati,masukkan ikan,gaul rata masukkan jus limau ,asam keping,garam dan gula,masukkan sedikit air kalau nak berkuah ye.
3.Gaul dan biar mendidih kejap,ok dah siap.Buat sahur pun sedap ni,masam-masam sikit.

bisik-bisik:
Sib baik Mr D tak de masalah makan ikan patin,kalau abg ngah dia hahhah pantang ngan ikan patin,hilang susuk katanya kikiki

bisik-bisik 2:
Nak orang hormat kita ,kita kena hormat orang dulu,baru orang akan segan nak buat sombong ngan kita tapi kalau orang dah cuba dekat dan berbaik,kita yang berlagak,jangan bising la kalau orang nyampah eaaa heheheh....

4 comments:

  1. tak pernah lagi makan ikan patin masak sambal asam macam ni. Selalu patin lemak tempoyak je .... sedap ni! Post bahagian ekor kat alamat opis tau haha ...

    ReplyDelete
  2. Wah boleh Cuba nanti Ni..Ikan PATIN antara Ikan fav akak ni

    ReplyDelete
  3. rajinnya masak...bila nak bagi kami try masakakn sedap ini.

    ReplyDelete
  4. rajinnya masak...bila nak bagi kami try masakakn sedap ini.

    ReplyDelete