02 June 2016

Ha ni la pesen kalau dok rumah sorang-sorang,tak de la nak masak beria sangat ,makannya sorang-sorang jugak kan? makan apa yang ada atau apa-apa yang mudah di masak dan cepat.

Jumpa sepeket mee telur dalam kabinet,selongkar peti ais tak de sayur la pulak,urmmm tak pe rendam mee dulu.Rendam dengan air panas je dan toskan.
Dah tu nak buh apa ni,meh tengok apa yang sesuai,ada kicap manis,lada sulah,olive oil,gaul je semua kalau nak pedas tabur je lada hitam sikit.Gaul je sampai sebati.
Taraaaa,hiris limau nipis skit,okeh jumpa sambal hitam belimbing dalam peti ais moh masukkan,nak makan gaulkan je sekali,sedap gak!
Nampak tak dasar pemalas hahahahha...
Entry tak de makna tengah bosan je ni hehehehe,k bye nak makan mee telur paling simple ni.

2 singgah dan taip sket..

nampak sedap walau penyediaan simple je...

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates